‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Ahad, 31 Julai 2011

Mengandung dan Menanggung berbeza dalam kesamaan.

Kata orang mengandung itu antara hidup dan mati. Bertarung nyawa dan selalu menghadapi kesukaran.

Itu benar bagi seorang ibu.


Bagi seorang bapa pula, tidaklah perlu mengandung, tetapi perlu menangung membesarkan anak-anak. Bukan sahaja anak-anak itu perlu disuap dan dididik, tetapi termasuk juga ibu yang melahirkan anak-anak tersebut perlu ditanggung-jawabkan.

Apa-apa hal pun toleransi dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing amatlah penting!

Di kesempatan ini juga maza hendak mengucapkan selamat berpuasa. Hari ini hari pertama kita berpuasa di dalam bulan Ramadhan. Jangan buat-buat lupa pula ... hehehehe

Gambar selebihnya di ronawarna.blogspot.com

Jumaat, 29 Julai 2011

Air Mata di Kuala Lumpur...

Yeap semua orang sudah tahu keputusan pertandingan Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di mana Singapura melawan Malaysia iaitu seri 1-1. (pada 28.07.2011)

Di atas keputusan itu juga Malaysia telah tersingkir ke pusingan seterusnya. Setakat ini sahajalah perjalanan Malaysia hingga ke pusingan ke dua. Malaysia atau Harimau Malaya belum pernah pergi sejauh ini di dalam sejarah Piala Dunia. Inilah kali pertama mereka menjejakkan kaki walaupun Piala Dunia sudah seabad lamanya diperkenalkan.

Di atas kekalahan itu juga mengalirlah sudah air mata Harimau Malaya di Tanah Tumpahnya Darahku!

Hinggakan gelap dan mendung menyelubungi Kuala Lumpur, ibukota Malaysia di pagi hari keesokan harinya. (29.07.2011).

Kita tidak tahu sampai bilakah langit Kuala Lumpur akan mendung dan Kuala Lumpur terus dalam kebasahan. 

Besar harapan kami agar Harimau Malaya tidak terlalu lama untuk berdukacita. Harimau Malaya perlu bangkit memperkemaskan cakarnya. 

Ketua jurulatih Datuk K. Rajagopal masih punya misi untuk memperbaiki lagi kepincangan langkah Harimau Malaya. Kepincangan semalam harus ditebus di arena Asia Cup.

Bagi rakyat Malaysia, jangan cepat melatah dan berputus asa. Mari kita terus-terusan mengibarkan jalur Gemilang mempertahankan Harimau Malaya daripada tersembam dan luka lama berdarah kembali!

Cerita lain

Khamis, 28 Julai 2011

Singapura vs Malaysia (Keputusan)

Keputusan akhir, Singapura vs Malaysia untuk Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014, Brazil ialah seri 1-1.

Ini bermakna sampai setakat ini sahajalah Malaysia mara ke pusingan kedua Piala Dunia. Sebelum ini Malaysia sudah pun tewas dengan Singapura ketika melawat ke tempat lawan dengan 3-5.

Oleh itu melengkapkan agregat 4-6 dengan Singapura terus mara ke pusingan selanjutnya.

Ini bermakna Harimau Malaya tempang dan tertanggal taringnya terkena tamparan lengan sang Singa!

Secara keseluruhannya walaupun Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur dibanjiri oleh penyokong Malaysia berpuluh kali gandar daripada penyokong Singapura, iaitu 80,000 (Malaysia) - 500 (Singapura), namun itu tidak dapat menahan kemaraan Singapura.

Permainan Malaysia pada masa pertama hambar. Hantaran bola oleh pemain tengah acapkali tidak tepat dan sudah semestinya menyukarkan pihak penyerang mahu menyumbat ke gawang.

Sepekara lagi perlawanan kali ini semacam tidak kena. Seolah-olah tidak selancar ketika bermain dengan Taiwan. Tapi entahlah, tak berani mau tuduh-tuduh.

Man of the match kali ini maza memilih Khairul Fahmi (Apek) juga Safee Sali dan Kunalan.

psst tagline maza kali ini: Kalah & menang adat perlawanan, tapi biarlah tewas bermaruah bukanya Rahsuah!...

Mencabut bulu tengkok singa.

Entry kedua untuk hari ini. Entry sebelumnya di sini: Hijab Hati: Tutup atau Terlungkup!

Maza pandang kanan, pandang kiri.. jengah sana, jengah situ Kuala Lumpur di pagi ini cukup lengang. Jalannya tidak sesak seperti lazimnya.

Maza tertanya sendirian, peristiwa apakah yang sedang berlaku. Terasa pelik.

Sebaik sampai di ofis, rakan sepejabat mengadu menyimpan perasaan yang amat berbeza. Seolah-olah hari ini mereka punyai tenaga lebih. Sekejap-sekejap mereka mengenggam tangan dan melontarkannya ke udara. 

Maza dikejutkan dengan deringan telefon. Di hujung talian sana kedengaran suara pelanggan. Mereka melaporkan di Kuantan, Kluang, Batu Pahat, Johor Bahru, Kuala Kubu, Kota Bahru, Behrang, Kuala Perlis, Arau, Alor Setar, Kahang, Lukut, Broga juga mengalami fenomena yang sama. Bandarnya lenggang. Sunyi!

Sekonyong-konyong boss besar masuk lalu berkata, "Kuala Lumpur macam dilanggar garuda. Awak perasan tak?"

"Apa tak nya boss. Hati masing-masing sudah tertumpu di Stadium Bukit Jalil. Malaysia menentang Singapura untuk Kelayakan Piala Dunia 2014 di Brazil, malam ini jam 8.45. Singapura vs. Malaysia; Singa berentap Harimau Malaya!!!... " tangan digenggam lalu penubuk itu melekat di bidang dada.

Untuk itu maza juga jiwanya sudah melayang ke pintu stadium sana. Dengan ini maza tinggalkan lirik lagu "Barisan Kita" untuk sama-sama semarakan semangat kebangsaan mahu mematah riukan tengkok Singa. Biar Harimau menampar, mencakar dan mencabut helaian rerambut di tengkok singa itu satu persatu! huhuhu...

Semangat bukan di pejabat ini lagi, ia sudah melangkaui jauh di perbatasan sana.

Aturkan Langkah, Menuju Medan Juang
Kita Mahukan Kemenangan,
Kita Sanggah Musuh Durjana!


Barisan Kita

Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi

Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju Medan Bakti

Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya!

Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti...


Mereka menyeru semangat anda!
Mereka menagih pengorbanan !!!!
Ayuh teguhkan langkah!
Kita bangkit menentang!!!!




Lagi lagu Sorakan Boleh!



psst: Malam ini maza sudah bersedia dengan kain pelikat dan teh tarik satu .... Sekali tiket sudah habis daaa... huhuhu....






Hijab hati : Tutup atau terlungkup!

Rasanya terdapat banyak pengajaran dan jawapan dari gambar di bawah ini. Maza sekadar tolong sebar-sebarkan aje dari blog mazeermohamad.blogspot.com

Hari Khamis terakhir dalam bulan Syaaban tahun ini sudah datang. Selamat Malam Jumaat kengkawan.. ihik! ihik! ihik!...





Selasa, 26 Julai 2011

Bir 'Halal' sudah boleh diminum: Sohih

Akhir bulan Mei 2011 yang lalu, seluruh negara menjadi tergempar apabila terdapat dakwaan bahawa terdapat bir halal yang dijual di negara ini sebenarnya haram disebabkan kandungan alkoholnya melebihi 0.01%.

Minuman berperisa buah-buahan yang dimaksudkan ialah Barbican. Minuman ini diimport dari negara timur tengah. 

Di dalam blok ini (GKKJ), maza ada menulis perkara tersebut di sini : Bir Halal Sudah Haram?!

Berikut tersebarnya kisah Bir Halal sudah haram di surat khabar itu menyebabkan ramai juga orang yang melatah dan marah-marah.

Ada antara mereka yang terus-terusan mencemuh dan menyalahkan beberapa institusi pengawal pensijilan halal. Tidak kurang juga mereka yang menunding jari sambil menonyoh-nonyoh ke muka orang lain. Diringkaskan pelbagai reaksi diberikan oleh orang ramai. (Yang ter-over reaksi pun ada, ish ish ish.. hehehehe...)


Hari ini di Harian Metro telah mengesahkan bahawa salah satu jenama yang dijolokkan dengan nama Bir Halal oleh akhbar iaitu Barbican telah disahkan halal diminum oleh Muslimin. 

Perkara ini telah diputuskan di majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke 95 pada 16 hingga 18 Jun lalu.

Menurutnya, alkohol terkandung dalam minuman terbabit juga bukan terhasil daripada proses pembuatan arak serta dengan kadar sedikit dan tidak memabukkan adalah dibolehkan bersesuaian dengan keputusan muzakarah pada kali ketujuh pada 1984, ke 19 pada 1987 dan ke 91 pada tahun lalu.

Muzakarah juga menasihatkan supaya pengeluar minuman berkenaan tidak menggunakan label, jenama dan sebagainya yang boleh menimbulkan keraguan kepada umat Islam. Justeru, orang ramai khususnya masyarakat Islam di negara ini tidak perlu ragu dengan status minuman ini kerana ia sudah diputuskan halal,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Bir Halal sudah boleh diminum: Sumber Harian Metro 26.07.2011

Jadinya sekarang ini jelaslah sudah segala dakwaan awalnya itu kurang tepat. Segala penjernihan perlu dilakukan. Mana-mana pihak yang terlebih cakap, tersalah fitnah, jangan segan-segan untuk minta maaf kepada pengeluar dan pengimport minuman jenama Barbican tersebut. 

"Mencari yang halal itu wajib. Mencari kebenaran itu perlu. Sudah salah sila minta ampun.. hehehhe"

Bukan mabuk tody tapi keletihan sambil minum Barbican ... hehehehe
Lepas ini maza boleh togak minuman ini puas-puas. Opps.. tapi kalau sudah kembung dan tersandar pula, lain lah pulak jadinya. Uhuk! Takut lah pulak kaki akan putus. Kena penyakit kencing manis da.. hehehehe...



Isnin, 25 Julai 2011

Izinkan Aku Berzina...

Sarang burung ditinggalkan sepi
Ada seorang soleh yang sangat patuh kepada perintah agamanya. Dia sentiasa menjaga diri dariapda segala rupa maksiat dan keburukan.

Sehinggalah pada suatu malam terlintas di dalam hatinya hendak berzina dengan seorang wanita jelitawan disebabkan pesona dari wanita tersebut.

Kebetulan pada waktu itu di sampingnya ada sebuah pelita yang baru saja dinyalakan untuk menerangi rumah orang soleh itu.

Maka dia pun menajamkan pandangannya ke arah liang-liuk api pelita tersebut. Dia mengecilkan anak matanya, dia memandang tepat ke arah nyalaan api di atas sumbu itu.

Kemudian pemuda soleh itu pun berbisik ke hatinya: “Engkau mengajak aku kepada perbuatan terkutuk dengan wanita itu?! Baiklah! Aku akan letakkan jariku ini di atas sumbu pelita yang menyala itu. Kiranya ia tahan akan panasnya, nescaya aku akan turutkan kemahuanmu itu.”

Maka pemuda soleh itu pun meletakkan jarinya di atas sumbu pelita. Kemudian dia cuba menahan diri daripada kepanasan, sehingga dia merasakan seolah-olah nyawanya hampir tercabut kerana tidak tahan akan haba kepanasan yang dideritainya itu.

Lalu segeralah dia berteriak: “Wahai jiwa, tahniahlah engkau! Rupanya engkau tidak tahan. Ini baru daripada kepanasan api dunia, engkau sudah tidak tertahan. Pada hal api dunia ini telah disejukkan oleh Allah SWT sebanyak 70 kali ganda agar manusia boleh bertentangan dengannya lalu mendapat manfaat daripadanya. Kalau hanya menghadap api dunia ini engkau sudah tidak tahan, apatah lagi untuk menghadapi api neraka, yang panasnya 70 kali ganda lebih dahsyat daripada api dunia ini.”

Lalu orang soleh itu pun berpaling daripada niatnya yang mahu berzina tadi. Sejak hari itu hatinya tidak pernah diganggu oleh lintasan buruk tersebut.


Selamat hari Isnin ya kengkawan.... Hari yang indah tapi mood suram-suram gitew. uhuk!


Khamis, 21 Julai 2011

Pantai Air Papan, Mersing


Dua minggu sudah ketika Kuala Lumpur sibuk dengan gerakan BERSIH 2.0 dan perhimpunan haram pada 7092011, maza sudah menghilangkan diri ke Mersing.

Pada hari Sabtu malam Ahad itu maza dengan keluarga telah berkhemah di Pantai Air Papan, Mersing, Johor. Dengan alibi ini juga, maza berharap tiada lagi sesiapa yang sangsi tentang kehilangan maza.


Pantai Air Papan sememangnya terkenal di daerah ini. Selain sebagai tapak perkhemahan, ia terkenal sebagai tempat perkelahan, perkampungan dan pesta pantai.


Untuk rekod hampir saban tahun pesta pantai diadakan di pantai ini. Jika anda bernasib baik anda akan terserempak dengan pesta pantai tersebut. Pelbagai aktviti terutamanya pertandingan karaoke, persembahan kugiran, tarian tradisional, sukaneka, dan pelbagai lagi diadakan.

Namun pada tarikh maza berkhemah ini pula bukanlah jatuh hari pesta pantai. Jadinya Pantai Air Papan di petang Sabtu dan Ahad itu agak lengang. Kecuali pada hari Ahad, ramai keluarga dan kumpulan orang muda bersantai.

Malam itu kami membakar ayam dan keropok lekor. Selebihnya makanan dibawa dan dimasak oleh dari rumah lagi.



Anak-anak kami cukup gembira walhal inilah kali pertama mereka berkhemah.

Di masa maza kecil-kecil dahulu, maza sukakan perkhemahan. Oleh kerana terlalu gian hendak berkhemah, pernah maza memasang khemah di luar halaman rumah. Lengkap dengan gadget kasut, katil, tempat pinggan, pagar dan sebagainya.



Kali ini maza mahu mengajar anak-anak maza tentang kecintaan alam dan bersyukur di atas kurniaan Tuhan. Kiranya kami lakukan perkhemahan ini seperti perkhemahan ibadah sebagaimana dianjurkan oleh Persatuan Mahasisa Islam UM dahulu kala. Bezanya ialah kami tiada qaimulalil. Masing-masing terbongkang kepenatan melayan kerenah anak-anak yang tak pernah mengelilingi api dan pelita karbait.


Sambil-sambil itu juga maza sempat merakamkan pemandangan waktu malam di Pantai Air Papan ini. 

Kebetulan pula pada hari itu angin bayu darat bertiup sepoi-sepoi bahasa lantas menghakiskan rasa kehangatan. Di petang Sabtu itu pula hujan menyebabkan terasa udara yang begitu nyaman.

Kalau angin bayu laut yang bertiup, alamat ada yang tak boleh tidur di dalam khemah. Panas!

Mujur juga anak-anak maza tidak merenget malam itu pinta kipas angin. Kalau tidak ada harapan kami tidur sahaja di dalam kereta dengan injin terus menyala. 



Berbeza dengan di pantai barat, Pantai Air Papan ini ombaknya agak kuat sedikit. Kanak-kanak harus diberikan lebih sedikit perhatian.

Waktu subuh merupakan waktu yang amat indah untuk menyaksikan matahari terbit. Apatah lagi menikmatinya di bawah naungan pepohon kelapa.

Maza sempat merakamkan peristiwa matahari terbit itu.


Cerita banyak pun tak guna, mari saksikan beberapa gambar yang sempat maza rakamkan. Moga-moga dapat memberikan inspirasi dan ingatan kepada kita agar mencintai alam dan nikmat pemberian Tuhan.

Untuk melihat gambar selebihnya hasil tembakan dari lensa maza silalah ke ronawarna.blogspot.com ya kengkawan.

+Pantai Air Papan, Mersing
+Di Tepian Pantai
+Sekali Ombak bah, Sekali Pantai Berubah
+Karangan di Air Papan, Mersing
+Malam Di Tepian Pantai Air Papan, Mersing





Selasa, 19 Julai 2011

Tebas Rekrut

Di muka pintu kedai gunting di kampung nan satu itu masuklah tiga orang beranak. Seorang emak dan dua kanak-kanak yang masih bersekolah….

“Ha Rahim, kasik guting budak dua orang ni. Macam biasa. REKRUT!” kata si emak seraya menolak pintu masuk.

Di dalam ruang kedai gunting itu tidak ada pun penyaman udara. Cuma yang ada kipas angin yang tidak berapa ligat berpusing. Lagi pun kalau beputar ligat, ada harapan semua yang ada di dalam kedai itu bergelumang dengan rambut yang sudah dipotong.

Maka terkebil-kebillah mata dua orang anak itu. Mereka sudah tidak hairan. Dulu-dulu mungkin meleleh juga airmata mereka tanda memberontak. Sekarang sudah bisa tegal biasa. Lagipun di sekolah mereka telah dikenali dengan "rambut 1 inci".

“Hai kak, budak-budak ni dari sekolah rendah sampai nak habis sekolah menengah. Takkan pesen yang sama aje? Bagi ler chance dia orang ni berambut lebat sikit. Dah remaja dah ni. Biarlah dia bergaya sikit ... hehehe” kata Pak Rahim sambil tersenyum menyakat.

“Bukan apa Rahim. Senang sikit aku yang janda ni. Tak payah tiap-tiap bulan nak guntingkan rambut budak-budak ni ha. ”

“Hmm … jawabnya lama lagilah saya nak kaya,” jawab Pak Rahim sambil menelan senyuman manisnya tadi yang bertukar kelat.

Tanpa banyak betah, langsung Pak Rahim mengambil ketam rambut lalu ditebasnya rambut yang tak berapa nak lebat itu. Mata kedua anak tadi sekadar terkebil-kebil melihatkan untuk sekian ratusan kalinya rambut mereka dicantas ganas sedemikian rupa.

Lagi pun mereka berdua sudah selesa dengan rambut terpacak menampakan kulit kepala itu. Kepala menjadi sejuk dan tak rimas. Bila mandi atau terkena air hujan langsung airnya menyentuh kulit kepala. Segar!


Kalau pergi sekolah, tak perlu risau mahu meminyaki rambut atau menyikat ikut gaya fesyen terkini. Sarung baju seragam sekolah terus melangkah pergi. Bermakna dapat lagi menjimatkan duit keluarga; tak payah beli minyak rambut!

Sepekara lagi, mereka telah membantu guru displin. Tak perlu guru HEM/P (Hal Ehwal Murid/Pelajar) terpekik terlolong pagi-pagi buta Isnin atau tergocoh-gacah menggunting rambut mereka secara 'percuma'. Lagipun dapatlah mengurangkan rasa permusuhan dengan pengawas-pengawas yang kaki ngendeng guru itu. Huh!

Kalau pergi berjalan-jalan atau merayau di pekan mudah yang amat untuk bersiap. Masa pun dapat dijimatkan.

Dan itulah kisah zaman kanak-kanak maza ... ahaks ... hehehehe.

Photog: handphone cap ayam dua ekoq satu kali sudah...

Isnin, 18 Julai 2011

Tak serupa jantina...

"Seorang lelaki berpakaian menyerupai wanita telah ditahan dan didakwa ..." Jukiman baca keratan akhbar aliran perdana.

"Yang perempuan berpakaian lelaki melambak-lambak di pasaran ini macam mana? Lebih-lebih lagi nak dekat raya ni. Tak ada akta ke mengawal mereka? Tak ada tindakan dariapda pihak berkuasa ke?" Tuminah ingin mencari jawapan tentang masalah sosial yang melanda.

Kata-kata Tuminah ada kebenarannya. Kadang-kadang itu sukar sungguh mahu membezakan antara lelaki dan perempuan. Di ofis mahu pun di pasar terdapat ramai sangat manusia seperti. Bukan seorang atau dua, malah dalam satu-satu masa lebih dari sedozen perempuan yang berpakaian lelaki. Yang menjolokkan mata dan mengoda iman lelaki usah diperkirakan lagi. Sudah semacam rutin harian pula.

"Tu lain ... tu dikira kebebasan. Kebebasan berpakaian. Kalau ditahan dan disekat karang, katanya kita ini tak ubah seperti negara penganas. Zalim. Negara yang konservatif, jumud, dan mendiskriminasikan hak-hak wanita. Satu lagi, bukan ke gerakan faminin suka bendalah ini." antara sindiran dan kenyataan yg dilontarkan oleh Juswan Singh.

***rujukan, dalil nas:

''Akan muncul dalam kalangan umatku pada akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu pintu masjid. Wanita wanita mereka (isteri atau anak anak perempuan) mereka, berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula terdapat bonggolan seperti bonggol unta yg lemah gemalai.Oleh sebab itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita wanita yang terlaknat.'' (Riwayat Ahmad)



Selamat hari Isnin kengkawan...
maza lantun-lantun aje... 

Jumaat, 15 Julai 2011

Reformasi BERSIH

Autobot! Transforms ...kyuk kyuk kyuk... dah jadi Bumblebee (sebelah kiri), Optimus Prime (sebelah kanan)

Ramai juga kengkawan yang bertanyakan  ke manakah maza telah menghilangkan diri selama hampir seminggu di arena bloggers ini. Terima kasih di atas keperhatinan kengkawan.

Maza mengucapkan syukur yang amat sangat kerana terselamat daripada bencana yang mengancam nyawa. Atau dalam singkatan kata ditahan oleh pihak polis. Maza terselamat dengan mencinuk sana-sini, berlari tertetel-tetel menyelinap di celah-celah lorong menyelamatkan diri.


Jadinya kengkawan tak perlulah risau dan maza sudah pun kembali ke alam khayalan maya dunia bloggers ini. 

Maza terselamat dari kekecohan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 7092011 (Julai 09, 2011, Sabtu) lepas kerana sehari sebelum itu maza sudah pun berangkat meninggalkan Kuala Lumpur dan tersangkut sekali lagi di panggung wayang. Untuk kali keduanya maza menonton Transformer 3: Dark of the Moon. Tetapi kali ini panggung yang biasa-biasa sahaja bukannya 3D. (maklumat lanjut di sini)

Reformasi yang dibawakan oleh Transformers 3 sedikit dicemari dengan adegan 'bogel-bogel', justeru lepas menonton kita perlukan reformat-kan otak kasik BERSIH satu kali. Back to normal and decent. hehehehe

Oppsss... gambar di atas sebagai kenangan-kenangan dan bukti alibi, bahawa tiada kes prima-facie ke atas maza sekeluarga. 

Akhir kalam... AUTOBOT ROLL OUT!....

Photog: telefon bimbit cam ayam satu kali sudah.. hehehehe


Khamis, 14 Julai 2011

Didera, Lelaki juga perlukan talian NUR!


LOS ANGELES: Seorang wanita California bertindak memotong kemaluan suaminya kerana percaya mangsa patut mendapat balasan itu ketika mereka dalam proses untuk bercerai.
Catherine Becker, 48, membuat panggilan 911 selepas kejadian kemudian ditahan polis. Dia didapati memasukkan ubat khayal dalam makanan suaminya terlebih dulu sebelum bertindak seterusnya, kata polis semalam.
Dia menghubungi pihak berkuasa selepas membuang kemaluan itu dalam tong sampah, kata jurucakap polis, Jeff Nightengale.“Pasukan perubatan yang tiba, menemui mangsa terikat pada katil dan berlumuran darah pada bahagian kemaluannya.
Isterinya memasukkan sejenis racun atau ubat yang tidak diketahui dalam makanan lelaki itu untuk membuatkan suaminya mengantuk.
“Dia mengikat tangan mangsa di katil dan sebaik bangun wanita berkenaan memotong kemaluannya dengan sebilah pisau,” kata Nightengale mengenai kes di Garden Grove, tenggara Los Angeles.
Sebahagian alat kelamin berkenan ditemui dan dibawa ke hospital tetapi tidak diketahui sama ada doktor dapat menyambungkannya semula.Selepas tiba di tempat kejadian, polis melepaskan ikatan lelaki itu dan merampas tali serta pisau dapur sepanjang 10 inci (24 sentimeter) sebagai bukti.
“Siasatan awal menunjukkan bahawa mereka berkahwin dan sedang dalam proses perceraian. Suspek memasak makan malam untuk mangsa. Suaminya memberitahu detektif bahawa dia percaya makanan itu terasa lain.
“Mangsa kemudian tertidur dan apabila bangun mendapati dirinya diikat di katil dengan isterinya menanggalkan pakaiannya sebelum memegang kemaluan dan memotongnya,” kata Nightengale.
Wanita terbabit juga ditahan kerana melakukan keganasan teruk, mengurung mangsa dan mendera pasangannya kemudian dibebaskan dengan jaminan AS$1 juta (RM3 juta).
Lelaki terbabit, yang namanya tidak disiarkan, menjalani pembedahan kecemasan dan masih dalam keadaan serius.Insiden itu mengingatkan semula kes John Wayne Bobbitt pada 1933 yang dipotong kemaluannya dalam kejadian yang hampir sama. – AFP
___________________________________________________________________________________________________________



Siapa kata lelaki tidak dianiaya? Lelaki tidak didera? Dan siapa kata perempuan itu lemah dan tidak mampu mendera suami? Ini buktinya ... lelaki menjadi mangsa keadaan.

Jadi, wanita juga mempunyai potensi dan kecenderungan sebagai Pengganas Domestik. Bahkan lagi dahsyat daripada lelaki!

Jelasnya lelaki pun terancam, diancam dan tak berapa nak selamat juga.

Kesimpulan lelaki juga perlukan perlindungan. Memungkinkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu juga memasukan dasar perlindungan lelaki. Barangkali perlu membuka talian NUR 15999 khusus untuk aduan lelaki teraniaya... huhuhu.... 

Ahaks, maza saja lantun-lantun hari Khamis malam Jumaat ini. Selamat Malam Jumaat kengkawan dengan lambakan ibadah... hehehehe

Selasa, 5 Julai 2011

Cinta Kulapuk dan sahabat handainya...

Cinta kulapuk


Cinta kulapuk punyai dua definisi di sini.
  1. Cinta aku yang lapuk - ini tidak bermakna cinta maza sudah berlapuk; macam masuk angin keluar asap yang itu ya kengkawan. Cinta maza sentiasa segar bugar tak ubah seperti bunga ros baru dipetik dari tanah tinggi Cameron Highland sana...hehehehe
  2. Cinta yang sudah kusam. Cinta yang perlu diberus kasik berseri kembali.
Kalau jenis cinta anda sudah cinta kulapuk, jawabnya anda kenalah rajin-rajin membelai, membaja, mengusap (macam usap kucing parsi), dan mengasah cinta itu. Masih boleh diusahakan dengan melakukan sesuatu sebelum ia berubah menjadi cinta hitam legam lalu berbubar-balik menjadi lurah dendam kesumat.

Barangkali berbulan madu atau pujuk rayu mampu memugarkan ia kembali.

Cinta Berbau Jamban 



Tetapi kalau cinta jamban! Aderkkk ... sudah tentulah harumannya amat menjijikan. Mereka yang punyai penyakit hati suka melontarkan cinta jamban ini. Menipu sana sini, berbohong sini. Mengelat sana, membelit sini. Tak ubah seperti kelakuan geng munafik!

Isnin, 4 Julai 2011

Friendster.com shredding your pictures & blog.

Friendster.com (Friendster) is another social networking site which currently still available on internet.

Before involved actively in Blogspot world, I've began my writing in Friendster’s blog. Cik Faridah Abdul Rashid among my friends who is responsible introduces me the web.

Now Friendster.com has came up with new appearance. They've made major revamp upon the website and turned it to totally fresh new look.

So, for those who’re have an account with Friendster.com should check it out. But this time you need to re-register in order to retract the previous account.

Those who wanna to set-up an account with Friendster.com, also welcome.

Due to highly maintenance, those blog & posted pictures had been deleted/vanished from the account. Now your account need to start from beginning. In short, Friendster.com has left your account with emptied box.

Friendster.com has to put further step to survive, keep relevant and stay competitive. Today’s we have witnessed the way Facebook overshadowed all social networking providers. Facebook has enlisted itself for top number one in people choices.

In fact, Google, the number one search engine on internet, also put up a pace to compete with Facebook, i.e came out with Google+.

In order to beat and stay connected in internet, Friendster has to react and come out with attractive, live and fresh look.

Friendster’s users had been informed to redirect or save of their work, pictures or information on other sort of means of storage devices from thier account. The circulation had been circulated as early as last January.

Nonetheless, I feel so sorry to myself due to taken it for granted. I just simply not concern and disregard the announcement. Now I’ve to pay the consequences. All my writing and pictures on the blog has gone due to lag in transferring it from Friendster’s blog to current blog.

If you notice, few of my last entries in this blog, which has put into direct transfer, have been experienced the pictures had gone or been deleted. This is happened due to I’m not uploading ‘the pictures from Friendster account’ into Blogspot pictures account. Uhuk! Bad on me, what the lame ... uwakkkkk..

Anyway, I will try to recover some of pictures which I was kept it in another sources.

Moral of story.

Next time please beware and pay attention. Keep update and alert the surrounding area. Do not allow indolent plays around me.

“Picture is a master tool to records moments and keeps memories alive within us. If the picture has gone, it took all priceless recorded moments and history evidence away for future references.” 
(Opps... karangan bahasa Inggeris maza macam kanak-kanak tadika.. hehehe.. hentam ajelah)

Jumaat, 1 Julai 2011

Lagi bongkaran rahsia, Transformers 3: Dark of the Moon...

Bermulalah al kisah sequel Transformers dari entry yang lalu (Rahsia Terbongkar, Transformers ada kakak!).

Kali ini bukanlah maza mahu bercerita tentang adik Transformer pula. Tidak. Dan bukan juga kisah mak-abah Transformers sebagaimana dicadangkan oleh saudara Tengkorak Emas (TE)

Tapi kali ini maza mahu bercerita tentang alkisah Transformers SAGA bersiri lain pula. 

Maka bermulalah chetera Transfomers 3: Dark of the Moon dengan malam tadi maza sudah pun mendapatkan tiket untuk menonton Transformers 3: Dark of the Moon berdua-duan dengan darling dari panggung Cathay sana. 

 Bersama-sama ini maza sediakan buktinya seperti gambar di bawah:-
 (HAHAHAHA .... *ketawa orang jahat)


Ya! Melalui niat suci lagi dengki terhadap kengkawan lain.. ahaks ... terutama Ismail N (blogger Dulu Lain Sekarang Lain), maza dengan bangganya hendak mempersembahkan tiket Transfomers 3: Dark of the Moon in 3D... hahahahah

Tayangan Sabtu, 2 Julai 2011, jam 8.45pm...

Oh boy! Oh boy!.... I can't simply wait ... huhuhu..
Ghairah sehhh ... hahahaha

Maza pergi menonton dulu ya kengkawan.. hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails