‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Isnin, 13 Disember 2010

Sungai Congkak


Disember 7, 2010 - Sungai Congkak, Ulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Di situlah tempat maza dan keluarga telah berkhemah.

Seekor ayam dan ikan siakap siap dirempah ratuskan dan dibakar di sisi khemah. Nasi goreng sudah terhidang di dalam bekasnya. Salad digaulkan dengan 'thousand island' dan 'mayonis' di dalam mangkuk. Sos cili dan sambal kicap pencecah ikan siakap terletak di tengah-tengah hidangan.


Bau dari ayam di bara pembakar BBQ itu menusuk hidung membuatkan perut semakin gelodak. Sambil melirik tajam ke aras pembakar berkuasa arang ditabiri oleh asap; air liur meleleh terliur.


Tikar dibentang luas di hadapan khemah dan anak-anak membuas di atasnya. Elok ayam dan ikan siap dibakar, tangan-tangan ditadah memohon doa keberkatan. Habis doa terus tangan-tangan itu terjun dan mencubit membawa lari ayam, ikan dan salad ke pinggan masing-masing.

(Gambar: Salah sebuah jeram yang terdapat di Sungai Congkak)

Usai makan, kami terus ke gigi sungai. Apa lagi sisi berendam diri. Badan dan hati disejukkan sambil-sambil menenangkan jiwa yang meronta sebelum hari bekerja tiba.

(Gambar: Papan tanda gerbang, "Congkak Park & Resort"
dan bukannya "Jangan Pandang Belakang Congkak" ya kengkawan)

(Gambar: Anak-anak sedang mengisai air)

Secara umumnya maza amat berpuas hati berkelah di kawasan ini. Tempatnya bersih, terjaga, kemas dan segar.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama maza ke sini. Maza pernah pergi ke kawasan rekreasi ini pada tahun 1996/97. Tatkala itu masuk adalah percuma.

Harga tiket: Parkir kereta RM3.00, Dewasa RM2.00, Kanak-kanak RM1.00. Jika bermalam di dalam khemah, satu khemah RM10.



Taman rekreasi Sungai Congkak yang maza ceritakan ini adalah di bawah kelolaan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Chalet dan kawasan perkhemahan yang terjaga, kemas dan berpasukan keselamatan ada disediakan.


Maza juga sempat merakamkan wajah-wajah riang pengunjung di situ. Dan sudah pasti gambar-gambar potret ini telah mendapat kebenaran daripada tuan badan.


Sepekara lagi, jangan tanya nama dan alamat mereka. Maza tak ingat, sudah! huhuhhu



Jadi kengkawan, jika mahu tenangkan jiwa dan menyejukkan badan, moh ler kita ke Sungai Congkak, Ulu Langat, Selangor ... hehehe


(Gambar: 'Peace no war' ya kengkawan...hehehe)

blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails