‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Sabtu, 18 Disember 2010

Cik Asyura KL ini Kotor...

"Bangsat!!!"

Haruskah maza bertempik begitu? Atau memekik, "Hoi, jangan main bangsat la!"

Semuanya bermula di Kepong. Di sebuah persimpangan lampu merah bertingkat di Kepong-Selayang. Di hadapan Pajero buruk kepunyaan syarikat terdapat sebuah kereta MyVi bertepekkan pelekat "P" berwarna merah di hadapan dan belakang cermin keretanya. Pemandunya seorang berbangsa Cina.

(Gambar: Kami pencinta alam)

Dalam keadaan yang sedikit sesak dan lampu hijau sudah bertukar merah. Kereta pula berderet-deret berhenti. Di tengahari yang suram-suram dan mendung itu, pemandu MyVi tadi membuka tingkap keretanya. Kemudian berdezuppppp keluar dari tingkap itu sejemput sampah!

Bundar biji mata maza. Tidak puas hati dengan peristiwa yang menyakitkan mata itu, maza pun membunyikan hon.

Pemandu kereta MyVi memandang cermin sisi dan belakangnya. Sambil mengangkat bahu bersahaja dan menjuihkan bibir dia kembali memegang steering. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Tiada kesalahan!?

(Gambar: Err... kami juga pencinta wanita. Ahaks!)

Tidak sampai beberapa detik, sekali lagi berdezupppp keluar sampah dari tingkapnya juga. Kali ini sedikit kecil dari sampah tadi; tisu.

Sesuka hati mak bapak dia sahaja membuang sampah di atas jalan raya di atas pembahagi jalan di barisan kanan sekali.

Maza mahu menekan hon lama-lama. Tiba-tiba boss berkata, "Dah jalan. Lampu dah hijau tu. Cepat, cepat..."

Dalam hati maza masih menggerutu. Geram melihatkan kelakuan pemandu MyVi tadi. Jika dalam keretanya tahu pula dia menjaga kebersihan. Tetapi tidak reti pula menjaga kebersihan alam sekitar!

Dia fikir dengan membuang sampah demikian tidak mengganggu orang lain atau akan ada kuli hendak mengutipnya!

Come on
... bertimbanglah rasa sikit. Kalau pun ada orang membersihkan jalan itu, apa salahnya kita memberi kerjasama. Kalau bersih bandaraya ini untuk kita semua juga. Yang untung kita!

Alam akan bersih. Kos penyelenggaran akan dapat dijimatkan. Dan tidak adalah kerajaan mahu jadikannya alasan untuk tingkatkan cukai taksiran; atau cukai pintu!


(Gambar: Isyarat dua jari,
boleh ditafsirkan dengan pelbagai makna)


Setelah melewati lampu isyarat itu, boss berkata, "Inikan kawasan Cina Jinjang. Biasalah tu. Karang kita buat bising-bising karang, tak pasal-pasal dia belasah kita pula."

maza sekadar menelan liur pahit sahaja.

"KL ini kotor. Kotor dengan palitan noda," Cik Asyura yang duduk di sebelah bos berfalsafah.

"Huh! Takkan nak tunggu Tuhan bersihkan kot?" jeling maza kepada mereka yang duduk di belakang itu.



Pictures stats.
Location: Sungai Congkak, Ulu Langat, Selangor
Wardrobe: Nature
Iso: 200
Tv: 1/400
AV: 1.8
Focal Length: 50mm
blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails