Kebetulan sebuah tongkang sedang melalui papan tanda besar kedabak di seberang sungai sana. |
9 Disember 2012 (Ahad) - maza sudah terjah di tepian sungai Kuantan yang entah kali ke berapa. Rasanya belum pun sampai patplohpat kali...
Kali ini bertemankan biras menyusuri sungai Kuantan yang terletak di tengah-tengah bandar itu. Jam sudah pun lewat 10.00 malam. Kami membawa hati yang sedikit lara akibat Malaysia seri menentang Thailand dalam pertandingan bola sepak piala Suzuki AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Dan ini bermakna Malaysia dalam kondisi merbahaya dengan agregat 1:2 yang menyebelahi Thailand. Pertandingan separuh akhir kedua akan berlangsung di Bangkok, Thailand. Harap-harap Harimau Malaya bisa akan lebih sukses selepas ini. Bangkit dan meratah si gajah putih itu. hehehe
Sambil membawa diri, maza sempat merakamkan panorama alam di tepian sungai Kuantan yang dihiasi indah dengan lampu limpah. Setelah larut malam seputar dinihari, barulah kami pulang ke rumah. Sambil-sambil berjalan dan tertatih itu, kami sempat menyedut air teh panas.. ahaks.. sejuk seh! Angin bayu bertiup lembut gitew.
Kepada kengkawan yang tidak pernah sampai atau belum sampai di Kuantan, inilah sedikit bingkisan untuk sama-sama kita mengambil manfaatnya.
Psst: maza budak baru belajar jua. Ahaks.. hehehe
Di hujung sana terdapat pasar malam minggu. Sedang rancak dengan pelbagai aktiviti termasuklah pertandingan teka teki |
Sungai Kuantan, pemadangan dari jeti pelancongan |
Ada air pancut di dalam sungai itu dihiasi dengan pelbagai warna lampu suluhan |
Nukilan lantun-lantun oleh:-