Tugu Negara |
16. September telah diistiharkan sebagai Hari Malaysia oleh kerajaan pada tahun 2009. Iaitu setelah 52 tahun kita merdeka, barulah tarikh hebat ini mendapat tempat sebagai tarikh istimewa pada negara ini. Lazimnya tarikh 16 September hanya diraikan oleh negeri dari benua Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.
Hari ini pada tanggal 31 Ogos & 16 September telah diwartakan sebagai cuti umum untuk rakyat Malaysia. Ia sebagai pengiktirafan hari bersejarah yang perlu dihayati perit jerih, pahit maung perjuangan demi kemerdekaan.
16 September 1963 merupakan tarikh keramat kerana ia adalah tarikh kewujudan Malaysia di peta dunia. Pada hari tersebut Sabah dan Sarawak menerima kemerdekaan daripada penjajah British dibawah syarat gabungan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya). Hasil gabungan tersebut maka tercetuslah sebuah negara baru di peta dunia bernama MALAYSIA.
Tugu Negara |
Manakala 31 Ogos 1957 itu sendiri merupakan tarikh kemenangan hasil perjuangan pendekar-pendekar tanah Malaya (Semenanjung Malaysia) menuntut kemerdekaan dari penjajah British. Sedari peristiwa itulah, tarikh keramat ini diingati dan disambut oleh seluruh rakyat Malaysia sebagai tarikh Hari Kemerdekaan mereka.
Uniknya sebelum tahun 2010, tarikh 16 September hanya benar-benar diraikan oleh mereka dari Borneo. Manakala negeri-negeri di Semenanjung tidak meraikan hari terciptanya Malaysia tersebut. Ini kerana negeri-negeri di Semenanjung Malaysia menerima kemerdekaan terlebih dahulu iaitu 31 Ogos berbanding negeri-negeri di Borneo pada tanggal 16 September. Lantas bagi mereka dari Semenanjung Malaysia menganggap hari kemerdekaan mereka ialah pada tanggal 31 Ogos dan tidak perlu meraikan hari kemerdekaan pada tanggal 16 September yang berbeza itu.
Keunikan Malaysia terserlah dengan satu-satunya negara di dalam dunia meraikan dua tarikh kemerdekaan.
Hari ini kita sudah rangkumkan dan memuktamadkan bahawa 31 Ogos dikenali sebagai Hari Kemerdekaan/Kebangsaan negara, manakala 16 September sebagai Hari Malaysia.
Berbetulan pula hari ini 16 September, maka maza mahu mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada kalian. Moga-moga kita dicucuri rahmat, aman dan dimurahkan rezeki.
Psst: tiga hari bercuti ini (Jumaat, Sabtu & Ahad)... harap-harap dipergunakan dengan sebaiknya, dan jangan nakal-nakal menjolok sarang tebuan walaupun pak ISA tidak ada. Cakap dan buat yang baik-baik sahaja. ahaks..
Psst: Masih mood raya, ahaks! ... apa lagi, lantun sana, lantun sini .... hehehehe
Psst: tiga hari bercuti ini (Jumaat, Sabtu & Ahad)... harap-harap dipergunakan dengan sebaiknya, dan jangan nakal-nakal menjolok sarang tebuan walaupun pak ISA tidak ada. Cakap dan buat yang baik-baik sahaja. ahaks..
Psst: Masih mood raya, ahaks! ... apa lagi, lantun sana, lantun sini .... hehehehe