Entry kedua untuk hari ini. Entry sebelumnya di sini: Hijab Hati: Tutup atau Terlungkup!
Maza pandang kanan, pandang kiri.. jengah sana, jengah situ Kuala Lumpur di pagi ini cukup lengang. Jalannya tidak sesak seperti lazimnya.
Maza tertanya sendirian, peristiwa apakah yang sedang berlaku. Terasa pelik.
Sebaik sampai di ofis, rakan sepejabat mengadu menyimpan perasaan yang amat berbeza. Seolah-olah hari ini mereka punyai tenaga lebih. Sekejap-sekejap mereka mengenggam tangan dan melontarkannya ke udara.
Maza dikejutkan dengan deringan telefon. Di hujung talian sana kedengaran suara pelanggan. Mereka melaporkan di Kuantan, Kluang, Batu Pahat, Johor Bahru, Kuala Kubu, Kota Bahru, Behrang, Kuala Perlis, Arau, Alor Setar, Kahang, Lukut, Broga juga mengalami fenomena yang sama. Bandarnya lenggang. Sunyi!
Sekonyong-konyong boss besar masuk lalu berkata, "Kuala Lumpur macam dilanggar garuda. Awak perasan tak?"
"Apa tak nya boss. Hati masing-masing sudah tertumpu di Stadium Bukit Jalil. Malaysia menentang Singapura untuk Kelayakan Piala Dunia 2014 di Brazil, malam ini jam 8.45. Singapura vs. Malaysia; Singa berentap Harimau Malaya!!!... " tangan digenggam lalu penubuk itu melekat di bidang dada.
Untuk itu maza juga jiwanya sudah melayang ke pintu stadium sana. Dengan ini maza tinggalkan lirik lagu "Barisan Kita" untuk sama-sama semarakan semangat kebangsaan mahu mematah riukan tengkok Singa. Biar Harimau menampar, mencakar dan mencabut helaian rerambut di tengkok singa itu satu persatu! huhuhu...
Semangat bukan di pejabat ini lagi, ia sudah melangkaui jauh di perbatasan sana.
Semangat bukan di pejabat ini lagi, ia sudah melangkaui jauh di perbatasan sana.
Aturkan Langkah, Menuju Medan Juang
Kita Mahukan Kemenangan,
Kita Sanggah Musuh Durjana!
Barisan Kita
Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi
Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju Medan Bakti
Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya!
Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti...
Mereka menyeru semangat anda!
Mereka menagih pengorbanan !!!!
Ayuh teguhkan langkah!
Kita bangkit menentang!!!!
Lagi lagu Sorakan Boleh!
psst: Malam ini maza sudah bersedia dengan kain pelikat dan teh tarik satu .... Sekali tiket sudah habis daaa... huhuhu....