Aqlan Sholehin (4 tahun) |
Ada masanya orang alim dan para ahli ibadah juga
didatangkan musibah. Pada hal, dari padangan zahirnya mereka tidak melakukan
apa-apa dosa besar pun.
Sebagai contoh peristiwa Nabi Ibrahim a.s
dicampakkan ke dalam api yang marak. Kisah Nabi Zakaria mati dibunuh di dalam batang
pokok. Nabi Yusuf difitnah. Nabi Musa dengan kezaliman firaun. Sirah Nabi
Muhammad SAW di Taif dibaling batu sehingga berdarah tumit dan kakinya. Walhal
para nabi dan rasul terpelihara daripada segala dosa, seorang yang maksum.
Jadinya, sudah tentu musibah yang dikenakan itu bukannya berbentuk kifarah
untuk menghapuskan dosa! Maka musibah ini bukanlah merupakan bala untuk kifarah, tetapi dikenali sebagai ujian untuk meningkatkan darjat iaitu dipanggil sebagai istidraj.
TIDAK SEMESTINYA MUSIBAH ITU ADALAH KIFARAH
Sebenarnya, Allah SWT mahu menunjukkan kekuasaan.
Kuasa-Nya tiada batasan. Tiada pula had dan tidak bergantung pada asbab.
Barangsiapa yang Dia kehendaki diturunkan masalah padanya, maka Allah SWT akan
datangkan juga. Cukup dengan Allah SWT berfirman, "Kun Fayakun'.
Sungguhpun demikian, janganlah lupakan janji
Allah SWT. Sesungguhnya, Allah SWT ada menyatakan bahawa ujian yang didatangkan
itu untuk meningkatkan darjat, menguji kesabaran dan mengukur ketakwaan
hamba-hamba-Nya.
". . . Maka dengan ujian itu, nyatalah apa yang
diketahui Allah terhadap orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyatalah pula
apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta.” (Al-Ankabut: 2-3)
Jadi, musibah yang datang itu boleh jadi kifarah
dan boleh juga berupa ujian ketakwaan.
"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati.
Kami akan menguji kamu dengan 'keburukan' dan 'kebaikan' (kesenangan) sebagai
cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami." (An-Anbiya: 35)
Walau apa sekalipun Allah SWT tetap Maha Pengasih
dan Penyayang. Tiada salah duduk beristigfar dan bertaubat nasuhah tatkala
menghadapi musibah, malah itulah sebaik-baiknya. Allah SWT amat mengasihi dan
menyayangi pada mereka yang sentiasa “pulang kepada-Nya” (menyerah diri) dan
bertaubat. Tambahan pula, syarat orang bersabar itu ialah bertaubat dan
beristiqamah dalam membuat kebajikan.
Cuma tanggapan terhadap musibah itu perlu
diperbetulkan. Sebagai Muslimin sejati, kita perlu tahu, ada alamat yang perlu
difahami, ada imbuhan disebalik setiap perjalanan peristiwa dan kejadian.
Bersyukurlah, setidak-tidaknya ada kesempatan dan
peringatan.
~ husnul zhan~