Semalam keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk bekas pelajar tingkatan tiga sudah diistiharkan. Ramai yang melompat-lompat. Termasuklah emak ayah pun sama. Sama ada melompat kegirangan atau keperitan; tak percaya kepada untung nasib.
Lulus cemerlang tentulah melompat kegembiraan. Mereka tidak berapa nak lulus pun melompat juga tapi, tapi, tapi... biarlah hanya mereka sahaja yang tahu.
Sepupu maza yang bersekolah di MCKK (Maktab Melayu Kuala Kangsar) - Malay Collage of Kuala Kangsar, di Perak telah menggondol 8A. Syukur Alhamdulilah...
Farhan Ahmad Taha Khamid |
Farhan bin Ahmad ibni Taha ini sememangnya mempunyai potensi dan bakat besar sedari kecil lagi. Suka maza merakamkan perasaan bangga dan tahniah kepada beliau.
Dalam pada meraikan tersebut, seorang sahabat menepuk bahu maza. Lalu bertanyakan keputusan lampau akademik maza yang sedia berhabuk dan berlapuk!
"Berapa kau dapat masa sekolah dulu?"
"Aku tak berapa ingat dan tak reti mengira berapa aku dapat A, B, C, D dan E. Sebabnya zaman aku zaman SRP!"
Kepada kengkawan yang tidak dapat apa yang diharapkan. Juga mereka yang tidak dapat 8A atau langsung tak ada A..
Bahkan mendapat 8D sekali pun.. Ini bukan bermakna kehidupan sudah tamat!
Usah berputus asa....
Masih ada jalan dan liku perlu ditempuhi..
Itu nasib mereka... perjalanan mereka.. dan itu kisah mereka.
Dan kita ada perjalanan kita dan pengalaman tersendiri yg perlu diharungi hingga ke hujung nyawa....
Hidup ini umpama buaian; yang berayun dan beralun mengikut rentak tersendiri. Setiap daripada kita punyai kisah dan perjalanan hidup untuk tempuh. Dan setiap kisah itu punyai keunikan tersendiri.
Selamat berjuang ke alam dewasa kengkawan...