‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Selasa, 5 Julai 2011

Cinta Kulapuk dan sahabat handainya...

Cinta kulapuk


Cinta kulapuk punyai dua definisi di sini.
  1. Cinta aku yang lapuk - ini tidak bermakna cinta maza sudah berlapuk; macam masuk angin keluar asap yang itu ya kengkawan. Cinta maza sentiasa segar bugar tak ubah seperti bunga ros baru dipetik dari tanah tinggi Cameron Highland sana...hehehehe
  2. Cinta yang sudah kusam. Cinta yang perlu diberus kasik berseri kembali.
Kalau jenis cinta anda sudah cinta kulapuk, jawabnya anda kenalah rajin-rajin membelai, membaja, mengusap (macam usap kucing parsi), dan mengasah cinta itu. Masih boleh diusahakan dengan melakukan sesuatu sebelum ia berubah menjadi cinta hitam legam lalu berbubar-balik menjadi lurah dendam kesumat.

Barangkali berbulan madu atau pujuk rayu mampu memugarkan ia kembali.

Cinta Berbau Jamban 



Tetapi kalau cinta jamban! Aderkkk ... sudah tentulah harumannya amat menjijikan. Mereka yang punyai penyakit hati suka melontarkan cinta jamban ini. Menipu sana sini, berbohong sini. Mengelat sana, membelit sini. Tak ubah seperti kelakuan geng munafik!

Ada pun contoh cinta berbau jamban ini ialah tersebutlah kisah seorang wanita tempatan yang bersuamikan 7 orang lalu menipu para suaminya dengan melarikan wang jutaan ringgit. 

Dari hukum syariah tentulah ke neraka (kalau tak sempat taubat diterima Tuhan). Dari segi moral, cintanya berbau hancing yang amatlah busuk seperti najis yang terkumpul seminggu di jamban sana!

Jadinya, berhati-hati dengan cinta. Kalau terkena cinta berbau jamban ini, harus periksa hati dan jantung sendiri 24 jam sehari. Takut ia tiba-tiba tak berfungsi kerana terperanjat tak boleh terima kenyataan diri! Dalam kes berat, laporan polis dan rawatan di hospital amat diperlukan. Sila dail talian hayat 999 atau talian Nur 15999 untuk sebarang aduan cinta.

Cinta Sabun Mandi / sabun basuh


Cinta sabun mandi pula bukanlah cinta betul-betul suci. Masih lagi dalam pembersihan dan tercari-cari. Al kisah kononnya mencari cinta suci.

Apa-apa hal pun cinta sabun mandi kebanyakkan masa ia harum, tapi hanya sekejap jua. Namun ia cukup mengindahkan dunia anda. Macam guling-guling di kaki gunung Ledang di panggung Sabtu cerita Hindustan TV2 itu ...  hehehehe

Opps... maza sudah lantun-lantun tentang cinta pula. Semuanya gara-gara melilau jenjalan ke blog Adele (cetusan hati) yang sedang angau bicara cinta. hahahaha....

Opocot, maza juga masih muda belia ya kengkawan - mengikut kamus geng pemuda yang itew, sudah umur 40 tahun pun masih dikira muda belia.. ahaks!... lagi pun apa nak hairan, sudah beranak pinak anak empat pun masih dikira geng puteri.. ihik.. Malaysia penuh ajaib, kan, kan, kan..  Alamak, ke lautan nan dalam sudah.. hahahaha..

blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails