‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Khamis, 11 Ogos 2011

Skodeng Aksi Menunggeng dan Meniarap di Taman Botani Perdana

Bulan Julai 21, 2011 pada petang Ahad nan mendung itu maza dan kaum kerabatnya sudah berkelah di Taman Botani Kuala Lumpur.

Gambar 1: Aksi angsa yang selamba di Taman Botani Perdana. Santai seh...

Kami mahu melihat dan menyaksikan sendiri apa yang digembar-gemburkan bahawa Taman Botani ini sudah disuburkan kembali sesuai dengan perasmian perlancaran taman ini oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin.

Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur dahulunya dikenali sebagai Taman Tasik Perdana
 
Gambar 2: Sekumpulan Angsa sedang berenang riang di Taman Botani Perdana

Maza sendiri sudah lama tidak ke mari dan kebetulan pada tarikh tersebut kami anak beranak sempat menyinggah ke taman ini.

Oleh kerana ada urusan lain lagi ketika itu, kami tidak berlamaan untuk bersiar-siar dan membelek lama. Sungguh pun demikian maza sempat skodeng beberapa adegan panas!


Menskodeng aksi-aksi sepontan sekumpulan angsa yang terdapat di tasik di taman itu bukanlah mudah. Berpeluh-peluh maza hendak mendapatkan syot yang cantik (errr ... mengikut perkiraan maza yang lantun-lantun lah ... hehehehe).

Gambar 3: Teka-teki, mana satu jantan, mana satu betina?

Tatkala maza merakamkan aksi lemah gemalai sang angsa ini, masa sudah tertunggeng-tunggeng, bergolek-golek macam cerita Hindustan di petang Sabtu, Sesekali maza meniarap dan berbaring demi mendapatkan tembakan yang tepat. 

Gambar 4: Opps, dia main pusing-pusing roundabout lah pulak!

Selepas puas merakamkan aksi si angsa, barulah maza perasan yang pakaian maza kekotoran. Begitu juga halnya ramai pula mata-mata yang memandang ke arah maza. ahaks! Tetiba terasa malu lah pula. Ketika menunggeng dan meniarap itu maza tidak terfikirkan itu semua, janji dapat tangkap gambar angsa, sudah!

Gambar 5:  Biasan cermin diri di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur

Jadi, kengkawan selamat bermalam Jumaat ya. Ini bermakna sudah 11 hari kita berpuasa. Sepuluh Ramadan yang awal sudah pun berlalu. Jangan terlepas lagi terawikh. Kerana menurut hadis Ramadan kedua pula giliran sesi mendapatkan keampunan setelah sepuluh hari sebelumnya merupakan sessi pengenalan kerahmatan Allah SWT.

*Lagi gambar selebihnya di ronawarna.blogspot.com (klik sini)





blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails