Cuti Tahun Baharu Cina maza tinggal di Kuala Lumpur sahaja. Tidak ke mana-mana, tidak pula pulang ke kampung halaman. Sebaliknya emak datang melawat kami. Berjalan-jalan makan angin katanya.
Petang itu, maza mengajar Aqlan Sholehin (4 tahun) membuat origami dengan berbagai bentuk antaranya kipas tangan, sampan, kodok, bunga dan macam-macam lagi. Dalam masa sama maza menceritakan betapa hebatnya orang-orang Melayu suatu ketika dahulu.
Orang-orang Melayu cukup kreatif, pandai, kuat dan berani. Bangsa Melayulah yang pertama sekali belayar mengelilingi dunia. Nama Panglima Awang atau di tanah Eropah sana beliau dikenali sebagai Sir Hendry The Black, berbangsa Melayu, telah direkodkan dalam ketamadunan barat bahawa beliaulah manusia pertama mengelilingi dunia.
Kemudian Aqlan meminta maza membuatkan untuknya sebuah kapal. Kali ini dia mendesak agar dibuatkan yang boleh timbul dan belayar di atas air. Mahu tidak mahu maza mengukir sebuah kapal untuknya.
Setelah siap, kami pergi ke Sungai Tua, di Ulu Yam. Di sana kami menguji kapal yang maza ukirkan untuk Aqlan.
Sebaik kapal itu mencecah air dan dihanyutkan tiba-tiba maza tersedar bahawa betapa hebatnya bangsa Melayu. Lalu terkenangkan perihal sejarah empayar dan ketamadun Melayu Johor tempat maza bernaung dan dilahirkan.
Ketika kapal itu mula bergerak, maza pun menyanyikan sebuah lagu bertajuk LUASKAN KUASAMU. Aqlan Sholehin turut gembira dan maza yakin dia juga turut bersemangat.
Lirik lagu LUASKAN KUASAMU
Ale Ale . .
Ale Ale . .
Ale Ale . . . yale yale (ulang 3x)
Ayuh Johor
Ayuh Johor
Luaskanlah kuasamu Johor
Kami ada
Kami ada
Setia bersamamu Johor
Ale Ale . .
Ale Ale . .
Ale Ale . . . yale yale (ulang sampai tergeliat)
SEMANGAT MERAH BIRU
Luaskan Kuasa Mu
Oh Johor Ku...
Hancurkan Semua Musuh Mu
Pahlawan Ku...
Setia Bersama Mu Johor,
Merah Biru...
Merah Biru...
Hidup Mati Johor!!!!
Lala... Lalalalala.... Lalala... Lalalala... Lala..
Hidup Mati Johor!!!!
~ mabuk bola, Hehehe - Jangan marah aaaa ~