‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Jumaat, 12 Ogos 2011

Pokok pun jadi mangsa

Gambar 1: Sinar matahari melimpahi di atas batuan di tengah belantara Gunung Datuk.

Bulan lepas sebelum puasa Julai 17, 2011 (Ahad) maza telah berkesempatan menyinggah di Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan.

Kembara maza kali ini bukanlah bertujuan mahu memanjat gunung yang tinggi mencicah awan itu ya kengkawan. Tetapi lebih kepada santai dan belajar tentang kisah alam.

Apa yang maza pelajari ialah apabila seseorang itu sudah mabuk kepayang. Mabuk cinta kata orang sekarang, mereka sanggup melakukan bencana alam demi menyatakan betapa megah, gah dan besarnya cinta mereka.

Gambar 2: Kerosakan alam dan aktiviti vendalisma ke atas pokok.

Penyudahnya, kulit-kulit kayu habis diumpil dan diukir dengan nama-nama cinta kasih sayang mereka. Tidak kurang juga mereka menyalurkan hasil karya dan kreativiti tak bertempat ini dengan melukis beberapa kareaktor kartun dan lukisan.

Malangnya lukisan yang dipaparkan di atas pokok itu ialah lukisan yang tidak senonoh seperti perlakuan sex, alat kelamin, adegan biru ... aduhaiii.

Gambar 3: Dinding jamban. Ini betul-betul kerosakan alam. Sudah lusuh. Tiada kaitan dengan aktiviti gatal tangan

Jadi, sedarlah kengkawan janganlah kita menyeksa alam dengan lukisan dan ukiran yang memalukan diri sendiri. Kasihanilah pokok itu.

Sekali kita toreh dan melakukan perkara-perkara tidak berfaedah tersebut menyebabkan ia 'pedih dan sakit'. Nasib baik pokok tak boleh sepak, kalau tidak, sudah tentu kena penendang. Itu pun ada juga kena keteguran dengan patahan dahan menghempap diri. Uhuk!

Akhir kalam di hari Jumaat yang mulia ini, peliharalah hutan kita. Sekali kita berjasa sepuluh kali kita mendapat manfaatnya.

Untuk rekod, gambar selebihnya sila rujuk di ronawarna.blogspot.com (klik sini)




blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails