‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Khamis, 5 Jun 2014

BCG Bukti Rakyat Malaysia


Aqilah Shafiyah, 10 bulan

Pentingnya BCG (suntikan vaksin Bacille Calmette et Guerrin) saya terangkan kepada anak-anak sekolah di sini ialah apabila sebarang kejadian berlaku, polis mampu mengecam sama ada kita ini rakyat Malaysia atau sebaliknya dengan mudah.

Tanda yang ada pada lengan kiri itu menjadi bukti dan pengiktirafan untuk mendapat perlindungan serta pembelaan sebagai rakyat bumi bertuah ini dari pihak berautoriti. Tanpanya, seseorang itu boleh dianggap sebagai warga asing dan tidak layak mendapat kemudahan, manfaat dan pembelaan di negara ini.

Maka selain memiliki kad pengenalan, BCG juga dijadikan bukti kewarganegaraan tempatan.

Jadi, tahanlah sedikit dengan suntikan itu. Hanya rasa digigit semut seketika dan demam kalau tubuh berasa lemah. Kesulitan tersebut adalah untuk kesenangan pada masa hadapan.

Masa mula-mula nama saya dipanggil untuk suntikan BCG (darjah enam tahun 1987) menggeletar juga seluruh tubuh badan. Ada rakan senior menceritakan bahawa suntikan BCG merupakan tanda seeorang itu sudah baligh dan dewasa, selain berkhatan (lelaki) atau bertindik (perempuan). 

Selanjutnya, jika kanak-kanak lelaki, petanda kita sudah boleh satu saf dengan jemaah dewasa. Manakala perempuan pula sudah boleh disunting menjadi suri rumah; berhias wajah, memasang badan dan bergincu. 

Kata mereka lagi, ketika suntikan dilakukan, daging akan dicucuk dalam-dalam dan dicungkil sedikit sehingga membonjol kulitnya. Sekiranya darah keluar, bermakna kita bakal jadi hero dan murid perempuan pula bakal menjadi puteri atau ratu cantik!

Hari ini saya sekadar melontar senyuman sebaik melihatkan deretan anak-anak sekolah beratur panjang di luar kelas sambil kakinya menggigil-gigil. Kesejukan saya kira. 


Nota Retrospektif

blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails