‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Khamis, 8 Oktober 2009

Ramadhan: Geruh Di Tempat Kerja # 2

(Sambungan entry Kes #1 klik di sini)

Semalam Pablo sahur agak lewat. Jam tiga sudah bersila di hadapan makanan. Selalunya dia bersahur jam dua belas atau satu pagi. Entah apa agaknya yang mempengaruhi Pablo untuk bersahur lewat tidak seperti selalu.

Lepas sahur dia pun tidur. Kebetulan hujan pagi tadi telah menghanyutkannya bersama mimpi indah!

Lenanya terbuai bersama-sama angan-angan berbaju melayu baru dan teringatkan rakan taulan yang telah lama ditinggalkannya di kampung itu.

Tiba-tiba tidurnya diganggu pancaran mentari meninggi. Jam menunjukan 9.30 pagi. Subuh pastinya telah menjadi gajah!

Dia bingkas mengelabah tidak tentu arah. Manakan tidak, jarak antara rumah bujangnya di Pantai Dalam ini ke tempat kerja di KLCC memakan masa empat puluh lima minit. Kalau begitu dia akan hanya memasuki pejabat hampir jam sebelas pagi.

Pablo masih teragak-agak. Dia berkira-kira sama ada hendak ambil cuti tahunan berbaki tiga hari untuk bekalan hari raya nanti atau pergi juga kerja tetapi punch card bertukar warna merah.

Hatinya berdebar-debar. Adakalanya dia memarahi dirinya sendiri. Dia resah, gelisah. Dia masih mamai dan buntu.

Pablo mesti memberitahu pejabat sama ada datang atau pun mengambil cuti. Kalau tidak akan memberikan kesan amat buruk ke atas prestasi kerjanya. Lagipun sekarang ini negara sedang mengalami kegawatan ekonomi. Banyak syarikat sudah bungkus, tutup kedai.

Tiba-tiba dia mendapat akal. Dia harus menjalankan satu helah. Bukan apa, untuk menyelamatkan reputasi syarikat juga. Dan menjaga keselamatan dirinya di hari muka.

Pablo mencapai telefon bimbitnya. Lalu bergegas ke tandas. Di bukanya luas-luas shower hingga tercetus seolah-olah bunyi hujan sedang melebat di luar. Walhal pagi yang berbahagia itu dilimpahi sinar mentari yang cukup suci. Embun pagi juga telah kering merasap menjadi wap!

"Boss, saya datang lewat sikit lah. Hujan lebat kat sini. Tak boleh nak jalan. Lagipun kalau sampai ofis nanti saya jadi kuyup!"

"Baiklah. Nanti lepas hujan awak bergeraklah. Jangan lupa belikan saya teh panas satu. Erk! Rahsia antara kita ya?" Encik Razak penyelia yang bertanggungjawab ke atas Pablo di pejabat itu.

"Perkh! Tak pasal-pasal musyibat datang. Terpaksalah aku bersekutu dengan orang tak puasa hari ini. Aduhai." keluh Pablo sendirian yang terus melangkah longlai dan terus menarik gembar yang membulat ditinggalkan sebentar tadi.

"Alang-alang." Pablo membetulkan kembali bantal yang penuh jasa membawa alam mimpi indah tersebut. Setelah jam sebelas barulah Pablo mengenderani motor RGV-nya untuk ke pejabat.
blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails