Manan & Fatt, Famili Portrait dari ronawarna.blogspot.com |
Tetapi tidak sama dengan bebanan yang wajib ditanggung oleh sang suami.
Sang suami wajib menanggung segala permasalahan keluarga, tetapi tidak buat seorang isteri. Isteri dalam segala hal adalah sebagai pembantu dalam meringankan bebanan. Namun segala tanggungjawab harus dipikul oleh sang suami.
Sang suami wajib menanggung segala permasalahan keluarga, tetapi tidak buat seorang isteri. Isteri dalam segala hal adalah sebagai pembantu dalam meringankan bebanan. Namun segala tanggungjawab harus dipikul oleh sang suami.
Sebagai contoh kes menanggung...
- Kalau anak jadi jahat, bapa dulu dipersalahkan, bukan isteri.
- Kalau keluarga tak makan, bapa perlu dipertanggungjawabkan, bukan isteri...
Menakala hadis pula mengatakan (lebih kurang maksudnya), "Seseorang lelaki akan tersadung langkahnya utk masuk syurga terlebih dahlu disebabkan hisabnya ke atas isteri, anak-anak dan mereka yang menjadi tanggungannya"
Sepekara lagi, Allah SWT menjadikan seorang wanita itu cukup istimewa iaitu kebolehan mengandung dan melahirkan anak. Kesakitan yang diterimanya bukan alang-kepalang. Sesetengah peristiwa hingga tergadai nyawanya. Itu belum diperkirakan sakit selepas bersalin iaitu berpantang dan sebagainya!
Justeru menjadi kewajaran untuk seorang isteri untuk tidak ditambahkan bebanan dengan dipertanggungjawabkan ke atasnya sebuah bebanan keluarga.
Manakala bersesuaian pula dengan fitrah seorang lelaki yang mana mereka telah diberikan kelebihan di sisi kaum hawa. Dari hal kelebihan seperti fizikal, mental, dan kuderatnya itu, maka lelaki dipertanggungjawabkan untuk melindungi dan memikul bebanan isteri dan keluarganya.
Bukankah itu sesuatu yang adil? Iaitu Allah SWT telah menjelaskan peranan seorang wanita dan lelaki begitu jelas sekali!
Lantas, untuk apa dipening-peningkan kepala hingga kononnya seorang isteri wajib sama-sama menanggung beban membesarkan anak-anak? Walhal tugas isteri ialah membantu suami membesarkan anak-anak, bukan menangung bebanannya. Kalau perlu sama-sama menanggung sekali pun, kadar bebanan sudah tentu jauh berbeza dengan tanggungan yang perlu seorang bapa pikul!
Sepekara lagi, hendak mengambil bebenanan orang lain lalu memikul di jemala kepala sendiri kemudian mendodoi-dodoi (mengadu & berkeluh-kesah) di kemudian hari; nak buat apa? Sudahlah menjadi tidak ikhlas, itu dinamakan mencari penyakit sendiri. Apatah lagi kita sebagai manusia ini sering kali tidak menjalankan peranan yang hakiki. Jadi jangan salahkan orang lain atau gender lain, jika tiba-tiba harapan kita mahu bahagia menjadi meleset.
Apa bila dikenangkan kembali, ... hmmm, sepatutnyalah wanita di Malaysia menghadapi stress yang tinggi disebabkan tanggungjawab dan bebanan hakiki yang perlu dtanggung oleh suami turut dia nak ambil dan menanggung sama ... ahaks!! hehehehe
Keluarga bahagia. Manan & Fatt |
Mungkin juga berbetulan dengan telahan Malaikat bahawa sesetengah manusia ini memang tamakan kuasa! ahaks..
Allah SWT Maha Adil, untuk menjadikan seorang lelaki itu tidak berasa EGO melambung tinggi, maka diperintahkan kepadanya untuk taat dan patuh kepada ibu mereka. Di mana ibu itu juga seorang wanita! Lebih syoknya seorang suami (lelaki) perlu taat sehingga akhir hayat ibunya.
Sekali lagi lelaki perlu bertanggungjawab ke atas wanita, malah perlu mendukungi, melindungi serta mentaati mereka.
Nah, bukankah wanita (ibu) itu sudah diberikan kedudukan istimewa - terhormat di dalam Islam? Tidak cukup lagikah? Apa mahu dicari lagi? Atau mahu mengubahnya, lalu berubah menjadi kezaliman pada diri sendiri?!
Opps.. melalut sudah maza ini ... lantun-lantun entah ke mana.. hehehehe
Opps.. tambah sikit aje boleh? ihik!
Dan demikian juga disebabkan bebanan yang dipertanggungjawabkan ke atas seorang suami, maka isteri wajib mentaati suaminya selagi mana suaminya itu Islam dan patuh kepada Allah SWT serta Rasulullah SAW.
Seorang suami perlu bertanggungjawab dan menanggung isterinya selagi mana isterinya taat kepada Allah & Rasulullah SAW.
Jika isterinya durhaka kepada Allah & Rasulullah SAW disebabkan/malahan derhaka kepadanya (pada hal apa yang disuruh/ditegah oleh suami tidak bersalahan dengan Islam), maka seorang suami tidak wajib bertanggungjawab apa-apa sekali pun ke atas isterinya itu!
Seorang suami perlu bertanggungjawab dan menanggung isterinya selagi mana isterinya taat kepada Allah & Rasulullah SAW.
Jika isterinya durhaka kepada Allah & Rasulullah SAW disebabkan/malahan derhaka kepadanya (pada hal apa yang disuruh/ditegah oleh suami tidak bersalahan dengan Islam), maka seorang suami tidak wajib bertanggungjawab apa-apa sekali pun ke atas isterinya itu!
Ianya diseimbangkan pula dengan seorang anak (lelaki) perlu mengutamakan (mentaati) lebih kepada si ibu (dibaca seorang wanita) daripada bapanya sendiri. Ini kerana darjat seorang ibu (dibaca seorang wanita) adalah 3 kali lebih tinggi darjatnya daripada seorang bapa (lelaki)....
Indah kan?
Apa-apa hal pun toleransi dan komunkasi berkesan amatlah mustahak dalam melayari bahtera rumahtangga. hehehehe ...
Opocot ... maza melalut sudah macam tulis kitab lah fulaks ... hehehehehe
Selamat hari Jumaat ya kengkawan. Jangan tertidur di masa khutbah sedang dibacakan sudah ler ... ahaks..