‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Jumaat, 26 Ogos 2011

Terkandas dipasung aral melintang. Tidak ku sangka begini jadinya.

Ku sangka boleh pulang ke kampung pada hari ini (Jumaat : 26/08/2011). "Perjalanan jauh tidak ku rasa, ingin berjumpa sanak-saudara yang jauh nun di mata. Ooo .. sob! sob! sob!"

Rupanya malang tidak berbau. Geruh berbuat aral di pertengahan jalan. Tiba-tiba kedengaran suara sumbang dari celah-celah tabir bilik boss besar. 


Gambar: Selamat Hari Raya ya kengkawan. Ampun dan maaf dipinta di atas kesalahan maza & keluarga.

"Nampaknya kita semua tidak boleh balik awal hari ini. Lagi pun minggu depan kita semua bercuti. Jadinya kerja-kerja yang berbaki ini (pada hal boleh ditunda sehingga naik cuti) kenalah disiapkan. Dengan ini kita akan stay back sampai selesai kerja." kata-kata kejam yang dilontarkan oleh seorang boss di saat malam likur semakan luput dan lebaran semakin memanggil.

Sekarang sudah masuk jam 11.10 malam. Maza masih tinggal di pejabat lagi. Entah jam berapa baru boleh pulang, gerutu hati maza! 

Mengikut kadaran jumlah baki kerja, mahu akan selesai jam 3.00-4.00 pagi. Aduhhh! Rosak program haku! uhuk..

Fizikal dan kederat memang masih ada di pejabat. Tetapi jiwa, naluri dan nafsu semuanya sudah sampai ke kampung sana. Sudah terbayang sanak saudara, rendang, ketupat, kuih, ayam dan itik semuanya bagai. 

"Boss boleh saya balik awal hari ini (pada hal sudah hampir separuh malam)? Lagi pun saya dapat rasakan sekarang ini betapa rindunya anak dan isteri saya di rumah sana. Mesti mereka sedang resah dan mengadu sesama sendiri mahu memagut tubuh saya yang tidak menjengukkan diri sedari awal subuh tadi. Lagi pun saya sudah tidak biasa balik lewat semetentelah di akhir-akhir Ramadan." cubaan berani berbaur simpati maza untuk pulang awal sebentar tadi.

"Oh begitu! Nenek saya yang berusia 100 tahun tu pun nak memagut tubuh saya juga. Emak ayah saya pun baru pulang dari England setelah hampir setahun di sana. Itu pun mereka mahu memeluk cium tubuh saya. Sudah! Selesai kerja ini kita boleh balik sama-sama. Tak kiralah sampai empat pagi sekali pun. Kalau sudah siap kerja tentulah kita juga senang mahu beraya. Tidak perlu rungsing lagi." kata-kata boss yang berbau kejam! Kejam! Kejammmm!!!!...

"Aderrkkk .. tapi boss, kerja ini dan raya nanti akan lebih manis serta bermakna kalau boss sediakan sekali duit raya untuk kami .. ihik!" sekali lagi, barangkali cubaan terakhir untuk mendapatkan duit raya setelah sudah pasti tiada bonus bakal diberikan. Maza juga sudah lupa bila kali terakhir kami merasa bonus. Uhuk!

"Hmm ... kalau begitu, elok juga saya belanja awak air teh. Bedah! Belikan (buatkan sebenarnya) air teh untuk si maza dan yang lainnya. Saya belanja sebagai duit raya!" boss menggunakan politik autanya untuk memujuk kami yang semakin membarah.

Aderrrkkkk ... tetiba di dalam hati ada hiba. Emaakkkkk ... maafkan anakanda kerana tak dapat pulang sekarang atau esok hari sebab terpaksa, dipaksa untuk bekerja keras! uhuhuhuhu...


blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails