‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Rabu, 30 Januari 2013

Pulau Setindan Mersing


 Mersing - Kali ini perjalanan kami sekeluarga menyelusuri pantai timur Johor yang membawa maza ke Mersing sebelum tiba ke Kampung Sri Lukut, Kahang, Johor.

Seputar jam 3.00 petang kami singgah di salah sebuah pantai dengan menyusuri Jalan Pantai dan Jalan Sheikh Hassan.Mulanya maza kaget melihatkan keadaan air surut yang begitu jauh ke tengah! Maza kira itu petanda tsunami.  Air laut surut begitu jauh hingga kalau hendak menyeberang ke pulau di seberang sana pun boleh hanya berjalan kaki.

Menanti waktu berputar.

Kebetulan di situ ada beberapa orang nelayan sedang membuat persiapan sebelum turun ke laut. Maza bertanyakan fenomena tersebut. Mereka menyuruh maza bertenang dan ia perkara biasa di situ. 

Sambil-sambil itu, maza sempat meneliti kawasan persekitaran sambil menikmati keindahan alam. Tiba-tiba maza terlihatkan sebuah pulau yang kelihatan begitu hampir sekali. Sekali lagi pakcik itu menerangkan bahawa pulau yang maza sedang lihat itu ialah Pulau Setindan. 

Pulau Setindan, Mersing

Katanya lagi, akibat surut yang jauh itu membolehkan kita pergi ke pulau tersebut dengan hanya berjalan kaki. Sungguh pun demikian, jika tersalah perkiraan masa, pejalan kaki boleh tersadai di pulau tersebut. Atau terperangkap di tengah-tengah pantai atau di benteng pasir akibat air pasang. Bertambah malang sekiranya tidak sempat untuk kembali ke daratan lalu boleh membahayakan diri dengan diancam mati lemas ditelan laut China Selatan!

Di hujung sana Kuala Sungai Mersing yang menempatkan bandar Mersing.

Sebenarnya, Pulau Setindan tidak berpenghuni, bersaiz sekitar 7 km persegi. Ia dikelilingi pasir pantai dan batu karang. Penghuni utama di sana ialah babi hutan.

Asal nama pulau ini ialah Pulau Setandan. Melalui masa dan perubahan dialek akhirnya dinamakan Pulau Setindan. Mengikut riwayat dari orang-orang tua,pulau itu dari jauh kelihatan seperti tandan kelapa. Jarak pulau dari muara sungai Mersing sekitar 4.5 km sahaja. 

Menghadap Pulau Setindan


Pulau Setindan memang terkenal sebagai lokasi kaki pancing terutama pemburu ikan karangan seperti kerapu, ketarap, bengkes, delah dan macam-macam lagi. Biasanya pemancing akan mula berlabuh dan mengail dari pagi hingga lewat petang.

TERSADAI DI TEPI PANTAI


Sarat dengan jerangkap untuk memerangkap hasil lautan.

Tatkala air surut jauh di hujung sana, deretan sampan dan kolek milik nelayan tempatan tersadai memanaskan diri. 

"Ia perlu dijemur untuk membersihkan karangan laut yang melekat di buritan dan pantat sampan." kata pakcik tadi.

Menurut perkiraan maza, surutnya air laut itu tidak kurang daripada 2 km.

Merenungi masa depan. Antara kabur dan jelas


Tersadai di pesisiran pantai... Harap-harap hidup juga tidak kabur dan tersadai tak karuan.

Gambar di atas ini bukannya datang dari gurun sahara atau laut kekeringan, tetapi laut Mersing yang indah itu sedang mengalami air surut jauh ke tengah. 

Masih adakah harapan untuk maju dalam hidup?

Nelayan-nelayan pantai ketika ini mengambil kesempatan untuk berehat sebelum memulakan aktiviti perikanan petang nanti. Mereka akan mempertaruhkan nyawa demi secupak rezeki. Demikianlah nasib nelayan pantai menyambung nyawa selagi hayat dikandung badan.


Sebuah catatan kembara

Khamis, 24 Januari 2013

Dasar Kesihatan Negara dan Hospital Kerajaan Perlu Dibaiki

MUKADIMAH


Seorang sahabat mengadu kepada maza perihal polisi insuran yang diambilnya. Hari ini sahabat itu memerlukan perbelanjaan tinggi untuk pembedahan yang perlu dijalankan demi menyelamatkan nyawanya di hospital swasta. 

Sebelum ini, sahabat itu sudah pergi berulang-alik ke hospital kerajaan. Namun keadaan tetap begitu tanpa ada sebarang solusi konkrit. Setiap kali pergi ke klinik kerajaan dan hospital kerajaan walau keadaannya tidak sihat dan lemah, diakhiri dengan tinggal semalam dua di wad. Kemudian doktor masih juga tidak dapat memberi jawapan dan diagnos sudah berulang kali dilakukan. Belum pun mendapat rawatan sempurna dan tubuh menjadi segar, pihak hospital mendaftar keluarkan beliau disebabkan kekurangan katil dan pesakit pula meningkat ramai.

Demikianlah perkara itu berulang-ulang kali berlaku dan peristiwa ini terjadi di tanah hujung Malaya jauh dari pusat bandar di dalam daerah yang kecil.

Sudahnya, kebetulan beliau memiliki polisi insuran lalu mahu menggunakan kemudahan itu setelah bertahun-tahun membuat komitment dengan membayar sejumlah premium. Sebuah hospital di hujung tanah tanjung Malaya telah terpilih. Diagnos dibuat dan didapati rahim beliau bengkak dan berlaku pendarahan. Beliau perlu dibedah segera demi menyelamatkan nyawanya!

Setelah berbulan-bulan berulang alik selama ini di hospital kerajaan, baru hari ini dia memperoleh jawapan tentang kesakitan di bahagian ari-ari itu.

Jadual pembedahan ditetapkan pada minggu hadapan. Lalu beliau menghubungi agen insuran itu untuk mendapatkan perkhidmatan dan pembiayaan pembedahan tersebut.

Jawapan yang diterima amat mengejutkan beliau. Pihak insuran memberitahu beliau yang pihak syarikat tidak akan membiayai perbelanjaan itu. Ia disebabkan penyakit dialaminya bukanlah kanser atau penyakit berjangkit dan tidak termasuk dalam senarai penyakit-penyakit kritikal yang dilindungi.

Kata pihak insuran itu lagi, dia menyarankan agar sahabat itu memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dan caj katil semalaman adalah percuma. Atau pun dia nantinya minta agen-agen insuran menderma untuk sahabat itu.


POKOK SOALAN


Maza tidak mempersoalkan tentang penolakan perlindungan itu, memang sudah tidak disenaraikan di dalam senarai perjanjian perlindungan (polisi). Maza cuma mahu melihat isu ini sedikit lebih jauh.

Begitulah sifat syarikat insuran. Memang mereka akan mementingkan perniagaan dan akan menyenarai pendek perkara-perkara yang mereka lindungi dengan sejumlah bayaran yang dikenali sebagai premium.

Bukan sahaja soal insuran yang perlu diberi perhatian, tetapi juga soal Dasar Kesihatan Negara dan kesedaran rakyat. Dalam kata lain kita perlukan dasar kesihatan yang konkrit dan komprehensif.

Mengambil contoh kes hospital di Melaka yang tidak mengaku apabila ada pesakit dedahkan hospital itu kehabisan ubat! Kata menteri pesakit itu berbohong. Padahal mereka yang ada dan berkhidmat di situ tahu perihal sebenar tentang ubat, jenis ubat dan jumlah ubat yang tidak mencukupi itu.

Apa yang berlaku sekarang ini hospital swasta tumbuh bagai cendawan selepas hujan dan bermakna beri keuntungan kepada syarikat insuran. Apabila servis diberikan atau dituntut, mereka CEKIK DARAH!!!! Mengenakan caj mahal berganda-ganda.

Kemudian setelah aduan dibuat, mereka memberi isyarat kepada kita jika tidak berduit gunakan sahaja perkhidmatan hospital gomen. Dalam sesetengah keadaan, apabila mereka gagal merawat atau melibatkan risiko kehilangan nyawa atau keadaan begitu getir, mereka akan tolak pesakit ke hospital gomen. Dalam kata lain, mengalihkan tanggungan risiko.

Mengalih pandangan kepada tindakbalas rakyat. Sesetengah pihak hanya tahu melihat pembangunan dikaitkan dengan duit sahaja, yakni dalam sisi materilistik. Namun, tidakah mereka terfikir bahawa jika rakyat jatuh sakit, penyakit merebak maka ramai rakyat terlantar diperbaringan. Jadi, apakah pembangunan material yang dikejar-kejarkan itu bermakna?!

KELEMAHAN PRODUK INSURAN DI MALAYSIA


Sepekara lagi kelemahan insuran di Malaysia. Apabila sudah dijangkiti penyakit kronik seperti diabetik, buah pinggang, jantung, kanser, maka jangan berharap mereka mahu melindungi. Pada hal golongan seperti inilah yang amat memerlukan perhatian dan rawatan! Golongan inilah yang perlukan perkhidamatan terbaik untuk pulih atau setidak-tidaknya menyambung hayat untuk hidup dan bersosial kasih sayang!

Tatakala itu, agen-agen insuran akan membundarkan mulut dan berkata, "Oleh kerana tuan sudah ada penyakit kritikal, kami tidak mahu tanggung risiko tuan, sebabnya tiada polisi seperti itu di dunia ini. Lagi pun belum sempat kami buat pelaburan dan mendapat pusingan modal, kami khuatir pihak syarikat pula akan kerugian lalu bankrup dengan menanggung kos perubatan tuan. "

Dalam tidak sedar, mereka sebenarnya telah menyokong agar kita tidak dapat rawatan terbaik, pada hal dahulu mereka telah gembar-gemburkan bahawa hospital swasta mampu berikan perkhidmatan terbaik.. Pakar terbaik.. dan KOS PUN NAIK!!!

Disebabkan tiada pilihan dan ketiadaan wang yang banyak, pesakit menjadi tiada pilihan lain. Akhirnya terpaksa akur dengan untuk menggunakan hospital awam yang dahulunya mereka pandang sebagai "LOW CLASS", tempat kandang pesakit tiada harapan, doktor pun 'low kelas', tiada pengalaman, kurang kepakaran. Akhirnya beban itu semuanya dicampakkan kepada hospital GOMEN!!.

SOLUSI


Perkara ini sebenarnya dapat di atasi dengan DASAR KESIHATAN perlu diubah. Dari itu kita perlu bawa usul ini, perlu berjuang hal ini untuk berikan kesedaran kepada rakyat agar memberi isyarat kepada gomen.. WAHAI GOMEN, SILA UBAH DASAR dan BELA KESIHATAN RAKYAT.

Sebenarnya, maza mahu cadangkan agar taraf kesihatan dan hospital awam perlu dipertingkat dengan lebih baik dan menyeluruh! Tidak hanya hospital utama yang terletak di ibu negeri atau sesetengah daerah terpilih yang mendapat perhatian, tetapi setiap hospital daerah walaupun daerah itu kecil; terpencil juga perlukan pembaharuan dan penambahbaikan perkhidmatan kesihatan.

1) Katil-katil perlu ditambah segera, begitu juga dgn kakitangan dan doktor-doktor pakar perlu ditingkatkan sesuai dengan pertumbuhan penduduk dan cabaran kesihatan di era ini.

2) Bukan hanya menyediakan hospital terbaik untuk sesetengah tempat, dan mengabaikan hospital daerah atau di luar bandar. Akhrinya hanya segelintir yang dapat perkhidmatan yang baik. Manakala rakyat, terutama yang di kampung-kamung atau di luar bandar, atau mereka yang kurang berkemampuan terpinggir untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang terbaik untuknya!

3) Sepatutnya HOSPITAL KERAJAAN bukannya dijadikan perniagaan saingan, atau terpinggir atau pelengkap kepada sistem perkhidmatan kesihatan di negara ini..

4) Seharusnya Hospital GOMEN harus berfungsi sebagai wadah perkhidmatan yang perlu dicontohi. Perkhidmatannya menyeluruh demi rakyat untuk rakyat kepada rakyat..

5) Sebaliknya, Hospital Gomen bukannya dijadikan sebagai komplementari sebagaimana yang ditanggapi atau yang telah menjadi dasar pandangan pada hari ini. Juga hospital gomen bukan dijadikan sebagai pilhan terakhir atau pilihan kedua untuk rakyat dapatkan rawatan. Malah hospital swastalah sepatutnya berfungsi sebagai hospital komplimentari atau dalam kata lain hospital pelengkap atau tempilan sahaja.

Kalau selama ini selalu negara ini berkiblatkan negara BRITAIN sebagai contoh terbaik memajukan negara, maka kita juga harus mencontohi Braitain dlm menawarkan perkhidmatan kesihatan kepada rakyatnya.. Di sana perkhidmatan adalah PERCUMA dan TERBAIK untuk semua rakyat. Memang mereka membayar cukai lebih kepada gomen, tetapi apa yang dibayar itu berbaloi dengan apa yang diterima oleh mereka dan gomen mereka tidak pandai bikin "kebocoran" wang rakyat!!!

Soalnya, adakah rakyat kita peduli hal ini? Adakah pemimpin-pemimpin kita peduli?

Atau kalau tidak mendatangkan keuntungan masakan gomen mahu berbuat 'pembangunan' demikian rupa; adakah benar hipotesis aku ini?




Nukilan sempena Pilihanraya Umum 13





Selasa, 15 Januari 2013

Listen, Listen, Listen, When I talk you listen!

Alkisah Presiden Suara Wanita 1 Malaysia, Sharifah Zohra Jabeen menyantuni Cik Bavani di sebuah forum awam Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sharifah Zohra Jabeen telah dilebelkan oleh kebanyakan orang di Youtube, Facebook, twitter, blog dan Media baru lainnya sebagai seorang yang tidak profesional dan tidak selayaknya seorang Presiden berkelakuan sedemikian rupa.

Sebuah akaun Facebook telah dibentukkan menuntut Puan Sharifah Zohra Jabeen meminta maaf kepada Cik Bavani di hadapan masyarakat umum: We-want-Sharifah-Zohra-Jabeen-make-a-public-apology-to-Miss-Bavani/

Begitu juga dengan surat terbuka kepada Presiden SW1M: surat-terbuka-kepada-sharifah-zohra-jabeen-syed-shah-miskin

Sharifah juga didakwa telah 'memperodohkan' golongan mahasiswa. Malangnya ada segelintir mahasiswa sendiri yang setuju dengan bertepuk tangan menyokong tindakan Sharifah 'memperbodoh' dan 'memperlecehkan' pendapat mahasiswa yang diwakili oleh Cik Bavani.



Tindakan kurang bijak Sharifah dalam menghadapi soalan dan hujah-hujah Cik Bavani amat dikesali. Terutama tindakan beliau mencelah dan 'merampas' microfon daripada Cik Bavani.

Sharifah telah mengganggu hujah-hujah bernas Cik Bavani dengan berkata; "Listen. Listen. Listen. Listen. Listen. Listen. Listen. When I talk you listen!" Kemudiannya beliau mengambil microfon sedangkan Cik Bavani belum habis berhujah lalu menjadikan hujahnya tergantung.

Penyudahnya, soalan-soalan Cik Bavani itu pun tidak dijawab, malah menghina Cik Bavani dengan memberikan imbalan "Haiwan" dan "Ikan Jerung bermasalah"

"Listen, listen, listen, listen, listen... I will answer your questions but animals have problems too. Kucing, anjing, lembu, kambing, ikan, burung, ikan jerung jaws semua pun ada masalah tau?"

Selain tindakan tersebut, Sharifah juga berkata:

"Dan jangan samakan negara Malaysia dengan negara lain. Kalau nak samakan dengan negara lain, what are you doing in Malaysia? Go to Cuba, go to Argentina, go to Libya... because all the students in this hall are happy with whatever the government does for them! (disambut tepuk tangan yang meriah daripada penonton)"

Psst.. Cik Sharifah, kalau itulah hujahnya, maka sebagai contoh kenaikan harga (opps silap, pelarasan harga) minyak, toll, cukai automobil dan sistem AES jangan samakan dan diambil contoh dengan membandingkan dari negara-negara asing lain . . . and What are you doing in Malaysia?

(wakakaka.. lawak betullah.. hehehe)

Tindakan biadap tersebut mendapat kecaman hebat hingga di Facebook, Twitter dan blog dicemari dengan ejekan "Listen. Listen. Listen. Listen. Listen. Listen"

Sebuah akaun Facebook telah dibangunkan menuntut Sharifah Zohra Janbee, Presiden Suara Wanita 1 Malaysia meminta maaf kepada mahasiswa Cik Bavani dan mahasiswa lainnya. Apatah lagi tindakan kurang bijak lagi tidak professional itu dilakukan di tempat gedung ilmu, di dalam dewan yang memuliakan para cendiakawan, tempat penerima ijazah!

Di hati maza tertanya-tanya, demikiankah budaya ilmuan di Malaysia yang dibanggakan itu? Beginikah cara seorang pemimpin yang boleh dibanggakan? Siapakah memilih pemimpin itu sehingga memalukan pertubuhan yang diwakilinya?





Bukannya aku marah, cuma nasihat by

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails