‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Jumaat, 14 Disember 2012

Bonus Akhir Tahun untuk kakitangan awam dan bantuan persekolahan RM100

14.12.2012 - Menyebut sahaja bulan Disember ramai sudah terbayang bermacam-macam perkara. Ada perkara indah dan tidak kurang yang kurang enak!

Kali ini ceritera yang hendak dibawa perihal yang enak-enak sahaja. 

Sebagaimana semuanya maklum, bulan ini kakitangan awam akan memperoleh bonus. Anugerah dari majikan mereka Kerajaan Malaysia!

Sungguh pun demikian bagi kakitangan swasta tidak semua memperoleh bonus. Apatah lagi keadaan perniagaan yang gawat dan keuntungan menyusut. Selain tekanan kos dan inflasi yang tidak pernah menyusut, mereka juga terbeban dengan kehadiran beberapa kos 'wajib' diurus dan dikeluarkan saban tahun. Antaranya ialah kos sekolah anak-anak dan musim perayaan. 

Mujur juga adanya bantuan sekolah RM100.00. Setidak-tidaknya mengurangkan beban perbelanjaan. Namun yang kurang enaknya, ada sekolah yang menyalurkan bantuan tersebut setelah kemasukan sessi baru nanti. Jadinya, ibubapa terpaksa mengeluarkan duit perbelanjaan persediaan sekolah dari poket sendiri. 

Sungguh pun adanya bantuan RM100 itu dan pinjaman buku teks percuma, tetapi di sesetengah sekolah mengenakan caj buku latihan dan rampaian khas untuk anak-anak pelajarnya. Manakala ada juga yuran PIBG dinaikkan. Antara alasan popular ialah kenaikan kos pentadbiran dan barangan. Penyudahnya wang RM100 itu habis untuk perihal tersebut. Malah kos penyediaan ke sekolah kekal sama atau lebih sedikit daripada biasa; juga disebabkan oleh inflasi. 

Sungguh pun demikian, kita harus bersyukur setidak-tidaknya ada peningkatan dari segi kewangan dan taraf pendidikan. 

Bagi menampung kos-kos lebihan tersebut maza sudah mengambil tindakan awalan. 

Buat pertama kalinya setelah sekian lama berblog (kira-kira lima tahun sudah), kali ini maza cuba menuntut wang bonus dari pengiklanan Nuffnang.

Kalau diikutkan dari usia blog dan jarak tuntutan, barangkali ada yang berfikir maza sudah mampu membuatnya sebagai deposit kereta BMW. Ya, memang begitulah harapan maza. Namun bisa sahajakah wang sebesar RM151.37 itu dibuat pendahuluan kereta idaman tersebut? hmm...


Rancangan dengan wang sebesar itu memang banyak. Termasuk juga melancong ke luar negara. Mungkin juga ke Gold Coast Australia sana. 

Tapi kini pada hakikatnya adalah cuma tinggal khayalan semata.. ahaks.. 

Harapan maza, dengan modal sebesar wang itu akan dapat mendorong maza untuk berusaha lagi keras dalam dunia penulisan dengan menyampaikan maklumat-maklumat bermanfaat. Mudah-mudah diterima oleh Allah Aza Wajalla sebagai sedekah jariah daripada maza. ahaks!... 

Falsafah maza: Bukan wang menjadi ukuran, tetapi keikhlasan sedekah jariah; cuma kalau udah ada peluang - KEBAS ajelah.. hahahaha


Nukilan lantun-lantun oleh 
blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails