‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Ahad, 29 April 2012

BERSIH 3.0 ke PWTC

Gambar 1: PWTC


BERSIH 3.0 sememangnya sudah sampai ke tahap PWTC.

Bersih 3.0 yang dimaksudkan ialah membersihkan minda, hati dan fizikal dengan bahan bacaan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Maza berkesempatan untuk pergi ke sana pada hari ini (Sabtu, 28.04.2011) jam 3.30 petang. Syukur, perjalanan kami anak beranak semuanya lancar dan selamat. Tiada sebarang gangguan walaupun di luar sana terdapat aktiviti himpunan BERSIH 3.0.

Gambar 2: Menara UMNO di PWTC

Untuk kali ini, bukanlah maza mahu memperkatakan tentang himpunan rakyat BERSIH 3.0 itu, tetapi tentang mengajak kengkawan agar memanfaatkan pesta buku kali ini yang diadakan di PWTC.

Kengkawan boleh dapatkan bermacam-macam jenis buku antaranya ialah buku teks, rujukan dan buku dagangan seperti novel, majalah, hikayat dan macam-macam lagi lah.

Gambar 3: Memilih buku


Alhamdulilah, di pesta buku ini juga terdapat seminar dan pelancaran buku-buku oleh penulis itu sendiri. Dalam masa sama, pihak penerbit menawarkan harga diskaun yang hebat!

Gambar 4: Seputar gelagat pengunjung di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012

Sebelum maza terlupa, penulis tersohor NEKCUN juga akan berada di PWTC di bawah penerbitan Karagkraft untuk menyantuni peminat dan penggemar novel. Nekcun atau Kamsiah Abu merupakan blogger yang boleh kengkawan ikuti siaran beliau di http://nekcun.blogspot.com.

Nekcun akan bersama kengkawan pada 1 Mei 2012. 

Gambar 5: Ragam di Pesat Buku
 Jadi, jangan lepaskan peluang ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC. Dengar khabar akan berakhir pada 6.Mei. 2012.

Selamat beramal kengkawan.


Gambar 6: Setelah memilih kini membaca sebelum pulang

Jumaat, 27 April 2012

Jangan Tidur Meniarap


Dari Abu Dzar r.a. beliau berkata, “Suatu hari Nabi SAW sedang berjalan melewatiku. Ketika itu aku tidur secara meniarap. Maka baginda membangunkan aku menggunakan kakinya dan berkata, “Hai Junaidib (panggilan Abu Dzar), sesungguhnya cara berbaring seperti ini adalah cara berbaring penghuni neraka.” (HR. Ibnu Majah)

Dari Abu Hurairah r.a. beliau berkata, “Rasulullah SAW pernah melihat ada seseorang yang berbaring di atas perutnya (meniarap), maka baginda berkata, “Sesungguhnya cara berbaring seperti ini dibenci oleh Allah.” (HR. Tarmidzi)

Meniarap merupakan cara tidur yang boleh menimbulkan tekanan ke atas belakang dan leher seseorang. Tidur begini boleh menyebabkan serangan sakit urat saraf dan otot.

Antara amalan tidur yang patut dielakkan ialah:-

1. JANGAN TIDUR MEMAKAI JAM TANGAN
Jam boleh menghasilkan radioaktif. Walaupun hanya sedikit, tetapi jikalau terlalu lama memakainya boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan.

2. JANGAN TIDUR MEMAKAI COLI (khas untuk wanita)
Para pengkaji Amerika Syarikat mengatakan bahawa memakai coli lebih 12 jam boleh mengakibatkan kanser payu dara.

3. JANGAN TIDUR MEMBAWA HANDPHONE
Gelombang medan magnet yang dihasilkan oleh alat elektronik ini mampu merosakkan sistem saraf.

4. JANGAN TIDUR KETIKA MASIH MEMAKAI MAKE-UP
Hal ini dapat menimbulkan masalah pada kulit. Ini kerana kulit tidak dapat bernafas dengan baik.

5. JANGAN TIDUR DENGAN ISTERI ORANG (khas untuk lelaki)
Ini kerana anda mungkin akan “tidur selama-lamanya!”


Selasa, 24 April 2012

Empangan Batu, Ulu Yam

Empangan Batu: Peninggalan British di Sungai Batu, Ulu Yam, Selangor

Kisah perjuangan hidup
Empangan Batu tempat mencari wang saku
Demi sesuap nasi
Namun keseimbangan waktu perlu dicari...
Hidup bukan untuk makan
Tetapi hidup untuk dinikmati....
 
 
 

Jumaat, 20 April 2012

Perniagaan tertua di dunia dilindungi di Singapura.

Ulasan berita:


The Sun 19.04.2012


"Perniagaan tertua" di dunia terjaga baik di Singapura.

Pada 2008 undang-undang perlindungan industri tertua itu telah digazetkan. Mereka yang melanggan pelacur berumur bawah 18 tahun akan dikenakan tindakan denda, nama dan muka mereka dipamer di dalam akhbar massa.

48 orang lelaki sudah dikenakan tindakan dengan akta yang sama. (Lapor akhbar The Sun: 19.04.2012) .

Bayaran untuk gadis di bawah umur 18 tahun RM1,125- RM2,125 seorang untuk sekali servis.

Di Singapura, kegiatan pelacuran dan persundalan merupakan industri yang sah dan halal mengikut lunas undang-undang mereka.

Dengan tindakan perlindungan tersebut, pelacur-pelacur yang sudah berumur akan dapat harga yang stabil, peluang perniagaan lebih luas, tiada gangguan permintaan.

Selamat menghadam dan malam Jumaat kengkawan..

Psst: ada ruang bizness di situ ... hahahaa"Perniagaan tertua" di dunia terjaga baik di Singapura.

Selasa, 3 April 2012

Lelaki tak akan masuk syurga

Gambar: Bunga lalang
Ada pun maza hendak mengambil sedikit perhatian kepada kaum bapa-bapa.

Janganlah kita mengambil mudah akan wanita di bawah tanggungan kita. Kelaknya kita juga akan terseret di hadapan Allah SWT.

Memang benar Allah SWT telah melebihkan kaum lelaki itu satu darjat daripada wanita. Itu pun kerana anugerah fizikal yang dikurniakan Allah SWT untuk kaum adam itu memikul tanggungjawabnya melindungi kaum hawa.

Firman Allah SWT "... dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Al-Baqarah, 228)

Sebetulnya maza ingin membawa isu tentang wanita menyerupai lelaki. Perkara ini sering kali kita lepas pandang.

Sabda Rasulullah SAW, “Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat: Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" (Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih: Ghayatul Maram, no 278)

Kita acapkali mencebik kepada golongan mak nyah (lelaki menyerupai wanita) tetapi kita memejam mata apabila melihat wanita berperangai dan menyerupai lelaki. Walhal wanita yang sedemikian rupa itu terkinja-kinja di hadapan mata, tergedik-gedik. Malah kita seronok pula melihatkan kelakuan mereka yang tidak ubah seperti 'jantan'.

Dari segi hukum pakaian sudah tentulah kita mengerti tentang batasan aurat wanita dan lelaki. Tetapi dalam hal menyerupai lelaki bukan setakat pakaian, juga akhlak dan adabnya perlu diberikan perhatian.

Hari ini begitu ramai, malah majoriti wanita menyerupai lelaki, terutama dari segi pakaian, lengok jalan, terbit suara dan bahasanya. 

Lihat sahajalah di kiri dan kanan, pastinya dengan mudah kita dapat lihat ramai wanita yang memakai seluar, adakalanya seluar itu pula mengalahkan seluar lelaki. Iaitu sempit, sendat, melekat dan menampakkan susuk tubuh yang haram dipandang oleh bukan mahramnya. Tetapi ada sesiapa yang peduli? Mana perginya bapa, ayah, suami, abang dan adik lelaki mereka untuk mencegah perbuatan yang mungkar? Atau mereka itu dayus yang membawa maksud bersekongkol ke arah keruntuhan akhlak!

Begitu juga halnya, berpakaian baju kurung tetapi apabila duduk terkangkang luas mengalahkan anak 'jantan'! Sudah tentu ia memburukan rupa, tabiat dan maruah wanita itu. Tapi ada sesiapa yang endah? Atau seronok melihatkan kangkangan tersebut? (lalat seh, busuk wei! uwekkk!)

Perihal bahasa pula, jangan terperanjat seorang wanita yang berperwatakan ayu. Tiba-tiba sebaik bertemu rakan karibnya di sebuah restoran di tengah ramai lalu dia menjerit dengan lantang dan mengeluarkan perkataan, "Alo! beb!", "Sial lo!"

Mereka melakukannya tanpa menghiraukan orang ramai atau menghormati golongan yang lebih tua. Seolah-olah mereka berada hanya di dalam dunia mereka sendiri. Lalu memberikan contoh negative kepada generasi yang lebih muda! Apa yang hendak digahkan sangat itu? Lupakah adat ketimuran? Atau sudah 'keeropahan' sangat lalu memilih perbuatan yang tak semengah sedemikian rupa?!


“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan) berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat.” (Hadis Riwayat Ahmad, jilid 2, ms. 223)

Perasaan malu seorang wanita yang sepatutnya begitu tinggi kini mulai terhakis. Seolah-olah perkara sumbang semacam 'jantan' yang dilakukan itu sudah terlalu lazim hingga tidak memberi kesan ke atas rasa 'malu' seorang wanita. Oh! ok,  tambahan pula tiada siapa yang mempedulikan mereka lalu dengan selamba mereka mempraktikan akhlak buruk demikian rupa. 

Perangai buruk tersebut ditambah pula dengan asakan dan galakan dari teman-teman dan contoh-contoh sekeliling yang culas!

Mengikut Imam Az-Zahabi “Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu (atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita/lelaki yang tidak halal baginya dengan syahwat ('ringan-ringan')" (Al-kabair, 1/45 )


Wahai kaum bapa, sekiranya kita tidak mengawal tingkah laku tersebut, takut-takut kita tercebur dalam golongan yang diperkatan oleh Nabi SAW iaitu tergolong dalam kaum dayus.

Nabi SAW bersabda, “Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga: orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" (Riwayat Ahmad)

Pada hal setiap dari kita mahu melihatkan kebahagiaan di dunia akhirat, dari itu untuk menjadi muslimin yang sejati kita perlu menjalankan sekurang-kurangnya dua perkara serentak iaitu melakukan kebajikan dan mencegah kemungkaran!

Kalau dulu orang berjihad dengan keringat, pedang dan darah! Hari ini kita perlu berjihad juga, tetapi dengan berdakwah dan memberanikan diri menegur dan mencegah dari perbuatan yang sedemikian rupa.

“Ikutilah sebaik-baik apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya. Supaya jangan seseorang berkata: Sungguh besar kecewaku kerana aku telah melalaikan kewajipanku di sisi Allah, serta aku telah menjadi dari orang yang sungguh memperolok-olokkan agama Allah!” (Az Zumar: 55-56)



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails