‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Khamis, 2 Disember 2010

Atok dan penyepit Cina

Atok seorang pejuang handalan tatkala zaman penjajahan dahulu. Ketokohan nasionalisme, patriotik dan pembela agamanya begitu menyerlah tatkala negara dilanda darurat akibat penganas komunis.

Pernah maza dengar yang atok juga anak murid Kiai Salleh di Batu Pahat itu.

Semangat juangnya tidak pernah padam malah sentiasa berkobar-kobar walaupun usianya sudah menginjak 90 tahun. Akibat terlalu bersemangat itulah hingga terbawa-bawa setelah negara aman.

Atok sentiasa bersikap berwaspada terutama perihal Bangsa Cina. Kata atok, Cina itu komunis. Komunis anti Islam. Komunis tidak beragama. Atok benci komunis. Atok pernah tetak ramai komunis.

Jadinya, setiap orang Cina memasuki kampung, setiap kali itulah atok akan merenung dan mengintipnya dengan teliti. Salah hemat Cina yang berniaga sayur itupun dihamunkannya.

"Berambus kau dari sini. Berambus! Atau kau nak aku *tut* dengan parang ini?" sergah atok satu hari kepada peraih Cina yang tersalah pakir motornya di halaman rumah.

Tetapi sekarang atok dah meninggalkan kami. Hampir dua puluh tahun lalu dia kembali kepada penciptanya.

Lagipun kita sudah lama merdeka. Semenjak dari bangku sekolah lagi kita diajar untuk hidup bermaufakat. Hidup dalam harmoni, saling bantu-membantu tanpa mengira bangsa. Kita bangsa Malaysia.

Dari nilai permaufakatan itulah maza sekarang ini tidaklah "sesemangat" macam atok itu. Semangat maza terarah kepada semangat muhibah, semangat dakwah Islamiah ... ini tidak bermakna atok tidak Islamik ya kengkawan. Latar hidup atok dan maza sudah berbeza. Jadi harus pedekatan kita juga berbeza tapi dari segi prinsipnya tetap sama. Akidahnya sama, syariatnya juga sama.


Hendak dijadikan cerita, jika atok tahu yang maza makan di kedai makan Cina (yang halal ya kengkawan) sudah tentulah maza akan menerima habuan percuma dengan kepala disekeh atau ditunjal. Paling tidak pun kena piat di telinga. aderkk ... huhuhu

Pernah ketika kami menonton tv yang memaparkan adegan keluarga Cina sedang menggunakan penyepit untuk makan, lalu atok memberikan khutubah yang panjang lebar. Atok melarang kami meniru perlakuan tersebut. Katanya makan guna sepit nanti boleh tersepit lidah dan sesudah itu kami akan mati kelaparan kerananya.

Sepekara lagi atok cakap guna penyepit seolah-olah tidak menghargai tangan yang sempurna.

Pada satu hari kami adik-beradik bermain pondok-pondok. Kami gunakan ranting kayu sebagai penyepit makanan olok-olok kami. Tiba-tiba atok sergah dari belakang.

"Ko nak jadi Cina ke?! Pengotor! ... bla ... bla ... bla," herdik atok.


Baru-baru ini maza suka sangat menjamu selera makanan ala-ala Cina. Kali ini maza menikmati hidangan mee kantonise dengan semangkuk chicken compo! Air pula air teh madu limau. Asyikkk... hehehe

Maafkan maza atok kerana tidak berapa nak patuh dengan patang larang atok itu. Maza sekadar ingin merasai pengalaman dan rasa keenakan makanan dari kaca mata bangsa lain melalui budaya mereka. Namun perihal akidah, syariat dan agama tidak sama sekali kami kompromi ....

Lokasi: Restoran de5, Seksyen 5, Kota Damansara.
Salam malam Jumaat kengkawan...
blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails