‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Isnin, 19 September 2011

Rumah usang di kaki gunung

Gambar 1: Rumah usang berdiri sepi di tepi sebatang jalan di Bongek, menanti rebah ke bumi.

Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan - semalam maza sempat melalui jalan Kota-Gadung dan melempias kaki Gunung Datuk.

Menurut kata uwan, dulunya kawasan ini cukup meriah dan banyak penghuninya. Rumah-rumah penduduk juga rapat-rapat. Rumah-rumah Minangkabau berdiri teguh mendukung Adat Pepatih. Sebenarnya rumah tradisi di kawasan ini sedikit berbeza dengan mana-mana rumah Minangkabau yang terdapat di Negeri Sembilan. Pengaruh rumah Melaka itu lebih kuat.

"Dahulu kawasan ini diamnya banyak sawah-bendang. Dari sawah inilah tompek (tempat) simpanan boreh (beras) untuk Undang Luak Rembau." terang uwan.

Hari ini sawah tersebut sudah terbengkalai. Sesetengah tanah bendang sudah berubah kepada tanaman sawit. Demikianlah akibat rempuhan arus kemajuan menerpa desa ini, maza kira.

Akibatnya banyak rumah-rumah tradisional terabai atau rebah ke bumi. Sekarang ini rata-rata rumah yang berdiri di tanah Gadong sudah berubah wajah kepada rumah rumah batu bertiang konkrit. Rupa bentuknya sudah jauh berbeza dari rumah adat.

Gambar 2: reka-bentuk dan struktur sudah berubah dari berasaskan kayu bertukar kepada konkrit
Malah dulunya setiap rumah atau tanah berkonsepkan terbuka, sesuai dengan budaya kemalayuan. Tetapi hari ini tiang-tiang pagar berdiri tegap menjadi benteng penghalang mengelilingi kawasan rumah. Katanya untuk menghalang binatang ternak (seperti lembu dan kambing) dari memasuki laman rumah, juga demi keselamatan penduduk itu sendiri.

Di kampung ini juga banyak rumah-rumah lama/tradisional sudah roboh; menyembah ke tanah, musnah dimakan anai-anai. Tiada siapa bertunggu tangga atau peduli lagi. Lalu menjadikan deretan rumah-rumah lama ini sebagai bangunan misteri. 

Gambar 3: Dahulu penghuninya cukup berbangga memilikinya.


Menurut uwan, fenomena ini berlaku disebabkan rumah tersebut ketiadaan waris, atau warisnya sudah berpindah keluar dari kampung ini. Maka tinggallah rumah-rumah tersebut bersendirian dan usang dimamah usia. Tiada siapa yang sudi menguruskannya lagi.

Kali ini maza sempat merakamkan rumah usang tersebut sebagai tanda ingat-ingatan. Sebagai lipatan sejarah tentang jati diri.

Gambar 4: Dulunya penghuni rumah ini cukup berbangga memilikinya. Hari ini ia berdiri sepi, sendirian. Malah ada yang menuduhnya sebagai rumah 'hantu'
Sayang seribu kali sayang, pastinya dulu kawasan rumah ini begitu meriah, penuh dengan bahagia dan keceriaan. Ia berdiri megah bersama penghuni yang mendukung agama Islam. Lihat sahajalah hiasan dan reka bentuk rumah usang ini yang masih berbaki. Masih jelas kelihatan pengaruh dan perlambangan iman yang dizahirkan ke atasnya.

Secara harafiahnya, mahulah maza menyeru agar memerlihara jati diri kita. Harus digilap dan dipelihara, jangan dibiarkan usang lalu rebah ke bumi. Ditakuti nanti kita sendiri akan keliru tentang kewujudan diri di tanah bertuah ini.


Terima kasih kepada, aidahana, nurmisnan, dan azizi kerana sudi men-follow blog yang entah apa-apa entah ini... heheheheh.. lantun satu kali.. ahaks..

blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails