‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Selasa, 4 Disember 2012

Di Atas Ranjang Itu

"Shauki, esok aku ada projek foto potret. Awek cun punya. Hotel aku dah tempah. Kau nak join tak?" pelawa K-ros.

Shauki memang peminat tegar dunia fotografi. Tetapi bukan semua bidang fotografi menjadi tumpuan utamanya. Hanya satu bidang ini sahaja kecintaannya amat mendalam.

Pantang dengar fotografi potret segera dia melopongkan mulutnya tanda ghairah untuk merakamkan gambar wajah cantik gadis-gadis. Dia dulu akan ke hadapan dan membuat persediaan segera. Malah dia sanggup mengeluarkan modal permulaan sendiri untuk menyewa hotel dan tempat penginapan yang sesuai. Apatah lagi model-model yang ditampilkan itu jelitawan belaka, hatinya akan melompat kegeriangan. Itulah kepuasan maksima baginya.

"Ok, aku join." jawab Shauki sambil mengetap bibir kegembiraan.

Kebelakangan ini hobi Shauki itu semakin menjadi-jadi. Bermula dari suka-suka kini dia mempunyai studio sendiri. Dia juga menjalankan perniagaan fotogarfi untuk agensi-agensi permodelan. Memang ramai syarikat korporat memuji hasil kerjanya. Terutama agensi pakaian dan fesyen wanita.

Fiza

Shauki bersemangat pada hari itu. Belum pun jurugambar jemputan lain yang juga rakan-rakannya sampai, dia sudah dahulu menyediakan segala kelengkapan. Shauki telah pun menyiapkan lampu sorot, tripod dan flash. Di fikirannya sudah tersedia 'skrip' dan bayangan lakonan yang bakal dirakamkan. Dia mengetap bibir sendirian sambil melontarkan senyuman.

"Eh! Mana modelnya? Suruhlah dia cepat bersiap. Aku dah tak sabar ni. Takut idea karang hilang." Shauki menggesa K-ros. 

Di dalam bilik sempit dan suram itu sudah pun ada lima orang jurufoto yang lain. Beberapa lampu sorot menghala dan menerangi katil yang tersedia di bilik hotel itu. Masing-masing sudah lengkap dan bersiap siaga hendak merakamkan bakal aksi-aksi erotik model tersebut. 

"Sabarlah. Kontrol sikit beb . . . " Rosli bersuara cuba menenangkan keghairahan Shauki.

Model yang dinantikan itu akhirnya sampai. Siap bermekap dan tubuhnya dibaluti pijamas. Sebaik muncul di depan pintu, K-ros menyuruhnya menanggalkan pijamas tersebut.

 "Ok! Ini dia, aku perkenal Milah" kata K-ros.

Fiza

Milah menurut kata K-ros lalu melepaskan pijamas dengan selamba. Sekarang yang tinggal ditubuhnya hanyalah coli dan seluar dalam. Milah mula melangkah ke hadapan ke tempat curahan sinaran lampu di sana. Milah mahu mengambil tempat di atas katil yang disediakan untuk memulakan sessi merakamkan aksi wajahnya.

Di balik kesuraman bilik itu Shauki terperanjat besar sebaik terpandangkan muka Milah. Wajah Shauki terus berubah. Wajahnya bertukar merah. Habis semua yang ada di dalam bilik itu Shauki kena maki! Dia marah sungguh!

Hannah & Zaki

Mereka yang ada di sekeliling semuanya tercengang-cengang. Masing-masing tidak faham. Masing-masing menggaru-garukan kepala sambil menggelengkannya. Mereka tidak pernah melihat kelakuan Shauki seperti itu terutama dalam keadaan sebegini. Selalunya Shaukilah yang terlalu gembira dan banyak memberikan tunjuk ajar. Shauki jugalah yang paling aktif melontarkan buah fikiran dalam bab ini.

Mereka merasakan sungguh aneh!
Shauki merentap dan mengemas semua peralatan beliau. Dia merenggus sambil memarahi mereka yang ada. Perasaan marah dan bencinya membuak-buak. Termasuklah terhadap si Milah. Mujur juga K-ros sempat menahan tangan Shauki. Kalau tidak sudah tentu Milah kena penangan Shauki.


"Apa nak marah-marah ni bro. Relaks lah... Macam lah lu tak biasa" kata K-ros cuba menenangkan keadaan. K-ros tidak mengerti dengan tindakan Shauki. Model yang dibawanya itu pun model yang semakin meningkat naik. Apa silapnya? Kenapa Shauki meradang?

Selepas Shauki gagal melepaskan kemarahannya dan rasa malu itu, sekejap itu juga Shauki meninggalkan lokasi penggambaran itu dengan hati tebal berbuku-buku.

Milah sendiri pun tidak faham melihatkan kelakuan abangnya itu tadi. Ya, Shauki ialah abang kandung Milah sendiri.

Memang cita-cita Milah dari dulu hendak menjadi model. Milah dianugerahkan wajah yang cantik. Tubuhnya memang pejap. Hasil galakan rakan-rakan terutama dari Facebook, serta melihatkan hasil kerja seni Shauki di rumah, cintanya kepada dunia modelling semakin mendalam. Hari ini cita-cita Milah hampir tercapai. Sudah sebulan dia menjadi model sambilan. Cuma dia tidak faham kenapa abang Shauki marah-marah apabila melihat Milah muncul dengan sebegitu rupa untuk sessi fotografi kali ini. Sepatutnya Shauki berbangga kerana adiknya akan mencapai puncak populariti.

Malah Milah sendiri bangga jika abangnya itu dapat sama-sama memotretkan wajah Milah sendiri. Dalam dunia peragaan ini Milah memang perlukan orang yang arif dan sangat berpengalaman seperti abangnya itu untuk memberikan sentuhan gemilang ke atas kerja-kerja seni Milah!

Fiza

Sessi fotografi itu tetap diteruskan tanpa kehadiran Shauki. Lima orang jurufoto pelbagai latar belakang tanpa rasa bersalah telah mengganas dengan 'meratah' dan meneroka setiap pelusuk tubuh Milah dengan lensa masing-masing. Lepas satu, satu gambar aksi eksotik itu diambil.

Milah bangga! Milah suka! Milah yakin dia menjadi tumpuan masyarakat. Dia akan berjaya dalam dunia peragawati ini. Apatah lagi tidak putus-putus kata pujian tidak terlepas dari setiap inci bibir mereka yang berada di dalam bilik itu.

Ah! Lagi pun bayaran lumayan Milah sudah terima dari awal. Milah dengan gahnya menayangkan segala sepelusuk aset seksi kebanggannya di hadapan jurufoto bukan mahram itu untuk merakammnya.

Di akhir sessi itu mereka semua cukup puas. Jurufoto puas, Milah pun puas. Cuma sebaliknya yang berlaku dengan Shauki, hatinya cukup marah. Malu, geram, benci semuanya memuncak-muncak di dalam dadanya. 

MORAL


Ya, memang ada jurufoto di luar sana amat suka merakamkan aksi-aksi seksi dan ghairah. Ada antara mereka yang suka merakam dan mempertontonkan hasil fotogafi 'lingerie' kepada khalayak ramai. Termasuklah gambar-gambar curi yang mengaibkan dan meruntuhkan moral.

Model itu pula amat teruja dan suka sekali apabila gambar-gambar ghairah mereka dipuji-puji. Mereka semakin bersemangat untuk mendedahkan lagi tubuhnya dengan posture seksi!

Cuba bayangkan, jika model yang kita rakamkan itu adalah adik atau kakak atau ibu kita sendiri, kemudian kita paparkan dikhalayak ramai untuk tontonan. Tentulah kita berasa marah dan malu yang amat sekali. 

Jadi, setiap individu perlu menjaga tingkah laku. Wahai jurufoto, jangan biarkan wanita-wanita di bawah pimpinan kita terpedaya. Apatah lagi terpedaya dengan tindakan murahan seperti pujian tentang kecantikan lalu hanyut. 
 
1) Nukilan ini sebagai ingatan kepada maza dan teman-teman dalam mengenderani dunia penggambaran.

2) Semua gambar di dalam post ini sekadar hiasan sahaja. Tiada kena mengena dengan jalan cerita.

 
blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails