Maza pernah mengisahkan perihal sebuah keluarga dari kampung maza sana. Keluarga sahabat maza sendiri; Min atau Hishamuddin bin Md Isa di blog ini.
Kisah keluarga tersebut boleh dibaca di sini: Menggagahi Ranjau Di Sepanjang Jalan (klik sini).
Kisah keluarga tersebut boleh dibaca di sini: Menggagahi Ranjau Di Sepanjang Jalan (klik sini).
Hari ini keluarga tersebut diuji lagi. Kalau beberapa tahun lalu mereka telah menjadi yatim piatu dan kehilangan seorang abang (Mutalib bin Md. Isa - meninggal pada usia belasan tahun). Hari ini seorang lagi anggota keluarga itu telah sampai hukum alam. Arwah Adam (a.k.a Mahathir) telah kembali ke pangkuan rahmat Allah SWT pada hari Ahad (23.12. 2012 jam 5.00 petang) tatkala usia masih muda (akhir 20++).
Arwah Adam sememangnya dari dulu sudah mengidap kanser
limfoma. Hari Jumaat sudah dia dikejarkan ke hospital kerana sesak
nafas. Dan perjalanan hidupnya berakhir dua hari kemudiannya.
Bukan kisah itu sahaja yang maza ingin paparkan. Tetapi ada sesuatu kisah yang boleh dijadikan pengajaran sama.
Affendi (gambar kredit kpd Alliffli Erijuffaldi Aldi Fasri) |
Maza lampirkan salah satu tulisan yang diungkapkan adik kepada arwah bernama Affendi. Beliau adalah manusia terakhir yang membelai dan menjagai abangnya. Saksikanlah bahawa dia bersendirian menghadapi dan menyaksikan sakaratul memanggil abangnya itu yang terlantar di dalam ruang ICU di Hospital Aminah, Johor Bahru:-
"Selama satu malam saya menjaga abang di ICU...
Alhamdulilah saya dapat membacakan surah Yaasin dengan sempurna.
Saya merasakan bacaan itu adalah yang terbaik dapat saya lakukan sepanjang hidup saya ini...Walaupun abang tidak sedar tapi saya yakin abang dapat mendengar setiap ayat yang saya baca dan kalimah syahadah yang saya bisikan ke telinga abang...
Abang pergi betul-betul selepas saya selesai membaca surah Yaasin...
Saya dan abang ke-2 (Leman) membantu bilal memandikan dan mengkafankan abang...saya mengiringi jenazah abang untuk pulang ke kampung...
Abang long (Min) yang menjadi imam untuk solat jenazah...
Abang ke-2 yang membantu menggali kubur. Dan kami sama-sama mengiringi jenazah abangg ke kuburan...
Ya, ini adalah pengalaman dan kenangan yang tidak akan dapat saya lupakan...saya juga orang yang berada di sisi abang semasa abang menghembuskn nafas yang terakhir..."
Arwah Adam telah di makamkan di kuburan berhampiran kuburnya Ayah, Ibu, Abang, datuk dan nenek beliau. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah dan keluarga.
Arwah Adam telah di makamkan di kuburan berhampiran kuburnya Ayah, Ibu, Abang, datuk dan nenek beliau. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah dan keluarga.
MORAL
1) Hormat maza terhadap keluarga ini semakin tinggi. Terutama kepada arwah Manisih yang pernah berpesan kepada maza supaya tengok-tengokan Min dan adik-beradiknya. Sememangnya wasiat makcik Manisih itu memang benar. Banyak pengajaran yang boleh maza garap daripada mereka dan bukan lagi bahkan tidak layak untuk maza menasihati Min dan adik-adiknya. Mereka lagi hebat daripada maza yang kerdil!
2) Maza kira makcik Manisih dan Pak Ngah Rahmat (bapak saudara Min) telah berjaya membentuk keluarga tersebut sebagai sebuah keluarga bahagia di dunia dan akhirat. Keluarga yang harus dicontohi.
3) Sekiranya maza ditempat Min, belum tentu lagi maza mampu untuk berdiri dan melakukan solat jenazah untuk orang tersayang. Sejujurnya maza tidak hafal selawat, doa dan mempraktikan solat jenazah... walaupun maza pernah berkursus untuk itu.
4) Fendi; sesungguhnya walaupun Fendi membesar tanpa ayah dan ibu, tetapi telah membuktikan bahawa dia mampu menjadi anak yang soleh!.. Mampu membacakan Yassin kepada abangnya yang nazak bahkan berkesempatan berbakti dengan mengajarkan syahadah kepada abangnya.
"Ya Allah! Apalah nasib aku di kemudian hari?... sesungguhnya aku amat menginsafi dengan peristiwa ini sementalah ia berlaku dalam kalangan sahabat baik aku sendiri.... Aku takut, aku takut Ya Allah.. takut tidak lulus bahkan gagal menjalankan tanggungjawabku; gagal menjadi hamba mu yang soleh, gagal membentuk anak-anak soleh, keluarga yang soleh!
Aku juga takut dan khuatir akan azab-Mu ya Allah! Sesungguhnya azab-Mu amatlah pedih...
Sesungguhnya aku bermohon perlindungan dari-Mu... Keampunan-Mu, dan Kasih Sayang-Mu Ya Allah! Jangan biarkan aku hidup bergelendangan di dalam kembara hidup ini. Ya Allah! Janganlah Kau berbolak-balikan hatiku setelah Kau berikan petunjuk kepada ku. Hidupkanlah aku dalam iman; dan matikan aku juga dengan iman terhadap-Mu, Tetapkanlah hatiku dengan perkataan tetap iaitu kalimah "La'illaha'ilallah Muhamadurasulullah!"