Sabtu 15.12.2012, di malam minggu itu sepupu maza dari Masai, Johor telah datang melawat maza sekeluarga. Setelah makan malam kami membuat keputusan hendak ke ICT.
Sebaik sampai di persimpangan ICT, kami lihat keadaan begitu sesak sedangkan jam baru menunjukkan 9.00 malam. Orang begitu ramai hendak memasuki ICT.
Untuk tidak menghampakan para tetamu lagi, maza membawa mereka melawat seputar Kuala Lumpur. Kali ini maza bawa mereka melihat Masjid Negara, Pusat Islam dan Station Keretapi Kuala Lumpur.
Puas kami merayau di situ, tetiba maza kehilangan daya ingatan yang waras lalu menahan keretapi di Stesyen Keretapi Kuala Lumpur yang hampir uzur dengan mengangkat kedua-dua belah tangan tinggi-tinggi.
"Oppp! Oppp! Stoppp!" seru maza bertujuan supaya ia berhenti.
Cubaan maza akhirnya berjaya mendapat perhatian pengawal di situ lalu berkata, "Kenapa encik melambai-lambaikan tangan, boleh saya tolong?"
Ahaks... maza kemaluan satu kali... hehehe... sebenarnya keretapi yang maza tahan itu sememangnya sudah 'berhenti lama' di atas landasan tersebut. Sudah pun dihentikan perkhidmatan dan sekarang menjadi muzium.
Jadi, kengkawan yang tidak pernah sampai ke situ, maka maza hidangkan untuk halwa mata kalian gambar entah apa-apa entah Stesyen Keretapi Kuala Lumpur di waktu tengah malam.
Biasalah di Kuala Lumpur, larut malam pun masih ramai manusia ke hulu ke hilir membawa haluan diri. Lampu kenderaan menghiasi latar bangunan yang bereka bentuk ala-ala zaman Neo-Moor siap dibina pada tahun 1910 satu kali.. ammak!
Stesen Keretapi Kuala Lumpur (1910) direka bentuk Arthur Benison Hubback, pembantu arkitek British kepada Pengarah Jabatan Awam |
Sebuah nukilan lantun-lantun