Disember 18, 2010 - sebuah sejarah telah tercipta. Malaysia akhirnya mengesahkan melangkah ke perlawanan akhir pertandingan bola sepak Piala AFF Suzuki setelah berjaya mempertahankan seri 0-0 dengan Vietnam pada perlawan separuh akhir kedua di Hanoi, Vietnam.
Sebelum itu, pada perlawanan separuh akhir pertama di Kuala Lumpur, Malaysia telah menewaskan pasukan Vietnam dengan 2-0.
Tahniah kepada pasukan negara. Ini merupakan kali kedua Malaysia di ambang juara setelah 14 tahun kejohanan diadakan. Kali terakhir pada tahun 2008 Vietnam adalah juaranya dengan menewaskan Thailand.
Kita harap kemaraan akan diteruskan dan kali ini kita menjadi JUARA!
Sekiranya kita juara, ini bermakna kita melengkapkan kecemerlangan di persada antarabangsa yang bermula pada tahun lalu (2009) dengan menjuarai pertandingan bola sepak di Sukan SEA.
Sedang asyik maza dan kawan-kawan meraikan kejayaan ini, tiba-tiba Suib bersuara; "Wah! Selepas ini Malaysia akan bertemu Indonesia di final."
Dari kerusi sebelah Wak Parjo dari tanah Jakarta menyampuk, "Wallah, Indonesia usah takut. Gampang Malaysia, janjinya usaha kita kena tekun. Kalau tidak Indonesia persis kehilangan mahkotanya!"
Kebetulan Suib yang penuh bersemangat itu terdengar kata-kata Wak Parjo lalu menyergah Wak Parjo, "Hoi! Apa ni cakap Malaysia gampang. Kau nak kena lempang ke?"
Wak Parjo terpinga-pinga dengan muka tak bersalahnya.
Mujur ada maza dan beberapa teman yang lain menahan dan menyabarkan Suib yang tengah berkobar-kobar itu. Akhirnya kami dapat menahan daripada berlakunya peristiwa 'ganyang' antara peminat dan penonoton bola sepak di kedai mamak itu.
Dari itu kengkawan, maza inginlah berpesan sedikit. Kita harus mencontohi penonton Vietnam yang setia menanti perlawanan hingga tamat walaupun pasukannya sudah tiada harapan lagi. Namun jangan pula kengkawan meniru perangai mereka di Hanoi yang sukar menerima kekalahan lalu mahu merusuh sana sini termasuklah memecahkan bas dan kenderaan pasukan lawan.
Kamus hari ini:-
Gampang - 1) anak haram (kamus Malaysia);
-2) Mudah atau senang (kamus Indonesia)