‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Rabu, 22 Disember 2010

Teknologi HDD & 3D? Malaysia sudah lama ada 4D...

(Potret sebuah senyuman)

Teknologi komunikasi dan dunia hiburan telah jauh berkembang. Industri penggambaran barat mulai terarah mahu mengeluarkan filem menggunakan teknologi 3D.

Baru-baru ini kita dihidangkan sebuah lagi cerita yang menggunakan teknologi 3D sepenuhnya bertajuk Tron. Maka berdondon-dondonlah rakyat Malaysia memenuhi panggung mahu mengalami pengalaman tersebut.

Selain Tron, filem 3D yang pernah dibawa ke sini ialah Avatar, Ice Age, Herry Potter, Narnia dan banyak lagi.

Pengaruh 3D akhirnya dialirkan kepada perubahan teknologi televisyen. Hari ini selain kita punyai televisyen Plasma, LCD, HDD dan terkini teknologi 3D.

*****

Di sebuah rumah teres di Cheras dua orang anak-beranak sedang berehat di ruang tamu. Izati (12 tahun) bersama ayahnya. Mereka sedang menonton TV. Iklan tentang TV 3D dengan paparan filem Tron sedang dipancarkan di kaca TV LCD di hadapan mereka.

Izati: Wah... dunia sekarang makin majukan ayah? TV pun dah ada 3D.

Ayah: Tu semua pengaruh barat aje. Nak melalaikan kita.

Izati: Tapi, hebatkan dia orang. Dia orang dah cipta teknolgi 3D, kita belum ada lagi wayang yang macam ni. Hebatkan dia orang?

Ayah: Elleh! Orang kita lagi hebat. Dia orang baru cipta 3D. Di Malaysia, orang kita dah lama cipta 4D. Dah berpuluh-puluh tahun. Dari selepas merdeka hinggalah sekarang. Atuk kau dulu pun pengikut setia teknologi 4D Malaysia, tau!

Izati: Eh! Betul ke ayah? Macam tak percaya aje. (Izati dalam kebingungan)

Ayah: Cuba tengok ni. (Sambil menghulurkan sehelai muka surat khabar The Star) Inilah dinamakan 4D. Bukan saja ada 4D; 5D dan 6D pun ada. Tiap-tiap hari Isnin dan Khamis, ramai orang kita akan berlonggok kat kopitiam. Tak sabar-sabar menantikan keputusan Sport TOTO 4D ini sambil melaungkan suara kecil, besar, kecil besar, kena tak kena atau terkena!

Izati: (Sambil merenung surat khabar itu) Ceh! Tu nombor ekor!...

(Gambar: keputusan 4D Sport Toto.
Judi tikam nombor ekor)




Ayah: (menyerigai riang sambil bangkit meninggalkan Izati hendak ke dapur) Kan hebat orang kita tu... hahahaha*ketawa jahat.


maza: ini bukan iklan pasal nombor ekor atau mempengaruhi anda untuk terlibat dengan Nangkung, ya kengkawan... hehehe

terima kasih daun keladi kepada pengikut baru maza iaitu En. tHeEvIlRyUsz dan Insan Perindu... senang-senang datanglah lagi ya.. hehehe


blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails