‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Isnin, 12 September 2011

Damailah Dunia


Semalam 9.11 (September 11) merupakan ulangtahun runtuhnya bangunan New York, World Trade (WTC) Centre di Amerika Syarikat. Sudah sedekad ia berlalu; 2001.

Semenjak itu pelbagai kekecohan dan penjajahan baru membadai dunia. Kumpulan Al Qaeda ditunding jari menjadi dalang dan bertanggungjawab ke atas kematian lebih 2,000 orang di WTC itu.

Dalam masa sama juga mereka yang tidak bertanggungjawab telah menuduh orang-orang Islam sebagai penganas. Mereka cuba mewujudkan satu persepsi bahawa Islam itu sebuah agama yang menggalakkan penganutnya tidak berperikemanusiaan. Walhal itu bukanlah perkara sebenar.

Sejurus selepas itu Afghanistan, Pakistan, Iraq, menghadapi tempias secara langsung daripada peristiwa tersebut.

Hari ini rakyat di negara-negara Timur Tengah mula bangkit menentang kerajaan mereka. Antaranya ialah Mesir, Libya, Syria, Sudan, Yaman, Bahrain. Lebih malang lagi terdapat campur tangan dari anggota EU dengan perikatan askar NATO mereka! Walhal pemimpin-pemimpin itulah dulunya mereka amat sokong dan menyokonginya. Ini menjadi petanda barangsiapa tidak digemari oleh golongan barat atau lebih tepat lagi NATO, mereka tanpa "segan-silu" menceroboh dan meruntuh apa sahaja dengan apa jalan sekali pun.

Maza menaruh harapan agar negara ini tidak terpengaruh dengan kejadian yang terjadi sekarang. Begitu juga jangalah menaruh "kiblatnya" ke arah negara-negara barat sahaja. Biarlah strategi diplomatik, politik dan hubungan antarabangsa seimbang antara semua benua di dunia ini. 

Namun Israel tetap kita katakan tidak, walau pun Israel itu sendiri barangkali tidak mengenali atau pedulikan Malaysia atau punyai kepentingan di tanah ini. Kita pun tidak sudi mengadakan hubungan diplomatik dan mengadakan ikatan kepentingan dengan mereka.

Itu kisah antarabangsa. Al kisah dalam negara pula:

Akhir-akhir ini di negara kita juga tidak kurang kecohnya. Apatah lagi perihal yang digembar gemburkan, diputar-belit dan dimainkan tentang kes pemberontakan komunis dan kemerdekaan negara.

Macam-macam orang memberikan pendapat dan sokongan. Ada tu disebabkan tidak berapa sokong dengan pihak lagi satu hingga sanggup mereka disuruh dibuang negeri, dan diugut bunuh. Manakala sesetengah pula disuruh mengkaji semula sejarah negara dan kemduian ditulis semula. 

Sesetengah cendiakawan pula mendakwa bahawa negara ini tidak pernah dijajah selama 400 tahun. Namun demikian ia terjajah selama dua tahun atau tiga tahun oleh pihak kolonial British dan Empayar Jepun.

Jangan terperanjat, sebahagian lain tidak segan-silu lagi mahu memeratabatkan dan mengagung-agungkan British hingga mereka lupa bahawa orang-orang Melayu dahulu bersungguh-sungguh menentang penjajaahan Inggeris; mahukan kemerdekaan.

Ada sesetengahnya pula terlalu bencikan komunis. Hingga walau apa pun datang dan berbau "bacang" seperti ideologi komunis akan ditentang habis-habisan. Malah mereka sanggup berbunuhan. Mudah sangat terasa terhina. Mereka mengatakan sebelah pihak lagi tidak sensitif dengan para pejuang kemerdekaan. Namun dari segi lain pula apabila mereka membeli-belah barangan di pasaraya atau di mana-mana sahaja, barangan buatan Cina itulah juga yang menjadi pilihan kerana harganya murah! Bahkan negara ini dilambakan dengan barangan buatan Cina. Bukan sahaja negara ini sahaja, malah seluruh dunia menghadapi 'dark hole' dari empayar Cina. 

Negara kita nan tercinta yang kononnya membenci komunis teramat sangat hingga rasa terhina datuk nenek kita dulu itu pun punyai ikatan hubungan diplomatik, politik dan ekonomi yang amat erat dengan Negara China.

Begitu juga halnya. kita mempunyai pelaburan yang besar di Vietnam. Barangan Vietnam juga mudah didapati di sini. Termasuklah juga kita turut mengimport golongan Viet Kong ke negara berdaulat ini sebagai buruh asing.

Untuk rekod negara China ialah negara KOMUNIS! Begitu juga Vietnam sebuah negara komunis yang telah menewaskan Amerika dengan darah dan kuderat mereka sendiri.

Bagi maza gerakan komunis juga salah satu faktor pendesak dan pemangkin kepada British untuk melepaskan kemerdekaan Malaysia dengan bersyarat. Dan ini tidak bermakna maza telah menghina leluhur (keturunan: ayah, datuk, nenek dan moyang) pahlawan maza yang pernah mengangkat senjata mempertahankan tanah air dan keluarga dari huru-hara dan penjajahan.

Sempena bulan kemerdekaan ini, maza kira eloklah kita membuat panggilan "Damai untuk Dunia". Usahlah bertelagah dan memainkan isu-isu yang tidak menguntungkan berulang-ulang kali dengan mengorbarkan semagat permusuhan. Setiap orang ada peranannya dalam KEMERDEKAAN ini. Sesungguhya merdeka ini tidak akan wujud hanya sebuah pihak sahaja perjuangkan, ia adalah hasil gerakan dan pemaufakatan.

Akhir kalam, SEJARAH ditulis oleh mereka yang menang. Mereka yang tewas selalunya meninggalkan PUISI untuk kenang-kenangan.


blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails