Di muka pintu kedai gunting di kampung nan satu itu masuklah tiga orang beranak. Seorang emak dan dua kanak-kanak yang masih bersekolah….
“Ha Rahim, kasik guting budak dua orang ni. Macam biasa. REKRUT!” kata si emak seraya menolak pintu masuk.
Di dalam ruang kedai gunting itu tidak ada pun penyaman udara. Cuma yang ada kipas angin yang tidak berapa ligat berpusing. Lagi pun kalau beputar ligat, ada harapan semua yang ada di dalam kedai itu bergelumang dengan rambut yang sudah dipotong.
Maka terkebil-kebillah mata dua orang anak itu. Mereka sudah tidak hairan. Dulu-dulu mungkin meleleh juga airmata mereka tanda memberontak. Sekarang sudah bisa tegal biasa. Lagipun di sekolah mereka telah dikenali dengan "rambut 1 inci".
“Hai kak, budak-budak ni dari sekolah rendah sampai nak habis sekolah menengah. Takkan pesen yang sama aje? Bagi ler chance dia orang ni berambut lebat sikit. Dah remaja dah ni. Biarlah dia bergaya sikit ... hehehe” kata Pak Rahim sambil tersenyum menyakat.
“Bukan apa Rahim. Senang sikit aku yang janda ni. Tak payah tiap-tiap bulan nak guntingkan rambut budak-budak ni ha. ”
“Hmm … jawabnya lama lagilah saya nak kaya,” jawab Pak Rahim sambil menelan senyuman manisnya tadi yang bertukar kelat.
Tanpa banyak betah, langsung Pak Rahim mengambil ketam rambut lalu ditebasnya rambut yang tak berapa nak lebat itu. Mata kedua anak tadi sekadar terkebil-kebil melihatkan untuk sekian ratusan kalinya rambut mereka dicantas ganas sedemikian rupa.
Lagi pun mereka berdua sudah selesa dengan rambut terpacak menampakan kulit kepala itu. Kepala menjadi sejuk dan tak rimas. Bila mandi atau terkena air hujan langsung airnya menyentuh kulit kepala. Segar!
Kalau pergi sekolah, tak perlu risau mahu meminyaki rambut atau menyikat ikut gaya fesyen terkini. Sarung baju seragam sekolah terus melangkah pergi. Bermakna dapat lagi menjimatkan duit keluarga; tak payah beli minyak rambut!
Sepekara lagi, mereka telah membantu guru displin. Tak perlu guru HEM/P (Hal Ehwal Murid/Pelajar) terpekik terlolong pagi-pagi buta Isnin atau tergocoh-gacah menggunting rambut mereka secara 'percuma'. Lagipun dapatlah mengurangkan rasa permusuhan dengan pengawas-pengawas yang kaki ngendeng guru itu. Huh!
Kalau pergi berjalan-jalan atau merayau di pekan mudah yang amat untuk bersiap. Masa pun dapat dijimatkan.
Dan itulah kisah zaman kanak-kanak maza ... ahaks ... hehehehe.
Photog: handphone cap ayam dua ekoq satu kali sudah...