‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Selasa, 25 April 2017

SG. TUA ULU YAM, SELANGOR

Sudah lama maza tidak memotret tentang alam. Begitu juga menulis berkenaan keindahannya.

Gambar ini dirakamkan sebulan yang lalu. Kebetulan maza dan keluarga berhajat menyejukkan tubuh yang mulai memanas akibat keadaan kemurungan ekonomi negara. Memang ramai yang terjejas dengan keadaan ekonomi semasa. Malah ramai juga yang kehilangan pekerjaan ditambah pula dengan kadar inflasi menjerut diri.

Maza berdoa dan berharap agar kegawatan ini akan segera berlalu. Semoga Allah mengurniakan rahmat dan rezeki yang mencukupi lagi barakah kepada keluarga maza dan kengkawan sekalian.

Tiadalah sesuatu itu diciptakan Allah SWT dengan sia-sia. Menikmati keindahan alam adalah salah satu tanda mensyukuri nikmat Tuhan.

Sg. Tua, Ulu Yam, Selangor bukanlah tempat asing bagi warga Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Sg Tua, Ulu Yam, Selangor merupakan taman rekreasi dengan menawarkan air terjun dan kemudahan-kemudahan perkelahan untuk famili.

Sg. Tua, Ulu Yam merupakan destinasi menarik di Selangor dan mampu memberikan pengalaman indah. Sg Tua Ulu Yam menjadi tempat tumpuan warga kota terutama daripada Gombak, Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan sekitar kawasan Lembah Klang. 

Sg. Tua Ulu Yam, Selagor hari ini dalam fasa peningkatan taraf perkhidmatan untuk kemudahan pengunjung terutama di Park 2.

Sg. Tua Ulu Yam menawarkan tiga lokasi Park iaitu Park 1, 2 dan 3.




Kawasan air terjun Sg Tua Ulu Yam ini maza rakamkan di Park 3 bersebelahan jalan utama Ulu Yam.

Selamat beristirahat ya kengkawan.


nukilan lantun-lantun

Selasa, 18 April 2017

KALAU MAHU RUMAH TANGGA BAHAGIA, JANGAN TINGGAL SERUMAH DENGAN MERTUA ATAUPUN IBU BAPA SENDIRI?


Ada segolongan isteri yang menzahirkan pendapat seperti di atas. Mereka membuat telahan dari kaca mata yang berbeza yang membuatkan ramai hati ibu bapa berkecil hati. Rata-rata ibu dan bapa tua itu lebih rela tinggal sendirian di rumah tanpa kehadiran anak menantu demi menjaga hatinya dan rumahtangga anak-anak mereka. 

Lebih malang lagi kebajikan ibu bapa tadi terabai. Hiduplah mereka dalam keadaan kesunyian saat meniti hari-hari berlalu pergi. Tawa ria dan riuh rendah di rumahnya hilang akibat akhlak menantu dan anak sendiri yang kononnya mencari kebahagian famili nuklearnya tetapi mengabaikan kebahagian dan kebajikan famili ultra mereka iaitu ibu bapa kandung dan mertua serta adik beradik, ipar duai. 

Soal mahu hidup bahagia bukannya pasal tinggal bersekali dengan ibu bapa kandung dan mertua.

Soal hakikat "bahagia" adalah berkaitan dengan "hati". Rosak hati maka rosaklah bahagia.

Begitu jugalah dengan sikap dan akhlak yang berhubungan langsung dengan hati. Hati yang 'baik' akan menzahirkan 'sikap' dan 'akhlak' mulia. Hati yang 'buruk' akan menjelmakan 'sikap' dan 'akhlak' yang jelik dan jelak.

Mencipta kebahagian memerlukan 'toleransi', cinta, kesabaran dan kefahaman peranan serta tanggungjawab masing-masing.

Saya dan isteri pernah tinggal sebumbung dengan ibu bapa kandung dan mertua. Alhamdulillah kami bahagia. Tidak dinafikan adakalanya salah faham terjadi. Bagi kami itu asam garam dalam menjalinkan sebuah perhubungan. Kata bidalan, mana ada bumi tak dibasahi hujan, dan mana ada gunung tidak ditiupi angin.

Sepekara kena ingat, isteri wajib taat kepada suami. Suami pula wajib taat kepada ibunya. Jadi, kalau suami tidak menjaga kebajikan ibu bapanya yang sudah tua itu, maka beliau layak diberi nama anak derhaka. Apakah isteri hari ini mahu menjadi penyebab dan kayu api bakaran neraka? Apakah isteri hari ini rela mengikuti perangai syaitan yg menjadi penghasut dan punca suami serta ahli keluarganya terjerumus dalam kancah neraka jahanam? Apakah wanita hari ini sememangnya pentingkan diri? Apakah isteri jenis ini sudah lupa yang suatu hari nanti mereka akan tua juga sama seperti ibu bapa dan mertua mereka itu, yang ketika hari tua itulah perlukan perhatian dan belaian kasih sayang anak dan cucu? Adakah wanita sekarang ini terlalu sombong, ego, manja (spoil) pentingkan diri (selfish) dan sememangnya suka hidup sendirian daripada mengerti istilah rencah hidup berkeluarga? Kalau tidak reti hidup berkongsi kasih sayang keluarga, tidak pandai bertolak ansur, memelihara perhubungan insan, berakhlak syumul dan hanya mahu jaga diri sendiri, maka tidak perlulah orang sekeliling termasuklah suami. Tinggallah mereput seorang diri. Bila mati, sila kafan diri sendiri.

Persoalan-persoalan panas ini hanya perlu dijawab dan direnungkan untuk pertimbangan diri sendiri. Bahagia itu subjektif dan memerlukan pengorbanan untuk merasai kemanisannya di bekalang hari. Menjaga hubungan dengan ibu bapa dan keluarga (kandung dan mertua) adalah perkara fardhu dan syarat untuk bahagia di dunia dan akhirat. Jikalau meletakkan syarat hidup bahagia dengan mengabaikan atau membuang ibu bapa kandung dan mertua, itu merupakan kesilapan besar. Yang perlu dibaiki ialah akhlak. Menjaga serta memperelok akhlak itulah ujian sebenar tentang takwa dan kejayaan sejati. Sebagaimana firman Tuhan, "Tidak diutuskan Nabi Muhammad kecuali untuk memperbaiki akhlak". 

Maka tidak benar sama sekali syarat untuk hidup bahagia sebagai suami-isteri perlu keluar dari rumah mertua / ibu bapa kandung. Mereka yang penting diri sahaja yang menolak untuk hidup sebumbung dengan ibu bapa setelah berkahwin. Di sinilah letaknya cubaan sama ada kita ini anak soleh atau sebaliknya dan begitu juga sama ada kita akan lahirkan anak soleh atau sebaliknya.

SAYANGILAH KEDUA IBU BAPA KITA (KANDUNG DAN MERTUA)

~aneh, kebanyakkan kaum isteri yang ramai dan seringkali merungut pasal mertua. Beginikah caranya kita melahirkan keluarga sakinah dan anak-anak soleh?~

~nukilan lantun-lantun~
maza


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails