Yeap semua orang sudah tahu keputusan pertandingan Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di mana Singapura melawan Malaysia iaitu seri 1-1. (pada 28.07.2011)
Di atas keputusan itu juga Malaysia telah tersingkir ke pusingan seterusnya. Setakat ini sahajalah perjalanan Malaysia hingga ke pusingan ke dua. Malaysia atau Harimau Malaya belum pernah pergi sejauh ini di dalam sejarah Piala Dunia. Inilah kali pertama mereka menjejakkan kaki walaupun Piala Dunia sudah seabad lamanya diperkenalkan.
Di atas kekalahan itu juga mengalirlah sudah air mata Harimau Malaya di Tanah Tumpahnya Darahku!
Hinggakan gelap dan mendung menyelubungi Kuala Lumpur, ibukota Malaysia di pagi hari keesokan harinya. (29.07.2011).
Kita tidak tahu sampai bilakah langit Kuala Lumpur akan mendung dan Kuala Lumpur terus dalam kebasahan.
Besar harapan kami agar Harimau Malaya tidak terlalu lama untuk berdukacita. Harimau Malaya perlu bangkit memperkemaskan cakarnya.
Ketua jurulatih Datuk K. Rajagopal masih punya misi untuk memperbaiki lagi kepincangan langkah Harimau Malaya. Kepincangan semalam harus ditebus di arena Asia Cup.
Bagi rakyat Malaysia, jangan cepat melatah dan berputus asa. Mari kita terus-terusan mengibarkan jalur Gemilang mempertahankan Harimau Malaya daripada tersembam dan luka lama berdarah kembali!
... Hari ini merupakan Jumaat terakhir di dalam bulan Syaaban. Ramai juga yang mengalirkan air mata taubat sebelum masuk ke bulan Ramadhan. Sekali lagi Kuala Lumpur kebasahan!
Di kesempatan ini maza mahu mengucapkan Ihya Ramadhan dan selamat berpuasa kepada kawan-kawan.
Sekarang ini maza mahu menyendiri dan betapa di pergunungan. Mahu mencari ketenangan dan merawat luka yang tercalar akibat tamparan manja daripada sang Singa, uhuk!
Sekarang ini maza mahu menyendiri dan betapa di pergunungan. Mahu mencari ketenangan dan merawat luka yang tercalar akibat tamparan manja daripada sang Singa, uhuk!
Mari kita berdoa selepas ini agar kita kembali gagah dan lebih kuat lagi. Ameennnn.....
maza tinggalkan lagu ini untuk renungan bersama! AUUMMMM!!!! (mengaum daaa)
maza tinggalkan lagu ini untuk renungan bersama! AUUMMMM!!!! (mengaum daaa)