Malaysia vs Thailand...
0-2
Pengadil Lee Minhu dari Korea Selatan. Insiden beliau memberikan kad merah kepada Fadhli Sash ada peminat bola mengatakan hendak memicit dan menarik belalai gajahnya! hmm? |
Harimau Malaya cuma tinggal belang sahaja... bahagian harimau yang lain remuk kena pijak oleh Gajah Putih! Belalai gajah putih panjang sangat dengan dibantu oleh Pengadil Korea Selatan iaitu Lee Minhu (seorang cikgu bahasa Inggeris, suka berjogging dan melancong - sumber google) yang tak berapa nak adil, serta padang bola macam bendang sawah baru lepas dituai!
Jadi kesimpulannya, Harimau Malaya kena buka kembali kitab Cakar Rimau semula...
Pada keseluruhannya, maza berpuas hati dengan corak permainan Malaysia.. terima kasih kepada pemain-pemain Malaysia yang bermain bersungguh-sungguh dan berdisplin! FAIR PLAY!... (cuma pengadil aje tak fair)...
___________________________________________________________________________________
Perlawanan hebat separuh akhir Piala AFF Suzuki pusingan kedua auranya dirasakan cukup hebat sekali. Bisa menggegarkan seantero bumi nusantara. Bergoncangan bumi dua negara yang berjiran.
Teluk Siam dan Selat Melaka kembali bergolak. Ombak dan pantainya saling hentam menghentam. Bahtera juga terhuyung-hayang dilanda badai akibat pertemburan itu.
Segala naga di Teluk Siam dan todak di Selat Melaka sudah bersedia. Arena pertemuan dua selat itu di lautan Andaman akan menjadi sidang pertarungan. Dua binatang akuatik tersebut akan dipertaruh dan diperkudakan; saling menyerang dan menangkis!
Siapa akan tumbang?!
Gawang perlu dipelihara dengan sebaik-baiknya. Ia bukan lagi ujian. Ia adalah tempuran! Bertempur habis-habisan. Bolos bermakna maruah melayang. Bolos juga bermakna kematian; tidak bernyawa untuk ke perlawanan akhir!
Medan di Bangkok menjadi perujian. Siapa hebat, siapa yang kena rembat!
Jam 8.00 malam bermulalah episod itu. Antara Harimau Malaya dan Gajah Putih di malam Jumaat ini (13 Disember 2012).
Malaysia dengan cakar harimaunya; mampukah menyepit dan mencengkam kemas belalai gajah putih?! Sekali lagi silat dan tomoi diperuji di perbatasan juang!
Ngauman Harimau Malaya pastinya berkumandang! Bisa kuku harimau pasti mencengkam di belakang, belikat dan dada sang gajah! Biarkan sang gajah melolong-lolong mengeluarkan bunyi trompetnya. Biarkan belalai sang gajah putih ditarik-tarik, digigit-gigit, dikemam-kemam. Biar belalainya mengalir hingus malam ini! Hingus putih, hingus kuning, waema hingus hijau sekalipun! Biarkan sang gajah bergolek; terkangkang di atas padang permainan...
Tahulah kita apabila keesokan hari sang gajah kena selsema, layu dan letih; itu adalah tanda bahana bahaman Seni Cakar Rimau Malaya! Pasti permaisuri-permaisuri Harimau Malaya akan tersenyum indah kemudiannya! Senyum dalam kepuasan... senyum dalam kehebatan... senyum tanda keyakinan diri!
Selepas ini sesiapa yang menang akan terus ke perlawanan akhir Piala AFF
Suzuki. Sang Singapura sudah pun menanti di pintu stadium. Di dalam
Colosseum itu sang singa sedang menyisir bulu tengkuk menantikan lawan seterusnya; sama
ada Harimau Malaya atau Gajah Putih!
Kita perlu berjuang untuk mematahkan tengkuk dan cabut bulu-bulu leher sang singa selepas ini....
Untuk itu, mari kita berdoa; azimat yang mustajab untuk mendapat perlindungan dan kejayaan! Biar kita puas dalam kenikmatan di malam Jumaat ini!
Selamat berjuang Harimau Malaya!!!
Err.. keputusan terkini akan dikemaskini malam nanti.. ahaks.. TUNGGUUUU!!!!....