‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Jumaat, 26 Ogos 2011

Terkandas dipasung aral melintang. Tidak ku sangka begini jadinya.

Ku sangka boleh pulang ke kampung pada hari ini (Jumaat : 26/08/2011). "Perjalanan jauh tidak ku rasa, ingin berjumpa sanak-saudara yang jauh nun di mata. Ooo .. sob! sob! sob!"

Rupanya malang tidak berbau. Geruh berbuat aral di pertengahan jalan. Tiba-tiba kedengaran suara sumbang dari celah-celah tabir bilik boss besar. 


Gambar: Selamat Hari Raya ya kengkawan. Ampun dan maaf dipinta di atas kesalahan maza & keluarga.

"Nampaknya kita semua tidak boleh balik awal hari ini. Lagi pun minggu depan kita semua bercuti. Jadinya kerja-kerja yang berbaki ini (pada hal boleh ditunda sehingga naik cuti) kenalah disiapkan. Dengan ini kita akan stay back sampai selesai kerja." kata-kata kejam yang dilontarkan oleh seorang boss di saat malam likur semakan luput dan lebaran semakin memanggil.

Sekarang sudah masuk jam 11.10 malam. Maza masih tinggal di pejabat lagi. Entah jam berapa baru boleh pulang, gerutu hati maza! 

Mengikut kadaran jumlah baki kerja, mahu akan selesai jam 3.00-4.00 pagi. Aduhhh! Rosak program haku! uhuk..

Fizikal dan kederat memang masih ada di pejabat. Tetapi jiwa, naluri dan nafsu semuanya sudah sampai ke kampung sana. Sudah terbayang sanak saudara, rendang, ketupat, kuih, ayam dan itik semuanya bagai. 

"Boss boleh saya balik awal hari ini (pada hal sudah hampir separuh malam)? Lagi pun saya dapat rasakan sekarang ini betapa rindunya anak dan isteri saya di rumah sana. Mesti mereka sedang resah dan mengadu sesama sendiri mahu memagut tubuh saya yang tidak menjengukkan diri sedari awal subuh tadi. Lagi pun saya sudah tidak biasa balik lewat semetentelah di akhir-akhir Ramadan." cubaan berani berbaur simpati maza untuk pulang awal sebentar tadi.

"Oh begitu! Nenek saya yang berusia 100 tahun tu pun nak memagut tubuh saya juga. Emak ayah saya pun baru pulang dari England setelah hampir setahun di sana. Itu pun mereka mahu memeluk cium tubuh saya. Sudah! Selesai kerja ini kita boleh balik sama-sama. Tak kiralah sampai empat pagi sekali pun. Kalau sudah siap kerja tentulah kita juga senang mahu beraya. Tidak perlu rungsing lagi." kata-kata boss yang berbau kejam! Kejam! Kejammmm!!!!...

"Aderrkkk .. tapi boss, kerja ini dan raya nanti akan lebih manis serta bermakna kalau boss sediakan sekali duit raya untuk kami .. ihik!" sekali lagi, barangkali cubaan terakhir untuk mendapatkan duit raya setelah sudah pasti tiada bonus bakal diberikan. Maza juga sudah lupa bila kali terakhir kami merasa bonus. Uhuk!

"Hmm ... kalau begitu, elok juga saya belanja awak air teh. Bedah! Belikan (buatkan sebenarnya) air teh untuk si maza dan yang lainnya. Saya belanja sebagai duit raya!" boss menggunakan politik autanya untuk memujuk kami yang semakin membarah.

Aderrrkkkk ... tetiba di dalam hati ada hiba. Emaakkkkk ... maafkan anakanda kerana tak dapat pulang sekarang atau esok hari sebab terpaksa, dipaksa untuk bekerja keras! uhuhuhuhu...


Rabu, 24 Ogos 2011

Kini tibalah masanya, Lebaran sudah bermula

Kad Ucapan Selamat Hari Raya

Salam aidilfitri maza hulurkan kepada kengkawan.

Malam ini sudah bermula malam TUJUH LIKUR ya kengkawan. Bermakna tinggal kurang seminggu lagi mahu raya aidilfitri.

Maza sekeluarga dengan perasaan rendah diri hendak memohon ampun dan maaf, zahir dan batin di atas segala kesilapan dan kesalahan yang pernah kami lakukan ke atas kengkawan sepanjang bersiaran di alam maya ini.

Maza merafak sembah sekiranya maza termakan atau terminum dari hasil kengkawan sekalian, mintalah ia dihalalkan. Sesungguhnya segala kebaikan yang kengkawan curahkan tidaklah dapat maza membalasnya. Maza hanya mampu berserah kepada Allah. Kerana Allah sahajalah yang layak membalas segala kebaikan kengkawan itu.

Dari hal ini, maza sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya dan Merdeka!




Selasa, 23 Ogos 2011

Merdeka! Merdeka! Merdeka! .... MERDEKA RAYA!

Seantero dunia mengetahui bahawa 31.Ogos hari kemerdekaan kita.

Jadi dikesempatan ini maza sudah terjah ke Tugu Negara bagi memeriahkan lagi sambutan hari kebangsaan tersebut.

Gambar 1: Tugu Negara. (National Monument)
Dengan semangat yang berbaki di bawah terik matahari di bulan Ramadan ini, maza mengusung dengan penuh kederat ke hulu ke hilir memikul bendera; Jalur Gemilang. 

Gunanya Jalur Gemilang itu nanti mahu dibikin props (latar belakang) karya maza. 
Lagi pun terpaksalah maza lakukan sendirian begitu. Ini gara-gara tukang pikul bendera sudah melarikan diri dan mahu berteduh di bawah astaka sana. Panas kata Nasrun yang baru berumur 7 tahun. Maza terpaksa mengalah sedangkan anak kecil ini masih bertahan berpuasa.

Memang terik matahari sedang memancar ganas. Apa tidaknya, maza tiba tatkala azan zuhur sedang bergema.

Gambar 2: Meninjau lokasi

Hasilnya ramai orang memerhatikan gelagat maza.

Dalam pada itu tanpa disangka-sangka, buah cempedak jadi nangka, tindakan sepontan maza telah membuahkan hasil kejituan semangat nasionalisme. Satu perasaan yang hebat berkunjung di dalam hati mereka.

Tidak semena-mena ada antara pengunjung tersebut melaungkan perkataan "MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!" Terpancar sudah erti cintakan negara. Menyelami erti sebuah kebebasan.

Gambar 3: Menjulang Jalur Gemilang dengan penuh semangat. Merdeka!
Melihatkan gelagat mereka yang melontarkan tangan ke udara penuh semangat itu sambil mengadap maza , maza tersenyum sendirian. Lalu maza mengambil peluang merapati salah seorang daripada pengunjung tersebut. Cadangnya mahu menemuduga.

"Terima kasih encik." sapa maza

"Enggak apa-apa pak. Kita kan serumpun gitew lorrr. Saling mendukong jiran tetangga." jawab pemuda itu sambil tersenyum murni.

Maza terkesima. Tercengang dan terasa sedikit canggung. Sangkaan maza jauh meleset. Maza kira mereka orang tempatan. 

Ahad, 21 Ogos 2011

Sahut Menyahut di Hari Raya

Dalam mood raya ... semua sekali harus ceria. Seperti dijangka paling seronok ialah anak-anak. Sungguh pun begitu, sebagai ibu ayah harus bergembira sama, barulah kegeriang terpancar sealam semesta. 

Lantaran itu, maza dan darling sedang membanting tulang, bekerja keras memecah batu, untuk memastikan hari raya tahun ini lancar, meriah lagi ceria.

Untuk menjayakan projek tersebut kami menerjunkan diri menguli tepung, membacuh adunan, mengacu cetak untuk bikin kuih. Sebenarnya kuih-muih ini untuk anak-anak dan tetamu (tu pun kalau ada tetamu yang sudi datang ... uhuk)

Untuk melancarkan perjalanan persediaan proses membanting tulang tersebut; kata orang penyuntik semangat, kami anak beranak sesekali bergelek-gelek pinggang, melentik-lentikkan jari sambil diiringi muzik Aidilfitri dari  Sanisah Huri:-


    Minggu ini juga minggu 7 likur, ramai pergi membeli-belah termasuk maza. Membeli-belah sana sini sekadar memeriahkan acara, selebihnya kami tetap bersederhana. Seorang sepasang baju sudah! hehehehe

    Oh, sebelum itu En. Ismail N blogger DLSL ada mengaturkan sebuah cabaran sempena hari raya ini. Cabaran Blogger | Satu Hari Di Hari Raya menjadi tajuk pilihan dan maza sudah pun menyahut cabaran itu. Kengkawan bolehlah menyemak entry sambutan cabaran tersebut oleh maza di sini (Satu Hari Di Hari Raya).

    maza menggalakkan dan mengajak kengkawan turut serta dalam cabaran tersebut bagi memeriahkan lagi suasana hari raya tahun ini. hehehe....

    Untuk pengetahuan kengkawan juga, tahun-tahun lalu maza sempat mengatur-cara entry khas sempena Ramadan dan Syawal. Cerita-cerita terdahulu adalah seperti berikut (sila klik untuk paparan langsung):-
    1. Aku dan Ramadan
    2. Aku dan Ramadan #2
    3. Ramdhan: Di Kampung Cacing #1
    4. Ramadhan: Di Kampung Cacing #2
    5. Ramadhan: Di Kampung Cacing #3
    6. Ramadhan: Di kampung Cacing #4
    7. Ramadhan: Di Kampung Cacing episod akhir
    8. Ramadhan: Geruh di tempat kerja #1
    9. Ramadhan; Geruh di tempat kerja #2


      Jumaat, 19 Ogos 2011

      Pasar Malam, Bukit Ayam, Kluang

      Julai 4, 2011 - Bukit Ayam letaknya di batu tiga jalan Kluang-Mersing. Bukit Ayam benar-benar bersebelahan jalan Kluang-Mersing. Kalau dari arah Kluang ke Mersing ia di sebelah kanan. Dahulunya ia sebahagian daripada Pasar Malam Kampung Melayu, tetapi hari ini ia mempunyai identiti tersendiri.

      Gambar 1: Pasar Malam Bukit Ayam, Jalan Mersing, Kluang, Johor

      Pasar Malam di Bukit Ayam ini cukup luas. Terdapat berbagai barangan ditawarkan. Daripada barangan basah seperti ikan, sayur, makanan berat dan ringan hinggalah barangan kering seperti mainan, pakaian, peralatan rumah dan lain-lain.

      Gambar 2: Terbang di angkasa

      Apa yang menari ialah kawasan pasar malam ini memang khusus diwujudkan di atas bukit dan berdekatan jalan utama Kluang-Mersing. Namun ia tidak menyebabkan kesesakan lalulintas berikutan kedudukannya sedikit ke tengah sana.

      Gambar 3: gula-gula kapas

      Antara kemudahan yang boleh didapati di sini ialah gerai makan, surau dan tandas. Cuma air di surau atau tandas agak kecil dan kadangkala terpaksa menunggu giliran!

      Selasa, 16 Ogos 2011

      Satu Hari Di Hari Raya

      Esok hari raya, namun di gubuk kecil ini seperti tidak mahu menyambutnya. Tiada suatu pun hiasan rumah berganti. Langsir tetap sama. Baju melayu kami adik beradik masih boleh dipakai lagi walaupun sudah lusuh. Baju melayu itu baru 3 tahun usianya. Sememangnya orang tua kami membelikan baju melayu yang lebih besar saiznya daripada kami. Jimat katanya, boleh pakai sampai bertahun-tahun.

      Gambar 1: Kampung

      Bukanlah kami tidak mahu menghias teratak buruk ini. Tingkap pun antara wujud dan tidak. Rebeh sana-sini. Tinggal tiga atau empat paku yang masih terletak di dedaun tingkap untuk terus tersangkut di jenang.

      Enselnya pula berbaki satu daripada sepasang. Tingkap di teratak ini rata-ratanya menantikan lerah ke bumi. Kalau rebah pun elok juga, senang angin malam memuput tubuh kami di malam hari seperti adanya pendingin hawa macam di rumah agam sana.

      Malam tujuh likur lalu aku sempat merayau serata kampung. Itu pun kebetulan kami adik beradik pulang dari surau. Ada jemputan berbuka puasa bersama tok ketua. Kami telah menyaksikan betapa indahnya kampung ini. Rumah dihias begitu cantik sekali. Di malam hari dilimpahi oleh cahaya pelita yang dipasang berkeliling laman rumah. Langsir mereka melambai-lambai dari tingkap yang terdedah. Sesekali kami terdengar hilaian tawa penghuni rumah menandakan betapa mereka itu gembira. Aku turut terasa tempias kegembiraan mereka. Seronok melihatkan fenomena sebegini. Aman, riang, suka, gembira.

      Di laman rumah sana ramai anak-anak berkumpul. Barangkali sanak-saudara mereka yang jauh sudah bertandang. Atau anak-anak pakcik Majid kesemuanya pulang untuk menyambut raya tidak lama lagi. Anak-anak kecil itu berlari ke sana ke mari berkejaran sesama mereka selepas puas bermain bunga api dan mercun. Mereka sungguh girang! 

      "Abang. Abang. Adik nak bunga api," pinta Yusni yang masih mentah. Anak kecil ini baru berusia tiga tahun.

      "Kita tak mampu adik. Abang tak ada duit. Nanti bila abang dah besar, abang dah kerja, abang belikan adik bunga api yang adik suka," aku cuba memujuknya. 

      Isnin, 15 Ogos 2011

      Pohon Berhantu

      Dahulu tatkala maza zaman kanak-kanak, kampung tempat tinggal maza di kelilingi oleh hutan. Di belakang rumah hutan, di depan rumah sawah, di hujung kampung juga hutan. Kalau mahu ke kampung ini dari bandar Kluang atau Mersing sudah tentulah akan melalui hutan yang amat tebal.

      Sudahlah jalannya berliku-liku seperti ular dipalu, salah hemat boleh bermuntahkan najis muntanajis! Kalau tidak biasa dengan laluan ini, perut anda pasti akan mual dan memulas. Biji mata pun berpinor-pinor. Kepala berdenyut-denyut dek kerana lipatan selekohnya yang pendek dan berbagai bentuk. Ada bentuk 'U' dan lagi dahsyat seperti huruf 'S' yang berturut-turut seperti 7 beradik!

      Kebetulan pula perjalanan anda terpaksa melaluinya di malam hari, alamatlah bertemankan kengerian sepanjang jalan. Itu belum lagi al-kisah gangguan binatang buas di pertengahan jalan, juga segala jin dan mambang turut melintasi laluan tersebut.

      Gambar 1: Katanya pokok jenis ini jin dan makhluk halus suka menjadikannya tempat tinggal

      Dijadikan satu cerita, dahulukala maza amat ngeri dan takut melihatkan pepohon yang besar, rendang dan menjulang tinggi. Begitu juga halnya dengan pokok yang besar tegak berdiri tetapi togel!

      Emak pernah bercerita kepada kami bahawa pontianak, langsuir dan makhluk-makhluk halus yang sejenis dengannya suka hinggap atau terbang di atas  pokok ara. Adakalanya mereka menjadikan pokok yang rendang, berselirat akar hingga ke dahan itu sebagai tempat tinggal mereka.

      Kata orang-orang tua lagi, pernah berlaku ada mangsa yang diangkut oleh pontianak ke atas pokok ara tersebut. Bayangkan, pokok ara itu sudah besar, tinggi dan dahannya jarang-jarang! Ada tu pokok ara sudah tidak punya daun dan togel! Aduhaiiii...

      Kebetulan pula di tanah perkuburan Islam di kampung itu yang bersetentangan dengan rumah sekolah rendah kami terdapat pohon ara, dan pokok-pokok rendang yang sedemikian rupa. Acap kali juga maza ngeri apabila melalui kawasan tersebut.
      Hari ini kawasan perkuburan itu sudah terang. Kalau ada pun lalang melitupi batu nesan. Pohonan rendang dan pokok ara tidak ada lagi. 

      Dengar kata bukan sebarangan orang yang berjaya menebang pepohonan yang berusia ratusan tahun itu. Kalau tidak cukup ilmu di dada, jangan cuba mencederakan pohon tersebut. Mesin gergaji mahupun jentolak telah digunakan, namun pokok tersebut gagal ditumbangkan. 

      Malah pekerja itu pula diserang gangguan di malam hari. Ada itu sampai demam-demam.

      Gambar 2: Kita tidak tinggal bersendirian di dunia ini!

      Penyudahnya ada seorang yang bijak pandai telah meminta izin dan membacakan sesuatu. Lalu dia hanya menggunakan kapak dan beliung untuk menumbangkan pokok yang berada di kawasan perkuburan tersebut. Alhamdulilah, pokok tersebut itu lut dan tumbanglah menyembah bumi. Lantas kerja-kerja pembersihan dan perluasan tanah perkuburan kami dapat dilaksanakan.

      Jadi kengkawan, sukalah maza berpesan. Sesungguhnya pepohon juga adalah benda hidup. Ia mempunyai nafas, hayat dan setiap yang bernyawa kita perlu hargai. Jangan mudah sangat mahu memusnahkan alam, kerana setiap yang dibina dan dijadikan Allah SWT mempunyai penjaga dan hikmatnya. 

      Lantas, jangan bertangan 'gatal' mahu merosakan pokok tanpa ada aral dan musabab!



      Jumaat, 12 Ogos 2011

      Pokok pun jadi mangsa

      Gambar 1: Sinar matahari melimpahi di atas batuan di tengah belantara Gunung Datuk.

      Bulan lepas sebelum puasa Julai 17, 2011 (Ahad) maza telah berkesempatan menyinggah di Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan.

      Kembara maza kali ini bukanlah bertujuan mahu memanjat gunung yang tinggi mencicah awan itu ya kengkawan. Tetapi lebih kepada santai dan belajar tentang kisah alam.

      Apa yang maza pelajari ialah apabila seseorang itu sudah mabuk kepayang. Mabuk cinta kata orang sekarang, mereka sanggup melakukan bencana alam demi menyatakan betapa megah, gah dan besarnya cinta mereka.

      Gambar 2: Kerosakan alam dan aktiviti vendalisma ke atas pokok.

      Penyudahnya, kulit-kulit kayu habis diumpil dan diukir dengan nama-nama cinta kasih sayang mereka. Tidak kurang juga mereka menyalurkan hasil karya dan kreativiti tak bertempat ini dengan melukis beberapa kareaktor kartun dan lukisan.

      Malangnya lukisan yang dipaparkan di atas pokok itu ialah lukisan yang tidak senonoh seperti perlakuan sex, alat kelamin, adegan biru ... aduhaiii.

      Gambar 3: Dinding jamban. Ini betul-betul kerosakan alam. Sudah lusuh. Tiada kaitan dengan aktiviti gatal tangan

      Jadi, sedarlah kengkawan janganlah kita menyeksa alam dengan lukisan dan ukiran yang memalukan diri sendiri. Kasihanilah pokok itu.

      Sekali kita toreh dan melakukan perkara-perkara tidak berfaedah tersebut menyebabkan ia 'pedih dan sakit'. Nasib baik pokok tak boleh sepak, kalau tidak, sudah tentu kena penendang. Itu pun ada juga kena keteguran dengan patahan dahan menghempap diri. Uhuk!

      Akhir kalam di hari Jumaat yang mulia ini, peliharalah hutan kita. Sekali kita berjasa sepuluh kali kita mendapat manfaatnya.

      Untuk rekod, gambar selebihnya sila rujuk di ronawarna.blogspot.com (klik sini)




      Khamis, 11 Ogos 2011

      Skodeng Aksi Menunggeng dan Meniarap di Taman Botani Perdana

      Bulan Julai 21, 2011 pada petang Ahad nan mendung itu maza dan kaum kerabatnya sudah berkelah di Taman Botani Kuala Lumpur.

      Gambar 1: Aksi angsa yang selamba di Taman Botani Perdana. Santai seh...

      Kami mahu melihat dan menyaksikan sendiri apa yang digembar-gemburkan bahawa Taman Botani ini sudah disuburkan kembali sesuai dengan perasmian perlancaran taman ini oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin.

      Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur dahulunya dikenali sebagai Taman Tasik Perdana
       
      Gambar 2: Sekumpulan Angsa sedang berenang riang di Taman Botani Perdana

      Maza sendiri sudah lama tidak ke mari dan kebetulan pada tarikh tersebut kami anak beranak sempat menyinggah ke taman ini.

      Oleh kerana ada urusan lain lagi ketika itu, kami tidak berlamaan untuk bersiar-siar dan membelek lama. Sungguh pun demikian maza sempat skodeng beberapa adegan panas!

      Selasa, 9 Ogos 2011

      Bonus 1/2 bulan Gaji sempena raya untuk kakitangan kerajaan


      Syukur alhamdulilah dan maza tumpang berbahagia dengan kengkawan yang berkerja gomen. Akhirnya pihak kerajaan dengan bermurah hati bersetuju memberikan bonus 1/2 bulan gaji.

      Pengumuman tersebut telah dibuat pada semalam hari (08.08.2011 - kata orang Cina no.8 ada 'ong' yakni untung) di dalam berita tv. Siapa sangka, buah cempedak jadi nangka!? Rezeki dari Tuhan, kan, kan, kan...

      Perkara seperti ini kita harus mengucapkan terima kasih kepada kerajaan. Barulah namanya kerajaan yang perihatin ... ahaks! (ada unsur bodek nampak?.. hehehe tak apalah demi kengkawan gitew).

      Maza bukanlah kakitangan gomen. Tapi rasanya dengan pemberian bonus ini dapat membantu banyak pihak terutama dalam persediaan menghadapi raya nanti. 


      Ini juga bermakna Param (Pasar Ramadan) akan bertambah meriah!. Jadi makcik-pakcik penjual di Param, petang nanti bolehlah tambah produk jualan masing-masing ya. Satu rahmat tu ... tapi jangan sampai pula mengambil kesempatan dengan 'mencekik darah'. Kalau boleh turunkan lagi harganya, dan tingkatkan produktiviti.

      Buat kengkawan yang menerima imbuhan itu juga, sukalah maza berpesan. Mentang-mentang dapat bonus tersebut kita harus terus menjaga perbelanjaan. Lagipun ekonomi dunia; merujuk USA tak berapa nak baik.

      Jangan sampai sudah dapat bonus, kita tingkatkan lagi inflasi dengan buat tak kisah dengan kenaikan harga melampau oleh peniaga yang tak bertanggungjawab itu! Pakat beli sahaja walaupun harga melambung tinggi daripada sepatutnya. Kasihanilah pihak yang tidak dapat bonus itu ya. Sudah lah tidak dapat bonus, harga pulak tinggi ... aduhaii... ihik!

      Sementelah ada yang dapat bonus ini, maza pun dengan perasaan rendah diri dan malu-malu kucing. Rasanya tibalah masa sampailah waktu untuk maza dengan tenang melancarkan pakej Portrait / Family Photogarphy melalui geng ronawarna.blogspot.com. yang itu ... ihik! *malu...


      Jadi, mana-mana kengkawan rasa-rasa mau merangkamkan saat bahagia di hari lebaran tu, bolehlah menempah jurufoto dari ronawarna ini! Opps.. teriklan lah fulaks.. hehehehehe

      Nur Azariah

      Apa-apa hal pun, pesan maza hati-hati di jalan raya. Majulah diri untuk keluarga! ... alahai, ahaks!

      Nur Azariah

      Isnin, 8 Ogos 2011

      Kadar Zakat Fitrah Seluruh Malaysia

      KADAR ZAKAT BAGI SELURUH MALAYSIA 1432 HIJRAH / 2011 MASIHI

      Sabah – RM 7.00
      Sarawak – RM 6.20
      Melaka – RM 6.50
      Kelantan – RM 7.00
      Johor – RM 5.00 / RM 7.50 – mengikut jenis beras dan kemampuan pembayar
      Terengganu – RM 5.00 / RM 7.00 / RM 8.00 – mengikut jenis beras dan kemampuan pembayar
      Kedah – RM 7.00
      Perak – RM 7.00
      Pahang – RM 7.00
      Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) – RM 7.00
      Selangor - RM7.00
      Perlis – RM 6.00
      Negeri Sembilan – RM 6.50

      Selamat membayar fitrah ya kengkawan.. Jangan lupa tanggungjawab wajib yang satu itu untuk mereka yang masih hidup sahaja.. hehehehe

      Errr.. sepekara lagi, mentang-mentang ada pilihan di negeri Johor, tak bermakna sesuka hati kita boleh bayar di negeri yang itu untuk menikmati RM5.00 nilai zakatnya, ya. Ahaks!

      Jumaat, 5 Ogos 2011

      Menangung dan Menjawab

      Manan & Fatt, Famili Portrait dari ronawarna.blogspot.com

      Tetapi tidak sama dengan bebanan yang wajib ditanggung oleh sang suami.

      Sang suami wajib menanggung segala permasalahan keluarga, tetapi tidak buat seorang isteri. Isteri dalam segala hal adalah sebagai pembantu dalam meringankan bebanan. Namun segala tanggungjawab harus dipikul oleh sang suami.

      Sebagai contoh kes menanggung...
      1. Kalau anak jadi jahat, bapa dulu dipersalahkan, bukan isteri.
      2. Kalau keluarga tak makan, bapa perlu dipertanggungjawabkan, bukan isteri...
      Perkara ini ada kaitannya dgn firman Allah SWT iaitu, "Janganlah kamu lemparkan diri kamu dan keluarga kamu (isteri dan anak-anak) ke dalam api neraka" - makna kata, jelas bahawa seorang lelaki perlu menanggung bebanan dan bertanggungjawab ke atas keluarganya...

      Menakala hadis pula mengatakan (lebih kurang maksudnya), "Seseorang lelaki akan tersadung langkahnya utk masuk syurga terlebih dahlu disebabkan hisabnya ke atas isteri, anak-anak dan mereka yang menjadi tanggungannya"

      Sepekara lagi, Allah SWT menjadikan seorang wanita itu cukup istimewa iaitu kebolehan mengandung dan melahirkan anak. Kesakitan yang diterimanya bukan alang-kepalang. Sesetengah peristiwa hingga tergadai nyawanya. Itu belum diperkirakan sakit selepas bersalin iaitu berpantang dan sebagainya!

      Justeru menjadi kewajaran untuk seorang isteri untuk tidak ditambahkan bebanan dengan dipertanggungjawabkan ke atasnya sebuah bebanan keluarga.


      Khamis, 4 Ogos 2011

      Diam-diam

      Diam, diam .... jangan bergerak. Jangan bising-bising...


      Opps ... kan dah kena tangkap gambar... ahaks.. hehehehe

      Ok kengkawan, sempena Ramdan al Mubarak ini, aktiviti luar terpaksa dikurangkan. Selain mengelak melakukan dosa, juga menjimatkan tenaga ... hehehehe


      gambar kredit untuk: Muhamad Daniel Hakim (5thn) - anak den lah sapo laie... hehehehe.. 
      raso eh, ada bakat budak ni.. ahaks.. 





      Rabu, 3 Ogos 2011

      Wordless Wednesday: Di suatu masa nanti







      picture: credit to Bro Kamal Sauhan.

      Selasa, 2 Ogos 2011

      Gigih di bulan Ramadan

      Menoreh getah pernah menjadi pekerjaan utama di Malaysia
      Seraya menyuakan air teh "o" yang dihidangkan di atas meja, Mohd Nor pun bersuara, "Aku ni bang bukan tak nak kerja lain. Yang dulu tu sudahlah. Kalau aku kerja lain, aku kena keluar dari kampung ni lagi. Kalau aku keluar siapa pula nak menjaga mak. Kau bukan tak tahu mak tu dah uzur."

      Suara emak sesekali memecahkan sunyinya di malam itu. Suasana sungguh tenang dan sesekali dihiburkan dengan bunyi reriang di malam hari. Rembulan jelas tersemat di dada langit sana. Bintang-bintang bertaburan di balik dedaun kelapa yang menjulang meninggi. Di kampung ini begitu tenang sekali sedangkan Ramadan baru sahaja menyisingkan tirai.

      "Habis tu, takkan kau nak kerja macam ni aje? Macam mana pula nasib anak bini kau di belakang hari nanti?" Abang Johan cuba membuka fikiran Mohd Nor.

      "Abang ... itu jangan dirisaukan. Rezeki pemberian Tuhan, apa yang penting sekarang ialah ianya halal dan bersih. Saya pun boleh menjaga isteri dan emak sekaligus di sini. Hati saya tenang. Lagipun saya tak punyai sijil."

      "Menoreh tanah di baruh tu ... berapa senlah yang kau dapat? Perbelanjaan makin tinggi. Takkan lah kau nak mewarisi kemiskinan keluarga ini?"

      Cara menoreh getah menggunakan pisau toreh

      Tiga tahun kemudian.

      Abang Johan pulang dengan kereta besarnya. Sebaik dia memakir kereta di halaman rumah kampung itu dia terperasan sudah terdiri sebuah bangsal mengapit rumah ibunya. 

      LinkWithin

      Related Posts with Thumbnails