‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Rabu, 10 Julai 2013

FUCK


SIRI TAZKIRA: Tarbiah Ramadan



GAMBAR sempena Ramadan oleh ronawarna.blogspot.com
Sebarkan cinta, senyum satu kali... amak!

 F.U.C.K @ fuck


Di zaman kegelapan Eropah, atau lebih tepat lagi Inggeris, apabila seorang pemuda hendak bernikah dan "bersama" isterinya, mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada raja atau pembesar daerah.

Setelah raja atau pembesar (yang diberikan kuasa) menilai (menjamah tubuh), gadis itu sudah diperkira wanita dan diberikan kebenaran "bersama" suaminya untuk memperoleh anak.

Pasangan tersebut akan diserahkan surat keizinan "Fornication Under Consent of the King", atau  ringkasnya ialah "F.U.C.K". Dalam kata lain lesen untuk raja atau pembesar itu berzina terlebih dahulu sebelum si gadis berkahwin secara sah dengan bakal suaminya.

Jika dirujuk kamus-kamus besar pula, singkatan F.U.C.K sudah diterima sebagai sebuah frasa; fuck, yang membawa maksud 'bersenggama', 'bersetubuh', 'berjimak' dan sebagainya secara di luar ikatan nikah. Ringkasnya bolehlah disamaertikan dengan 'selingkuh', bersetubuh di luar nikah, zina atau perbuatan jalang!

Hakikatnya, akronim fuck pada hari ini sudah berkembang dan punyai pelbagai pengertian. Terutama apabila digabungkan dengan perkataan lain, seperti "Fuck Off" bermaksud "berambus dari sini", "fuck it"; biarkan sahaja, atau abaikan sahaja, "fuck you"; engkau sial, celaka; "motherfucker", anak derhaka atau anak sial.

Abbreviasi "F.U.C.K" yang kini menjadi akronim "fuck" sebenarnya bermaksud untuk menggambarkan perasaan kekesalan, kemarahan dan dukacita yang mendalam. Dalam kata lain, penutur mahu membayangkan kondisi emosi yang "amat sangat'" meruntun jiwanya.

Di barat terutama Amerika, kosa kata fuck sudah semacam rempah perisa yang viral diguna pakai di dalam dunia perfileman, penerbitan media elektronik atau bercetak termasuklah di media massa dan media sosial baharu. Lantaran itu, frasa tersebut semakin sebati dalam kalangan masyarakat mereka. Bahkan sudah membarah lalu menular menjadi budaya popular (popular culture).

Sebahagian besar sarjana budayawan, kemasyarakatn dan kesusasteraan berpendapat bahawa budaya popular adalah budaya 'vulgar' yakni budaya kasar tahap rendahan; cetek, dangkal (superficial), yang bersifat sensationalist, komersial dan tempelan suka-ramai (glamorous). 


“I want to tell you about some of the difficulties I have with the term ‘popular’.
I have almost as many problems with ‘popular’ as I do with ‘culture’. When
you put the two terms together the difficulties can be pretty horrendous.”
Stuart Hall, ‘Notes on Deconstructing “The Popular’’ ’ (1981: 227)
Budaya popular bermaksud sesuatu yang disukai ramai, ‘inferior kind of work’, sesuatu yang sengaja dikeluarkan untuk mandapat restu dari masyarakat dan sesuatu budaya yang dibuat oleh rakyat untuk rakyat (Williams, R dalam Storey, J 1993).



Kesimpulan


Namun bagi mereka yang masih teguh berpegang kepada "budaya unggul" dengan mengutamakan soal "manusia budiman" (ladies & gentleman quality), penutur perkataan tersebut dilihat seperti tiada adab, sangat nakal, jahat, biadab, tidak reti berbahasa dan tiada berbudi perketi mulia.

Sebagai Muslim atau setidak-tidaknya manusia timur yang menjunjung adab sopan dan berbudaya tinggi; sementelah kita di bulan Ramadan, penutur kata 'fuck' itu seharusnya sedar bahawa mereka sudah merendahkan maruah diri. Mereka sebenarnya menggambarkan peribadi yang cedera; rosak dengan merendahkan martabat dan darjat sendiri. Jika tersalah hemat sudah tergolong dalam golongan "terkurang ajar" yang perlu didisplinkan.



Nukilan lantun-lantun

 
blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails