Dua minggu sudah ketika Kuala Lumpur sibuk dengan gerakan BERSIH 2.0 dan perhimpunan haram pada 7092011, maza sudah menghilangkan diri ke Mersing.
Pada hari Sabtu malam Ahad itu maza dengan keluarga telah berkhemah di Pantai Air Papan, Mersing, Johor. Dengan alibi ini juga, maza berharap tiada lagi sesiapa yang sangsi tentang kehilangan maza.
Pantai Air Papan sememangnya terkenal di daerah ini. Selain sebagai tapak perkhemahan, ia terkenal sebagai tempat perkelahan, perkampungan dan pesta pantai.
Untuk rekod hampir saban tahun pesta pantai diadakan di pantai ini. Jika anda bernasib baik anda akan terserempak dengan pesta pantai tersebut. Pelbagai aktviti terutamanya pertandingan karaoke, persembahan kugiran, tarian tradisional, sukaneka, dan pelbagai lagi diadakan.
Namun pada tarikh maza berkhemah ini pula bukanlah jatuh hari pesta pantai. Jadinya Pantai Air Papan di petang Sabtu dan Ahad itu agak lengang. Kecuali pada hari Ahad, ramai keluarga dan kumpulan orang muda bersantai.
Malam itu kami membakar ayam dan keropok lekor. Selebihnya makanan dibawa dan dimasak oleh dari rumah lagi.
Anak-anak kami cukup gembira walhal inilah kali pertama mereka berkhemah.
Di masa maza kecil-kecil dahulu, maza sukakan perkhemahan. Oleh kerana terlalu gian hendak berkhemah, pernah maza memasang khemah di luar halaman rumah. Lengkap dengan gadget kasut, katil, tempat pinggan, pagar dan sebagainya.
Kali ini maza mahu mengajar anak-anak maza tentang kecintaan alam dan bersyukur di atas kurniaan Tuhan. Kiranya kami lakukan perkhemahan ini seperti perkhemahan ibadah sebagaimana dianjurkan oleh Persatuan Mahasisa Islam UM dahulu kala. Bezanya ialah kami tiada qaimulalil. Masing-masing terbongkang kepenatan melayan kerenah anak-anak yang tak pernah mengelilingi api dan pelita karbait.
Sambil-sambil itu juga maza sempat merakamkan pemandangan waktu malam di Pantai Air Papan ini.
Kebetulan pula pada hari itu angin bayu darat bertiup sepoi-sepoi bahasa lantas menghakiskan rasa kehangatan. Di petang Sabtu itu pula hujan menyebabkan terasa udara yang begitu nyaman.
Kalau angin bayu laut yang bertiup, alamat ada yang tak boleh tidur di dalam khemah. Panas!
Mujur juga anak-anak maza tidak merenget malam itu pinta kipas angin. Kalau tidak ada harapan kami tidur sahaja di dalam kereta dengan injin terus menyala.
Berbeza dengan di pantai barat, Pantai Air Papan ini ombaknya agak kuat sedikit. Kanak-kanak harus diberikan lebih sedikit perhatian.
Waktu subuh merupakan waktu yang amat indah untuk menyaksikan matahari terbit. Apatah lagi menikmatinya di bawah naungan pepohon kelapa.
Maza sempat merakamkan peristiwa matahari terbit itu.
Cerita banyak pun tak guna, mari saksikan beberapa gambar yang sempat maza rakamkan. Moga-moga dapat memberikan inspirasi dan ingatan kepada kita agar mencintai alam dan nikmat pemberian Tuhan.
Untuk melihat gambar selebihnya hasil tembakan dari lensa maza silalah ke ronawarna.blogspot.com ya kengkawan.
+Pantai Air Papan, Mersing
+Di Tepian Pantai
+Sekali Ombak bah, Sekali Pantai Berubah+Pantai Air Papan, Mersing
+Di Tepian Pantai
+Karangan di Air Papan, Mersing
+Malam Di Tepian Pantai Air Papan, Mersing