Sept. 14, 2014 - demi kesedaran dan sempena Hari Kemerdekaan, kami anak beranak menyelusuri sejarah bangsa.
Pekan koboi bernama Bukit Kepong kami jejaki untuk merenung zaman darurat Komunis sebelum negara merdeka. Bukit Kepong terletak di tebing Sungai Muar dan dikelilingi bukit bukau. Majoriti penduduk di situ berbangsa Cina. Pekan ini memanjang sejauh 500 meter sepanjang jalan Labis-Muar. Taman perumahan pula di belakang pekan tersebut dan terletak di lereng-lereng bukit.
Batu tanda Bukit Kepong |
Pekan Bukit Kepong sepanjang lebih kurang 500 meter atau 1 kilometer di tepi Jalan Labis-Muar. Pekan kecil ini mengadap Sungai Muar dan Balai Polis bersejarah itu |
Bukit Kepong tempat bersejarah. Darah para pejuang mengalir dengan menyaksikan balai Polis (British) diserang pasukan Komunis. Peristiwa tersebut berlaku pada 23 Februari 1950 yang telah mengorbankan seramai 27 orang Polis dan ahli keluarga.
Peristiwa bersejarah ini mengisahkan kekentalan perjuangan dan pertahanan. Pihak Polis sanggup berjuang sehingga ke titisan darah terakhir daripada serangan angkatan bersenjata Parti Komunis Malaya. Serangan tersebut di ketuai oleh Mat Indera, manakala Ketua Balai Polis pula ialah Sarjan Jamil Md Shah.
Jeti Polis Merin, Bukit Kepong yang menjadi jalan perhubungan utama ketika peristiwa Bukit Kepong diserang 1950 |
Antara aset Polis yang dipamerkan |
Anggota Polis Yang Terselamat
- Mata-Mata 10533 Othman bin Yusoff (meninggal);
- Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar bin Daud (meninggal);
- Mata-Mata Tambahan 3472 Ahmad bin Khalid (meninggal);
- Mata-Mata 7645 Yusoff Rono (78 tahun pada tahun 2000, meninggal dunia pada tahun 2005)
Ahli keluarga anggota
- Mariam binti Ibrahim - isteri Mata-Mata 7493 Muhamad bin Jaafar
- Zainun binti Muhamad - anak Mata-Mata 7493 Muhamad bin Jaafar
- Abu Samah bin Muhammad - anak Mata-Mata 7493 Muhamad bin Jaafar
- Zaleha binti Muhamad- anak Mata-Mata 7493 Muhamad bin Jaafar
- Jamilah binti Abu Bakar - anak perempuan Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar bin Daud
- Hussain bin Abu Bakar- anak lelaki Mata-Mata 37 Abu Bakar bin Daud
- Fatimah binti Abdul Manan @ Timah Lawa - isteri Mata-Mata Hassan Osman
- Pon binti Khalid - isteri Mata-Mata Marin 68 Awang bin Ali
- Fatimah binti Tuani - isteri Mata-Mata 3933 Hamzah bin Ahmad
- Edmund Ross Williams Hunt - orang asli bertugas sebagai pemandu arah
- Sarjan 2493 Jamil bin Mohd Shah (Ketua Balai Bukit Kepong)
- Koperal 7068 Mohd Yassin bin Haji Wahab (Timbalan Ketua Balai Bukit Kepong)
- Lans Koperal 7186 Jidin bin Omar
- Mata-Mata 9136 Hassan bin Osman
- Mata-Mata 3933 Hamzah bin Ahmad
- Mata-Mata 8600 Jaafar bin Hassan
- Mata-Mata 7493 Muhamad bin Jaafar
- Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali
- Mata-Mata 7862 Abu Kadir Jusoh
- Mata-Mata Marin 60 Ibrahim bin Adam
- Mata-Mata Marin 68 Awang bin Ali
- Mata-Mata Marin 181 Basiron bin Adam
- Mata-Mata Tambahan 3475 Mohd Top bin Lazim
- Mata-Mata Tambahan 3795 Jaafar bin Arshad Polis Bantuan / Auxiliary Police
- Ins. Kudarina Naknok
- AP 2130 Samad bin Yatim
- AP 1912 Mahmud bin Sa'at
- AP 1925 Ali bin Akob
- AP 2127 Othman Yahya
Keluarga Anggota
- Fatimah binti Yaaba - isteri Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar bin Daud
- Hassan bin Abu Bakar - anak Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar bin Daud
- Saadiah - isteri Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali
- Simah binti Abu - anak Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali
- Arafah binti Yusoff - isteri Mata-Mata Marin 60 Ibrahim bin Adam Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis
- AP 2098 Redzuan bin Alias
- Embong bin Lazim
- Mendiang Koh Ah Cheng
Tabik hormat! |
Ketika kami tiba, balai polis dan jeti Polis Marin yang menjadi mercu sejarah itu sedang dinaiktaraf. Mengikut papan kenyataan pembangunan JKR, kerja-kerja tersebut dijangka siap pada November 2014.
"Kami orang, orang polis takkan serah diri! biar kami mati di sini, Bukit Kepong menjadi tanah kubur kami." dialog filem Bukit Kepong (1983) arahan Jins Shamsudin
Maza bercadang hendak melawat pusara Polis yang gugur di medan itu, namun masa tidak mengizinkan. Hari semakin melabuhkan tirainya dan Magrhib bakal berkumandang tidak beberapa minit lagi.
Alang-alang singgah di Bukit Kepong, maza melanjutkan perjalanan dengan singgah di Lenga pula. Dalam pengamatan maza, pekan Lenga lebih kecil berbanding pekan Bukit Kepong tadi.
Sungguhpun pekan Lenga jauh lebih kecil, tetapi kepadatan penduduknya adalah tinggi. Lenga di kelilingi kampung-kampung tradisional Melayu dan taman-taman perumahan yang lebih tersusun dan moden. Penghuni di sini berbilang kaum dengan kaum majoritinya meliputi Melayu dan Cina.
Pekan Lenga terletak di tebing Sungai Muar. Masjid Jamek Pekan Lenga pula di atas bukit, mengadap Sungai Muar dan matahari terbenam. Lembayung merah di seberang sungai sana telah melantunkan sebuah panorama yang indah. Di sekitar masjid tersebut terdapat makam yang menempatkan tanah perkuburan warga asal dan keluarga pemilik tanah masjid yang telah diwakafkan itu. Maza sempat menziarahi salah sebuah makam di situ yang dikatakan kepunyaan seorang wali atau ulama tempatan. Pusara tersebut ialah Kiai Fadhil yang lahir pada 1890 dan meninggal 1950. Beliau berasal dari Tanah Jawa.
Masjid lama ini penuh dengan sejarah dan telah mengalami beberapa pengubahsuaian. Berikutan hari sudah pun gelap, maza tidak dapat menangkap gambar untuk diabdikan di sini.
Maza mahu mengambil kesempatan hendak mengucapkan SELAMAT HARI MERDEKA & SELAMAT HARI MALAYSIA.
"Di sini lahirnya sebuah cinta."
#inimalaysiakita