‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Jumaat, 19 Ogos 2011

Pasar Malam, Bukit Ayam, Kluang

Julai 4, 2011 - Bukit Ayam letaknya di batu tiga jalan Kluang-Mersing. Bukit Ayam benar-benar bersebelahan jalan Kluang-Mersing. Kalau dari arah Kluang ke Mersing ia di sebelah kanan. Dahulunya ia sebahagian daripada Pasar Malam Kampung Melayu, tetapi hari ini ia mempunyai identiti tersendiri.

Gambar 1: Pasar Malam Bukit Ayam, Jalan Mersing, Kluang, Johor

Pasar Malam di Bukit Ayam ini cukup luas. Terdapat berbagai barangan ditawarkan. Daripada barangan basah seperti ikan, sayur, makanan berat dan ringan hinggalah barangan kering seperti mainan, pakaian, peralatan rumah dan lain-lain.

Gambar 2: Terbang di angkasa

Apa yang menari ialah kawasan pasar malam ini memang khusus diwujudkan di atas bukit dan berdekatan jalan utama Kluang-Mersing. Namun ia tidak menyebabkan kesesakan lalulintas berikutan kedudukannya sedikit ke tengah sana.

Gambar 3: gula-gula kapas

Antara kemudahan yang boleh didapati di sini ialah gerai makan, surau dan tandas. Cuma air di surau atau tandas agak kecil dan kadangkala terpaksa menunggu giliran!

Pasar Malam di Bukit Ayam hanya dibuka pada setiap hujung minggu iaitu hari Sabtu malam Ahad.

Gambar 4: Jagung rebus dan kacang rebus

Jika ada ke sini, anda harus mencuba sataynya. Sataynya cukup istimewa dan terdapat beberapa buah gerai yang menjual satay. Anda patut mencuba rojak singapura, air katira, yong taufu dan jagung bakar.

Gambar 5: Gadis Rojak Singapura

Rojak singapuranya cukup istimewa dengan kuahnya secukup rasa. Begitu juga dengan air katira yang amat sukar dan jarang sekali diperolehi. Air katira dari Johor ini sungguh istimewa dan berlainan sekali yang diperolehi di Kuala Lumpur ini.

Jadi kengkawan, jika kengkawan ke Kluang pada hujung minggu nanti, jangan lupa singgah di pasar malam ini. Ia bermula dari jam 6.30 petang hingga ke 10.00 malam.

Gambar 6: Ayam goreng untuk nasi lemak panas

Gambar 7: Ayam Goreng

Gambar 8: Deretan air yang enak-enak belaka

Gambar 9: Aiskrim istimewa

Gambar 10: Kain Ela

Gambar 11: Memilih tudung

Gambar 12: Mainan

Gambar 13: Taukeh muda


Tidak lama lagi malam Tujuh Likur ya kengkawan. Bukan setakat petanda makin hampir raya, pelita-pelita mula didirikan, juga jangan lupa perihal malam lailatulqadar....

Selamat berjumaat!






blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails