Halaman
‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.
nuffnang
Khamis, 29 Disember 2011
Sabtu, 24 Disember 2011
Sudah tiba musimnya badai datang tetap diranduk jua
Sudah tiba waktunya. Tak mengira waktu tengkujuh atau musim banjir, kalau sudah sampai seru dan jodohnya, tetap kenduri perkahwinan diadakan.
Sekarang memang musim perkahwinan pun, jadinya hampir tiap-tiap minggu banyak jemputan diterima.
Tahniah kepada pengantin baru, terutama kepada adik ipar maza yang telah diselamat diijabkabulkan pada 23. Dis. 2011.
Oleh kerana musim hujan dan di hujung tahun, maza sedang mengira kalau-kalau akan dapat anak saudara yang baru pada pertengahan tahun depan pula... hehehehe
Category:
Keluarga,
Photography,
Semasa
Khamis, 22 Disember 2011
Do It DUIT
Gambar: Nasibeh Behzadian (Iran - UMKL) |
Malam ini malam Jumaat. Antara malam yang diperkira sebagai mustajab doanya. Jadinya bagi para pejuang -- penuntut ilmu, ini adalah masanya yang sesuai memohon kepada Illahi agar dipermudahkan segala urusan.
Dengan syarat kita harus berusaha terlebih dahulu barulah berdoa dan bertawakal. Jadinya, lakukan (Do it) Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal (DUIT).
Kalau diperhatikan dalam konsep DUIT ini, berkerja mendapatkan sesuatu itu (usaha) harus lebih keras dua kali ganda (disebabkan terdapatnya dua kata kerja iaitu Usaha dan Ikhtiar yang merujuk kepada kata kerja) kemudian berdoa dan bertawakal.
Bukan sahaja kepada para penuntut ilmu, juga para Muslimin; ambillah peluang ini untuk berdoa, bermunajat dan berbuat amal soleh. Mudah-mudahan segala hajat yang baik dan menghasilkan kebajikan mendapat pekenan Allah SWT dan dimakbulkan.
Selamat beramal.. hehehe
Category:
Rencana
Isnin, 19 Disember 2011
Sekarang perlu bertenang...
Kata mat salleh kat sebelah rumah sanun, "..need rest after stress... need indulge to comfort oneself..."
Kata Tok Limah, syarat untuk berbahagia dan segar bugar ialah ketenangan. Ahaks, jadinya kita perlulah berehat dan bersenang-senangkan diri, walaupun situasi tidak begitu nak tenang.
Penyudahnya maza sudah merehat-rehatkan badan dengan mengunyah-nguyah aiskrim di tepi tasik nan indah di Kota Damansara.
Selamat makan aiskrim ya kengkawan.
Category:
Keluarga,
Photography,
Semasa
Jumaat, 16 Disember 2011
Mekarlah bunga-bunga indahku...
Ya! Demikianlah harapan maza; mekarlah bunga-bunga indah kehidupan maza.
Di hari Jumaat yang mulia ini maza panjatkan ke hadrat Ilahi di dalam doa yang mendayu-dayu penuh harapan agar cabaran hidup ini mampu diharungi dengan tabah dan berada di landasan yang betul iaitu yang diredhai oleh Allah SWT.
Selain menuntut ketabahan dan sabar sebagai syarat menjadi orang-orang Mukmin yang bertakwa, maza juga mohon kepada kengkawan agar mendoakan segala urusan maza dipermudahkan. Terutama dalam hal urusan bonda maza yang uzur ketika ini dan soal masa depan maza dalam mengharungi peperiksaan yang bakal dihadapi lagi dua minggu.
Cabaran kali ini dirasakan begitu getir, namun maza masih mampu bernafas dan bertahan. Mudah-mudahan apa yang dilalui ini menambahkan lagi keimanan dan memperoleh rahmat yang melimpah ruah dari Allah SWT Yang Maha Esa.
Category:
Photography,
Semasa
Selasa, 13 Disember 2011
Selepas maza kini emak pula...
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulilah maza kembali pulih sepenuhnya setelah dilanda ujian dengan penyakit CAP (pneumonia).
Baru sahaja 6 minggu keluar dari hospital, kini emak maza yang sempat merawat maza tempoh hari pula dimasukkan ke hospital Kluang. Sedang maza sekarang berada di KL dan hujung minggu sudah maza sempat melawat emak selama dua hari berturut-turut.
Kali ini emak dirawat untuk penyakit kencing manis. Tapak kakinya bernanah dan terpaksa dibedah.
Kali ini emak dirawat untuk penyakit kencing manis. Tapak kakinya bernanah dan terpaksa dibedah.
Hari ini merupakan kali ketiga emak diusung ke dewan bedah untuk selang empat hari berturut-turut.
Jiwa maza tidak tenteram. Gelodak membadai segenap ruang rusuk perasaan. Resah, gelisah menghempas hati. Degupan jantung tidak menentu, kejap deras, kejap pantas seolah-olah seperti atelit pelari pecut 100 meter sedang mengerah kederatnya. Rusuh bergelora menghentam segenap pembuluh darah.
Dalam masa sama, maza harus menghadapi peperiksaan bagi kursus yang maza ambil itu. Allahu akhbar!
Sepuput doa dihadapkan kepada Ilahi dengan penuh pengharapan agar doa ini dimakbulkan:
"Ya Allah! Sembuhkanlah penyakit ibuku, dan panjangkanlah umurnya agar aku dapat berbakti kepadanya lagi. Aku belum puas menagih kasih dan sayang ibuku. Ampunilah dosa kami sekeluarga....."
Category:
Keluarga
Rabu, 30 November 2011
Sabtu, 26 November 2011
Langkah seterusnya
Gambar: Nasrun (7 tahun) kehilangan gigi kacipnya. *senyum |
Kehilangan gigi merupakan salah satu langkah kehidupan. Ia memberikan pelbagai makna dari sudut berlainan.
Umpamanya, jika kanak-kanak kehilangan gigi bermakna dia semakin dewasa dan tidak lama lagi akan menjengah ke alam remaja. Adakalanya rongaknya gigi itu memperlihatkan kecomelan si anak.
Tetapi kalau sudah berumur 20-an atau 30-an, kehilangan gigi bermakna ada sesuatu tidak kena dengan tubuh. Harus menjengah ke pusat kesihatan untuk membuat pemeriksaan keseluruhan badan.
Jika kita sudah berumur 50-an, kehilangan gigi adalah petanda seruan alam. Hukum alam semakin dekat, dan ia semakin ketara. Kata orang sudah mahu kembali ke alam kanak-kanak pula. Tetapi tidaklah secomel kanak-kanak yang kehilangan gigi.
Category:
Keluarga
Selasa, 15 November 2011
Memperkemaskan diri
Assalamualaikum w.b.t
Sememang rasanya amat lama maza tidak kemaskinikan blog ini. Hampir sebulan. Semuanya gara-gara terlantar di katil hospital selama lima hari dan dimasukan di wad ICU selama dua hari.
Sekarang ini sudah lebih dua minggu keluar dari hospital dan dalam proses pemulihan. Badan pun masih lemah-lemah dan perlu membuat pemeriksaan susulan dalam beberapa hari lagi.
Kepada kengkawan yang sudi mendoakan maza, maza hendak ucapkan jutaan terima kasih. Doa kalian dan kasih sayang yang kalian tunjukan itu sebenarnya sampai kepada maza. Maza dapat merasakan kemanisan doa dan kasih sayang kengkawan sekalian tatkala maza di dalam keadaan koma, lemah dan kesakitan.
Jasa kalian dalam mendoakan dan rasa belas kasih sayang yang disampaikan itu amatlah maza hargai. Tidaklah maza mampu membalas kesemuanya dengan sisa-sisa kuderat maza yang masih berbaki ini. Hanya Allah SWT sahajalah yang mampu membalas segala kebaikan dan kasih sayang itu dengan balasan besar lagi setimpal kepada kengkawan semua. Maza hanya mampu berdoa agar maza dan kengkawan sekalian dilimpahkan rahmat oleh Allah SWT, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang sempurna dan dimurahkan rezeki.
Mudah-mudahan hidup kita ini di dalam kebajikan dan kebaikan dan begitu juga dimatikan di dalam keadaan kebaikan lagi dimuliakan.
Isnin, 31 Oktober 2011
Malam Bulan di Pagar Bintang
Malam bulan dipagar bintang
Makin indah jika dipandang
Bagai gadis beri senyuman
Pada bujang idaman
Belai kasih ingin dimanja
Dengan cumbuan mesra
Untuk penglipur lara
Penawar dek asmara
Malam bulan dipagar bintang
Tambah seri cuaca malam
Murni sungguh ciptaan tuhan
Bulan bintang lampu alam
Andai kata bintang menyepi
Bulan tidak berseri
Malam menjadi sunyi
Tidak berseri lagi
Teringat satu ketika kami suka nyanyi lagu ni. Lama juga dah tak menyanyi. Bila sehari tak dengar suara, tak bertentang mata, barulah terasa rindunya...
Untung maza tidak sign out, dapatlah saya mengupdatekan blognya. Buat teman-teman blogger terutama yang dah pernah bersua, nekcun, surihatiku dan adele, maza sekarang ada di icu, hosp Sg Buloh. CAP-Community Aquired Pneumonia. Doa teman-teman semua semoga maza cepat sembuh ye.
Sabtu, 22 Oktober 2011
Batu Bersurat terbaru dijumpai
Gambar di atas adalah gambar tulen tanpa ada sebarang proses edit atau pengemaskinian. Ianya langsung daripada kamera cap ayam maza.
Batu bersurat ini maza temui di Perpusatakan Utama Uiversiti Malaya. Usianya masih belum mencecah ratusan tahun tetapi nilai ilmu yang dicatatkan cukup tinggi.
Err... selamat mengkaji dan renung-renungkanlah.
****Psstt: hehehehe.. sudah lama tak lantun-lantun derrr.. ahaks!
Category:
Cerita
Rabu, 12 Oktober 2011
Isnin, 10 Oktober 2011
Maza berpesta sakan sampai berpeluh ketiak
Baru dua minggu tidak muncul di blog ini, tiba-tiba hati dirundung kerinduan yang amat.
Semalam sempat maza tembak-menembak sempena pesta konvokesyen kengkawan yang itu. Oleh kerana maza dalam mod sebagai seorang pelajar, jadi biarlah gambar-gambar di pesta konvokesyen ini berbicara sendiri.
Adik-adik dan anak-anak yang telah berjaya menamatkan kursus mereka, maza hendak ucapkan tahniah dan selepas ini berbaktilah kepada masyarakat dengan penuh ikhlas dan iltizam.
Category:
Photography
Jumaat, 30 September 2011
Semangat membara, debaran bermula: blog tergendala
Alhamdulilah raya pun sudah berlalu. Tahun ini pelbagai cabaran di hari raya maza tempuhi. Mujur juga di saat-saat akhir kemeriahan raya dapat dirasai.
Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi bertandang dan menziarahi maza di kampung nan tercinta di sana.
Sementara itu maka mulai hari ini (05.Sept.2011), maza akan berkursus selama lebih kurang 18 bulan atau setahun setengah atau dua tahun berturut-turut.
Sehubungan itu juga aktiviti blog akan menjadi sedikit tergendala. Jadinya kengkawan diharapkan janganlah berkecil hati sekiranya maza lambat memberikan jawapan, tidak menjawab ataupun membalas kunjungan.
Lagi cepat kursus dihabiskan, lagi pantas maza mendapatkan semula blog kesayangan ini. Atau mungkin juga sekali sekala akan bersiaran di alam maya.
Maza dengan ini menyusun jari sepuluh memohon sembah salam dan ampun maaf kepada kengkawan sekalian di atas kekasaran, kesalahan, kesilapan juga kekhilafan maza sepanjang menakhodai alam siber ini.
Maza pohon agar kengkawan panjatkan doa keselamatan, kemudahan dan kecemerlangan maza sepanjang proses pembelajaran tersebut.
ameen...
Category:
Semasa
Rabu, 28 September 2011
Isnin, 26 September 2011
Surihatiku bertemu di KLCC
Semalam maza berkesempatan bertemu dengan blogger yang glamour gitew.
Pertemuan yang tidak disangka tersebut berlangsung di KLCC. Kebetulan pula maza tidak ke mana-mana pada hari Ahad tersebut, maka berkesempatanlah bertemu blogger yang cute itu.
Blogger yang maza maksudkan ialah Cik Suri-hatiku dari laman blog Cahaya Cinta.
Gambar 1: The Blogger Geng |
Opps.. tiada gossip di sini ya kengkawan. Cik Suri datang bersama keluarganya. Katanya mereka jenjalan sambil makan angin (nasib tak kembung perut) sempena meraikan birthday Suri yang itew.
Happy birthday ya Cik Suri!
Berikut beberapa foto yang sempat dirakamkan. Kualiti gambar tidak berapa nak memuaskan disebabkan lens yang itew demam.. masuk sepital kasik servis. uhuk!
Gambar 2: Keluarga Suri |
Gambar 3: Berlatar belakangkan KLCC Petronas Twin Tower |
Gambar 4: Generasi kami |
*note- maaflah muktahir ini maza agak kesibukan. Bermacam-macam jenis kerja kena langsaikan segera. Dari itu, maza minta maaf sebab tak dapat melawat atau jenjalan seperti biasa ke blog kengkawan. Usai segala kesibukan ini, insyallah maza akan ke blog kengkawan..
Category:
Semasa
Rabu, 21 September 2011
Isnin, 19 September 2011
Rumah usang di kaki gunung
Gambar 1: Rumah usang berdiri sepi di tepi sebatang jalan di Bongek, menanti rebah ke bumi. |
Menurut kata uwan, dulunya kawasan ini cukup meriah dan banyak penghuninya. Rumah-rumah penduduk juga rapat-rapat. Rumah-rumah Minangkabau berdiri teguh mendukung Adat Pepatih. Sebenarnya rumah tradisi di kawasan ini sedikit berbeza dengan mana-mana rumah Minangkabau yang terdapat di Negeri Sembilan. Pengaruh rumah Melaka itu lebih kuat.
"Dahulu kawasan ini diamnya banyak sawah-bendang. Dari sawah inilah tompek (tempat) simpanan boreh (beras) untuk Undang Luak Rembau." terang uwan.
Hari ini sawah tersebut sudah terbengkalai. Sesetengah tanah bendang sudah berubah kepada tanaman sawit. Demikianlah akibat rempuhan arus kemajuan menerpa desa ini, maza kira.
Akibatnya banyak rumah-rumah tradisional terabai atau rebah ke bumi. Sekarang ini rata-rata rumah yang berdiri di tanah Gadong sudah berubah wajah kepada rumah rumah batu bertiang konkrit. Rupa bentuknya sudah jauh berbeza dari rumah adat.
Malah dulunya setiap rumah atau tanah berkonsepkan terbuka, sesuai dengan budaya kemalayuan. Tetapi hari ini tiang-tiang pagar berdiri tegap menjadi benteng penghalang mengelilingi kawasan rumah. Katanya untuk menghalang binatang ternak (seperti lembu dan kambing) dari memasuki laman rumah, juga demi keselamatan penduduk itu sendiri.
Di kampung ini juga banyak rumah-rumah lama/tradisional sudah roboh; menyembah ke tanah, musnah dimakan anai-anai. Tiada siapa bertunggu tangga atau peduli lagi. Lalu menjadikan deretan rumah-rumah lama ini sebagai bangunan misteri.
Category:
Photography,
Rencana
Sabtu, 17 September 2011
Menyingkap tirai di jendala desa
Menjengah ke jendela di pagi hari dari dalam bilik |
Ayam berkokok di atas dahan nangka. Embun menitis membasahi bumi. Suasana begitu dingin menyengat sendi, menyelongkar segala kehangatan tubuh. Air di kali jernih sekali. Sesekali angin dingin itu menerjah dari jendala membuahkan kesegaran, menjanjikan kelazatan alam.
Maza masih berbungkus di dalam selimut tanda sejuknya desa permai ini tidak perlukan pendingin hawa. Salah hemat sudah seperti di Soctland di musim luruh.
Maza menjenguk dari jendala sempit itu melihat keliling. Deretan itik berlenggang membawa suku-sakatnya turun ke kolam terkedek-kedek bagaikan keretapi di benua India sana. Pohon buah-buahan; pisang, nangka, cempedak, ubi kayu, saling sulam menyulam melukiskan portrait alam. Hembusan angin sekali-sekala memuput tubuh menampar kemalasan. Ditambah pula hidung diterjang dengan haruman bunga-bungaan yang mekar subur tumbuh di dalam pasu halaman rumah.
Semuanya indah, semuanya amat neutral sekali. Inilah kampung maza. Inilah nikmatnya kedamaian.
Jika dulu datuk dan nenek maza menunduk-nunduk apabila berjalan. Menyorok-nyorok bila melangkah. Mereka begitu berhati-hati sekali dalam segala gerak sedari subuh melangkah pergi atau malam mulai berlabuh kembali. Darurat itu amat kejam, tidak mengenal siapa diri. Leka?! Pasti telinga menjadi tuli, penampar Jepun bertalu-talu hinggap ke pipi. Leka?! Pasti soldadu Gurkha akan maki. "Pemalas!" katanya walaupun keringat sudah berbaldi.
Jika dulu datuk dan nenek maza menunduk-nunduk apabila berjalan. Menyorok-nyorok bila melangkah. Mereka begitu berhati-hati sekali dalam segala gerak sedari subuh melangkah pergi atau malam mulai berlabuh kembali. Darurat itu amat kejam, tidak mengenal siapa diri. Leka?! Pasti telinga menjadi tuli, penampar Jepun bertalu-talu hinggap ke pipi. Leka?! Pasti soldadu Gurkha akan maki. "Pemalas!" katanya walaupun keringat sudah berbaldi.
Alhamdulilah, damai ini dibeli dengan darah dan keringat. Perit jerih perjuangan demi sesuap nasi dan kebebasan diri. Mudah-mudahan damainya hari ini mampu bertahan; nikmatnya kekal seperti lazatnya jengahan tengkuk ke jendala ini.
Cuti panjang ini maza habiskan dengan membelek kampung sendiri. Mudah-mudahan dapat menemui jati diri dan mampu menongkah badai yang merempuh di kota nanti.
Salam perjuangan kengkawan.. hehehe
Psst: pagi dingin sebegini pekena kopi o, ubi rebus cicah sambal tumis, perkhhhhh!... Dari jendala ini maza menjilat bibir sendirian, terliur! Apatah lagi melihatkan rimbunan pohon ubi kayu seolah melambai-lambai minta digali ubinya.. ahaks
Opps, angin dingin itu bertiup lagi, sejuk.. tidur dululah, susah hendak dapat suasana seperti ini di kota metropolitan seperti Kuala Lumpur.. ahaks!
Category:
Cerita
Jumaat, 16 September 2011
Menyingkap Kemerdekaan dari Jendala
Tugu Negara |
16. September telah diistiharkan sebagai Hari Malaysia oleh kerajaan pada tahun 2009. Iaitu setelah 52 tahun kita merdeka, barulah tarikh hebat ini mendapat tempat sebagai tarikh istimewa pada negara ini. Lazimnya tarikh 16 September hanya diraikan oleh negeri dari benua Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.
Hari ini pada tanggal 31 Ogos & 16 September telah diwartakan sebagai cuti umum untuk rakyat Malaysia. Ia sebagai pengiktirafan hari bersejarah yang perlu dihayati perit jerih, pahit maung perjuangan demi kemerdekaan.
16 September 1963 merupakan tarikh keramat kerana ia adalah tarikh kewujudan Malaysia di peta dunia. Pada hari tersebut Sabah dan Sarawak menerima kemerdekaan daripada penjajah British dibawah syarat gabungan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya). Hasil gabungan tersebut maka tercetuslah sebuah negara baru di peta dunia bernama MALAYSIA.
Tugu Negara |
Manakala 31 Ogos 1957 itu sendiri merupakan tarikh kemenangan hasil perjuangan pendekar-pendekar tanah Malaya (Semenanjung Malaysia) menuntut kemerdekaan dari penjajah British. Sedari peristiwa itulah, tarikh keramat ini diingati dan disambut oleh seluruh rakyat Malaysia sebagai tarikh Hari Kemerdekaan mereka.
Uniknya sebelum tahun 2010, tarikh 16 September hanya benar-benar diraikan oleh mereka dari Borneo. Manakala negeri-negeri di Semenanjung tidak meraikan hari terciptanya Malaysia tersebut. Ini kerana negeri-negeri di Semenanjung Malaysia menerima kemerdekaan terlebih dahulu iaitu 31 Ogos berbanding negeri-negeri di Borneo pada tanggal 16 September. Lantas bagi mereka dari Semenanjung Malaysia menganggap hari kemerdekaan mereka ialah pada tanggal 31 Ogos dan tidak perlu meraikan hari kemerdekaan pada tanggal 16 September yang berbeza itu.
Keunikan Malaysia terserlah dengan satu-satunya negara di dalam dunia meraikan dua tarikh kemerdekaan.
Hari ini kita sudah rangkumkan dan memuktamadkan bahawa 31 Ogos dikenali sebagai Hari Kemerdekaan/Kebangsaan negara, manakala 16 September sebagai Hari Malaysia.
Berbetulan pula hari ini 16 September, maka maza mahu mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada kalian. Moga-moga kita dicucuri rahmat, aman dan dimurahkan rezeki.
Psst: tiga hari bercuti ini (Jumaat, Sabtu & Ahad)... harap-harap dipergunakan dengan sebaiknya, dan jangan nakal-nakal menjolok sarang tebuan walaupun pak ISA tidak ada. Cakap dan buat yang baik-baik sahaja. ahaks..
Psst: Masih mood raya, ahaks! ... apa lagi, lantun sana, lantun sini .... hehehehe
Psst: tiga hari bercuti ini (Jumaat, Sabtu & Ahad)... harap-harap dipergunakan dengan sebaiknya, dan jangan nakal-nakal menjolok sarang tebuan walaupun pak ISA tidak ada. Cakap dan buat yang baik-baik sahaja. ahaks..
Psst: Masih mood raya, ahaks! ... apa lagi, lantun sana, lantun sini .... hehehehe
Category:
Rencana
Isnin, 12 September 2011
Damailah Dunia
Semalam 9.11 (September 11) merupakan ulangtahun runtuhnya bangunan New York, World Trade (WTC) Centre di Amerika Syarikat. Sudah sedekad ia berlalu; 2001.
Semenjak itu pelbagai kekecohan dan penjajahan baru membadai dunia. Kumpulan Al Qaeda ditunding jari menjadi dalang dan bertanggungjawab ke atas kematian lebih 2,000 orang di WTC itu.
Dalam masa sama juga mereka yang tidak bertanggungjawab telah menuduh orang-orang Islam sebagai penganas. Mereka cuba mewujudkan satu persepsi bahawa Islam itu sebuah agama yang menggalakkan penganutnya tidak berperikemanusiaan. Walhal itu bukanlah perkara sebenar.
Dalam masa sama juga mereka yang tidak bertanggungjawab telah menuduh orang-orang Islam sebagai penganas. Mereka cuba mewujudkan satu persepsi bahawa Islam itu sebuah agama yang menggalakkan penganutnya tidak berperikemanusiaan. Walhal itu bukanlah perkara sebenar.
Sejurus selepas itu Afghanistan, Pakistan, Iraq, menghadapi tempias secara langsung daripada peristiwa tersebut.
Hari ini rakyat di negara-negara Timur Tengah mula bangkit menentang kerajaan mereka. Antaranya ialah Mesir, Libya, Syria, Sudan, Yaman, Bahrain. Lebih malang lagi terdapat campur tangan dari anggota EU dengan perikatan askar NATO mereka! Walhal pemimpin-pemimpin itulah dulunya mereka amat sokong dan menyokonginya. Ini menjadi petanda barangsiapa tidak digemari oleh golongan barat atau lebih tepat lagi NATO, mereka tanpa "segan-silu" menceroboh dan meruntuh apa sahaja dengan apa jalan sekali pun.
Maza menaruh harapan agar negara ini tidak terpengaruh dengan kejadian yang terjadi sekarang. Begitu juga jangalah menaruh "kiblatnya" ke arah negara-negara barat sahaja. Biarlah strategi diplomatik, politik dan hubungan antarabangsa seimbang antara semua benua di dunia ini.
Namun Israel tetap kita katakan tidak, walau pun Israel itu sendiri barangkali tidak mengenali atau pedulikan Malaysia atau punyai kepentingan di tanah ini. Kita pun tidak sudi mengadakan hubungan diplomatik dan mengadakan ikatan kepentingan dengan mereka.
Itu kisah antarabangsa. Al kisah dalam negara pula:
Akhir-akhir ini di negara kita juga tidak kurang kecohnya. Apatah lagi perihal yang digembar gemburkan, diputar-belit dan dimainkan tentang kes pemberontakan komunis dan kemerdekaan negara.
Macam-macam orang memberikan pendapat dan sokongan. Ada tu disebabkan tidak berapa sokong dengan pihak lagi satu hingga sanggup mereka disuruh dibuang negeri, dan diugut bunuh. Manakala sesetengah pula disuruh mengkaji semula sejarah negara dan kemduian ditulis semula.
Macam-macam orang memberikan pendapat dan sokongan. Ada tu disebabkan tidak berapa sokong dengan pihak lagi satu hingga sanggup mereka disuruh dibuang negeri, dan diugut bunuh. Manakala sesetengah pula disuruh mengkaji semula sejarah negara dan kemduian ditulis semula.
Sesetengah cendiakawan pula mendakwa bahawa negara ini tidak pernah dijajah selama 400 tahun. Namun demikian ia terjajah selama dua tahun atau tiga tahun oleh pihak kolonial British dan Empayar Jepun.
Jangan terperanjat, sebahagian lain tidak segan-silu lagi mahu memeratabatkan dan mengagung-agungkan British hingga mereka lupa bahawa orang-orang Melayu dahulu bersungguh-sungguh menentang penjajaahan Inggeris; mahukan kemerdekaan.
Jangan terperanjat, sebahagian lain tidak segan-silu lagi mahu memeratabatkan dan mengagung-agungkan British hingga mereka lupa bahawa orang-orang Melayu dahulu bersungguh-sungguh menentang penjajaahan Inggeris; mahukan kemerdekaan.
Ada sesetengahnya pula terlalu bencikan komunis. Hingga walau apa pun datang dan berbau "bacang" seperti ideologi komunis akan ditentang habis-habisan. Malah mereka sanggup berbunuhan. Mudah sangat terasa terhina. Mereka mengatakan sebelah pihak lagi tidak sensitif dengan para pejuang kemerdekaan. Namun dari segi lain pula apabila mereka membeli-belah barangan di pasaraya atau di mana-mana sahaja, barangan buatan Cina itulah juga yang menjadi pilihan kerana harganya murah! Bahkan negara ini dilambakan dengan barangan buatan Cina. Bukan sahaja negara ini sahaja, malah seluruh dunia menghadapi 'dark hole' dari empayar Cina.
Negara kita nan tercinta yang kononnya membenci komunis teramat sangat hingga rasa terhina datuk nenek kita dulu itu pun punyai ikatan hubungan diplomatik, politik dan ekonomi yang amat erat dengan Negara China.
Begitu juga halnya. kita mempunyai pelaburan yang besar di Vietnam. Barangan Vietnam juga mudah didapati di sini. Termasuklah juga kita turut mengimport golongan Viet Kong ke negara berdaulat ini sebagai buruh asing.
Begitu juga halnya. kita mempunyai pelaburan yang besar di Vietnam. Barangan Vietnam juga mudah didapati di sini. Termasuklah juga kita turut mengimport golongan Viet Kong ke negara berdaulat ini sebagai buruh asing.
Untuk rekod negara China ialah negara KOMUNIS! Begitu juga Vietnam sebuah negara komunis yang telah menewaskan Amerika dengan darah dan kuderat mereka sendiri.
Bagi maza gerakan komunis juga salah satu faktor pendesak dan pemangkin kepada British untuk melepaskan kemerdekaan Malaysia dengan bersyarat. Dan ini tidak bermakna maza telah menghina leluhur (keturunan: ayah, datuk, nenek dan moyang) pahlawan maza yang pernah mengangkat senjata mempertahankan tanah air dan keluarga dari huru-hara dan penjajahan.
Sempena bulan kemerdekaan ini, maza kira eloklah kita membuat panggilan "Damai untuk Dunia". Usahlah bertelagah dan memainkan isu-isu yang tidak menguntungkan berulang-ulang kali dengan mengorbarkan semagat permusuhan. Setiap orang ada peranannya dalam KEMERDEKAAN ini. Sesungguhya merdeka ini tidak akan wujud hanya sebuah pihak sahaja perjuangkan, ia adalah hasil gerakan dan pemaufakatan.
Akhir kalam, SEJARAH ditulis oleh mereka yang menang. Mereka yang tewas selalunya meninggalkan PUISI untuk kenang-kenangan.
Category:
Rencana
Ahad, 11 September 2011
Peristiwa 9.11 dan kami
911 juga merupakan peristiwa penting untuk maza sekeluarga juga.
Pada tarikh keramat inilah kami mengalami kemalangan jalan raya pd tahun 2008. Ketika itu bulan puasa.. uhuk!
Ceritanya bolehlah diselongkar dengan klik di sini (Kemalangan @ Dungun Terengganu).
Cerita ringkas sahaja kali ini ya kengakawan... sedang mood bertafakur memohon rahmat dan kesyukuran di atas peluang yang diberikan oleh Tuhan ke sekian kalinya.
Pada tarikh keramat inilah kami mengalami kemalangan jalan raya pd tahun 2008. Ketika itu bulan puasa.. uhuk!
Ceritanya bolehlah diselongkar dengan klik di sini (Kemalangan @ Dungun Terengganu).
Cerita ringkas sahaja kali ini ya kengakawan... sedang mood bertafakur memohon rahmat dan kesyukuran di atas peluang yang diberikan oleh Tuhan ke sekian kalinya.
Category:
Keluarga
Khamis, 8 September 2011
Cita-cita Di Sekolah Rendah
Masa kecil dulu cikgu akan tanya dalam kelas. "Tuliskan cita-cita awak, kemudian serahkan kepada cikgu."
Cita-cita yang telah dinyatakan akan dicatatkan di dalam buku rekod dan kad kemajuan untuk rujukan.
Rata-rata kanak-kanak yang membesar di era 80-an itu, termasuklah maza, tidak lari dari menyatakan cita-cita mereka untuk menjadi askar, polis, tentera, bomba. Kiranya pasukan keselamatanlah menjadi pilihan utama.
Tidak pernah jumpa lagi ada antara kami yang bercita-cita menjadi jutawan, niagawan, angkasawan, usahawan, engineer apatah lagi menjadi seorang banduan berjaya. Masing-masing terlalu suci dan masing-masing mempunyai sikap untuk 'membela' nasib keluarga, bangsa dan agama.
Tetapi setelah darjah tiga, maza mulai bosan menulis cita-cita yang sama. Maza ingin membawa perubahan.
Jadinya dengan penuh keazaman dan iltizam yang putus, maza tuliskan tiga cita-cita maza. Dan maza berharap Cikgu Fatimah, guru kelas kami akan bangga dengan maza.
Tetapi ...
"Maza, ambil balik kertas awak ni! Yang dua atas nie memanglah boleh jadi cita-cita awak iaitu askar dan polis. Tapi yang nombor tiga ni, jadi Yang Dipetuan Agong! Cikgu tak pernah tahu yang awak ni keturunan putera sultan atau anak raja mana-mana Negeri Melayu! Tak pernah pulak sepanjang hayat cikgu dengar ada iklan jawatan kosong Yang Dipertuan Agong ... Dah! Awak buat balik cita-cita awak ni semula."
Kemudian Cikgu Fatimah mengembalikan kertas maza itu. Pantas dia membelakangkan kelas. Sekejap itu juga bahu Cikgu Fatimah terangkat-angkat, terjengket-jengket. Macam orang menangis tersendu-sendan. Cikgu Fatimah menundukkan kepala sambil tangannya menekup mulut dan menyapukan airmatanya dengan tisu.
"Agaknya Cikgu Fatimah terharu dengan cita-citaku yang cukup gah dan lain daripada yang lain itu! ... hmm ... Tapi kenapa pula cikgu suruh aku tuliskan semula cita-cita aku?! Pelik nie." Maza berlalu dengan terpinga-pinga kerana masih tidak faham dosa apakah yang telah dilakukannya.
maza: ilham gile-giler si bayi comel...
Selasa, 6 September 2011
Indahnya Hari Raya
Alhamdulilah, kerana kita masih dipanjangkan umur untuk mendaki hari raya yang seterusnya. Mujur juga walaupun pelbagai rintangan dan cabaran dalam maza menyambut hari raya tahun ini, di saat-saat akhir cuti perayaan tersebut kemeriahnya jelas terasa.
Ketupat |
Maza ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada kengkawan yang sudi bertandang dan menziarahi maza di kampung nan tercinta itu.
Gambar 1: Geng Sekolah Rendah sessi 1 |
Gambar 2: Geng Sekolah Rendah sessi 2 |
Dalam kesempatan berhari raya itu juga, kami sempat mengadakan majlis ringkas reunion. Maza ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Iza (Rohaiza Minhat - setiausaha) dan Che Not Aya (Norhaya Ariffin - AJK jemputan) yang menjadi tulang belakang penggerak kepada majlis Reunion Merdeka-Raya tersebut.
Jumaat, 26 Ogos 2011
Terkandas dipasung aral melintang. Tidak ku sangka begini jadinya.
Ku sangka boleh pulang ke kampung pada hari ini (Jumaat : 26/08/2011). "Perjalanan jauh tidak ku rasa, ingin berjumpa sanak-saudara yang jauh nun di mata. Ooo .. sob! sob! sob!"
Rupanya malang tidak berbau. Geruh berbuat aral di pertengahan jalan. Tiba-tiba kedengaran suara sumbang dari celah-celah tabir bilik boss besar.
Gambar: Selamat Hari Raya ya kengkawan. Ampun dan maaf dipinta di atas kesalahan maza & keluarga. |
"Nampaknya kita semua tidak boleh balik awal hari ini. Lagi pun minggu depan kita semua bercuti. Jadinya kerja-kerja yang berbaki ini (pada hal boleh ditunda sehingga naik cuti) kenalah disiapkan. Dengan ini kita akan stay back sampai selesai kerja." kata-kata kejam yang dilontarkan oleh seorang boss di saat malam likur semakan luput dan lebaran semakin memanggil.
Sekarang sudah masuk jam 11.10 malam. Maza masih tinggal di pejabat lagi. Entah jam berapa baru boleh pulang, gerutu hati maza!
Mengikut kadaran jumlah baki kerja, mahu akan selesai jam 3.00-4.00 pagi. Aduhhh! Rosak program haku! uhuk..
Fizikal dan kederat memang masih ada di pejabat. Tetapi jiwa, naluri dan nafsu semuanya sudah sampai ke kampung sana. Sudah terbayang sanak saudara, rendang, ketupat, kuih, ayam dan itik semuanya bagai.
"Boss boleh saya balik awal hari ini (pada hal sudah hampir separuh malam)? Lagi pun saya dapat rasakan sekarang ini betapa rindunya anak dan isteri saya di rumah sana. Mesti mereka sedang resah dan mengadu sesama sendiri mahu memagut tubuh saya yang tidak menjengukkan diri sedari awal subuh tadi. Lagi pun saya sudah tidak biasa balik lewat semetentelah di akhir-akhir Ramadan." cubaan berani berbaur simpati maza untuk pulang awal sebentar tadi.
"Oh begitu! Nenek saya yang berusia 100 tahun tu pun nak memagut tubuh saya juga. Emak ayah saya pun baru pulang dari England setelah hampir setahun di sana. Itu pun mereka mahu memeluk cium tubuh saya. Sudah! Selesai kerja ini kita boleh balik sama-sama. Tak kiralah sampai empat pagi sekali pun. Kalau sudah siap kerja tentulah kita juga senang mahu beraya. Tidak perlu rungsing lagi." kata-kata boss yang berbau kejam! Kejam! Kejammmm!!!!...
"Aderrkkk .. tapi boss, kerja ini dan raya nanti akan lebih manis serta bermakna kalau boss sediakan sekali duit raya untuk kami .. ihik!" sekali lagi, barangkali cubaan terakhir untuk mendapatkan duit raya setelah sudah pasti tiada bonus bakal diberikan. Maza juga sudah lupa bila kali terakhir kami merasa bonus. Uhuk!
"Hmm ... kalau begitu, elok juga saya belanja awak air teh. Bedah! Belikan (buatkan sebenarnya) air teh untuk si maza dan yang lainnya. Saya belanja sebagai duit raya!" boss menggunakan politik autanya untuk memujuk kami yang semakin membarah.
Aderrrkkkk ... tetiba di dalam hati ada hiba. Emaakkkkk ... maafkan anakanda kerana tak dapat pulang sekarang atau esok hari sebab terpaksa, dipaksa untuk bekerja keras! uhuhuhuhu...
Category:
Semasa
Rabu, 24 Ogos 2011
Kini tibalah masanya, Lebaran sudah bermula
Kad Ucapan Selamat Hari Raya |
Salam aidilfitri maza hulurkan kepada kengkawan.
Malam ini sudah bermula malam TUJUH LIKUR ya kengkawan. Bermakna tinggal kurang seminggu lagi mahu raya aidilfitri.
Malam ini sudah bermula malam TUJUH LIKUR ya kengkawan. Bermakna tinggal kurang seminggu lagi mahu raya aidilfitri.
Maza sekeluarga dengan perasaan rendah diri hendak memohon ampun dan maaf, zahir dan batin di atas segala kesilapan dan kesalahan yang pernah kami lakukan ke atas kengkawan sepanjang bersiaran di alam maya ini.
Maza merafak sembah sekiranya maza termakan atau terminum dari hasil kengkawan sekalian, mintalah ia dihalalkan. Sesungguhnya segala kebaikan yang kengkawan curahkan tidaklah dapat maza membalasnya. Maza hanya mampu berserah kepada Allah. Kerana Allah sahajalah yang layak membalas segala kebaikan kengkawan itu.
Dari hal ini, maza sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya dan Merdeka!
Category:
Semasa.
Selasa, 23 Ogos 2011
Merdeka! Merdeka! Merdeka! .... MERDEKA RAYA!
Seantero dunia mengetahui bahawa 31.Ogos hari kemerdekaan kita.
Jadi dikesempatan ini maza sudah terjah ke Tugu Negara bagi memeriahkan lagi sambutan hari kebangsaan tersebut.
Gambar 1: Tugu Negara. (National Monument) |
Dengan semangat yang berbaki di bawah terik matahari di bulan Ramadan ini, maza mengusung dengan penuh kederat ke hulu ke hilir memikul bendera; Jalur Gemilang.
Gunanya Jalur Gemilang itu nanti mahu dibikin props (latar belakang) karya maza.
Lagi pun terpaksalah maza lakukan sendirian begitu. Ini gara-gara tukang pikul bendera sudah melarikan diri dan mahu berteduh di bawah astaka sana. Panas kata Nasrun yang baru berumur 7 tahun. Maza terpaksa mengalah sedangkan anak kecil ini masih bertahan berpuasa.
Memang terik matahari sedang memancar ganas. Apa tidaknya, maza tiba tatkala azan zuhur sedang bergema.
Gambar 2: Meninjau lokasi |
Hasilnya ramai orang memerhatikan gelagat maza.
Dalam pada itu tanpa disangka-sangka, buah cempedak jadi nangka, tindakan sepontan maza telah membuahkan hasil kejituan semangat nasionalisme. Satu perasaan yang hebat berkunjung di dalam hati mereka.
Tidak semena-mena ada antara pengunjung tersebut melaungkan perkataan "MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!" Terpancar sudah erti cintakan negara. Menyelami erti sebuah kebebasan.
Gambar 3: Menjulang Jalur Gemilang dengan penuh semangat. Merdeka! |
Melihatkan gelagat mereka yang melontarkan tangan ke udara penuh semangat itu sambil mengadap maza , maza tersenyum sendirian. Lalu maza mengambil peluang merapati salah seorang daripada pengunjung tersebut. Cadangnya mahu menemuduga.
"Terima kasih encik." sapa maza
"Enggak apa-apa pak. Kita kan serumpun gitew lorrr. Saling mendukong jiran tetangga." jawab pemuda itu sambil tersenyum murni.
Maza terkesima. Tercengang dan terasa sedikit canggung. Sangkaan maza jauh meleset. Maza kira mereka orang tempatan.
Category:
Photography,
Semasa.
Ahad, 21 Ogos 2011
Sahut Menyahut di Hari Raya
Dalam mood raya ... semua sekali harus ceria. Seperti dijangka paling seronok ialah anak-anak. Sungguh pun begitu, sebagai ibu ayah harus bergembira sama, barulah kegeriang terpancar sealam semesta.
Lantaran itu, maza dan darling sedang membanting tulang, bekerja keras memecah batu, untuk memastikan hari raya tahun ini lancar, meriah lagi ceria.
Untuk menjayakan projek tersebut kami menerjunkan diri menguli tepung, membacuh adunan, mengacu cetak untuk bikin kuih. Sebenarnya kuih-muih ini untuk anak-anak dan tetamu (tu pun kalau ada tetamu yang sudi datang ... uhuk)
Untuk melancarkan perjalanan persediaan proses membanting tulang tersebut; kata orang penyuntik semangat, kami anak beranak sesekali bergelek-gelek pinggang, melentik-lentikkan jari sambil diiringi muzik Aidilfitri dari Sanisah Huri:-
Minggu ini juga minggu 7 likur, ramai pergi membeli-belah termasuk maza. Membeli-belah sana sini sekadar memeriahkan acara, selebihnya kami tetap bersederhana. Seorang sepasang baju sudah! hehehehe
Oh, sebelum itu En. Ismail N blogger DLSL ada mengaturkan sebuah cabaran sempena hari raya ini. Cabaran Blogger | Satu Hari Di Hari Raya menjadi tajuk pilihan dan maza sudah pun menyahut cabaran itu. Kengkawan bolehlah menyemak entry sambutan cabaran tersebut oleh maza di sini (Satu Hari Di Hari Raya).
maza menggalakkan dan mengajak kengkawan turut serta dalam cabaran tersebut bagi memeriahkan lagi suasana hari raya tahun ini. hehehe....
Untuk pengetahuan kengkawan juga, tahun-tahun lalu maza sempat mengatur-cara entry khas sempena Ramadan dan Syawal. Cerita-cerita terdahulu adalah seperti berikut (sila klik untuk paparan langsung):-
- Aku dan Ramadan
- Aku dan Ramadan #2
- Ramdhan: Di Kampung Cacing #1
- Ramadhan: Di Kampung Cacing #2
- Ramadhan: Di Kampung Cacing #3
- Ramadhan: Di kampung Cacing #4
- Ramadhan: Di Kampung Cacing episod akhir
- Ramadhan: Geruh di tempat kerja #1
- Ramadhan; Geruh di tempat kerja #2
Category:
Cerita
Jumaat, 19 Ogos 2011
Pasar Malam, Bukit Ayam, Kluang
Julai 4, 2011 - Bukit Ayam letaknya di batu tiga jalan Kluang-Mersing. Bukit Ayam benar-benar bersebelahan jalan Kluang-Mersing. Kalau dari arah Kluang ke Mersing ia di sebelah kanan. Dahulunya ia sebahagian daripada Pasar Malam Kampung Melayu, tetapi hari ini ia mempunyai identiti tersendiri.
Pasar Malam di Bukit Ayam ini cukup luas. Terdapat berbagai barangan ditawarkan. Daripada barangan basah seperti ikan, sayur, makanan berat dan ringan hinggalah barangan kering seperti mainan, pakaian, peralatan rumah dan lain-lain.
Gambar 1: Pasar Malam Bukit Ayam, Jalan Mersing, Kluang, Johor |
Gambar 2: Terbang di angkasa |
Apa yang menari ialah kawasan pasar malam ini memang khusus diwujudkan di atas bukit dan berdekatan jalan utama Kluang-Mersing. Namun ia tidak menyebabkan kesesakan lalulintas berikutan kedudukannya sedikit ke tengah sana.
Gambar 3: gula-gula kapas |
Antara kemudahan yang boleh didapati di sini ialah gerai makan, surau dan tandas. Cuma air di surau atau tandas agak kecil dan kadangkala terpaksa menunggu giliran!
Category:
Kembara Kelana
Langgan:
Catatan (Atom)