Aqlan tertarik dengan beruang gemuk! |
Mengimbau kembali kenangan lalu seputar tahun 1996-2000 tatkala di zaman 'gila-gila remaja' di varsiti. Maza kerap juga berkunjung ke Restoran A&W di Petaling Jaya New Town yang bersetentangan dengan Amcorp Mall. Kami pergi ramai-ramai, berkawan-kawan gitu. Pernah juga pergi bersendirian untuk menenangkan fikiran setelah berserabut dengan kuliah selain 'ongkosnya' terhad pak! (hehehe).
Antara hidangan maza sukai ialah minuman 'Root Beer'. Telan bertong-tong pun, insyallah tak mabuk kecuali kembung perut dan kena kencing manis . . .
ahaks!
Air root beer float dengan jejari kentang. |
A&W pernah menjadi kegilaan maza di
zaman kanak-kanak dahulu. Apatah lagi tagline mereka ialah restoran
keluarga dengan menampilkan beruang gemuk berkupiah oren sebagai maskot.
Pernah maza terkinja-kinja tanpa berasa bersalah di hadapan emak dan ayah sebaik menyaksikan iklan A&W ditayangkan di peti TV. Ketika zaman itu restoran makanan segera tidak ada di kampung kami. Hanya boleh didapati di bandar Kluang. Untuk pergi ke Kluang pula bukannya mudah. Kalau tidak kerana sudah mendapat gaji atau sesuatu urusan mustahak, kami memang tidak akan ke bandar. Lagipun pengangkutan hendak ke bandar itu payah.
Sementelah itu, harga makanan di restoran tersebut agak mahal dan keluarga seperti kami tidak mampu!
Sementelah itu, harga makanan di restoran tersebut agak mahal dan keluarga seperti kami tidak mampu!
Maka, kami sekadar menelan liur sendiri sambil berdoa agar dapat mengunjungi dan menikmati makanan di restoran keluarga tersebut di suatu hari nanti.
Kini, alhamdulilah, seolah-olah doa itu telah dimakbulkan oleh Tuhan.
Kini, alhamdulilah, seolah-olah doa itu telah dimakbulkan oleh Tuhan.
Baru-baru ini juga maza sempat pergi ke A&W cawangan di Kota Damansara bersama seisi keluarga. Seperti biasa maza akan memesan air root beer berserta float-nya. Besaq kedabaq, sedut sampai kering slurpp . . . slurppp gitew derrr . . . hahaha
Kena Jual
Berita
hari semalam lain pula ceritanya. Kali ini A&W dilaporkan sering
menghadapi sambutan dan krisis kewangan operasi. A&W ini dipunyai
oleh KUB dan rangkaianya bertaburan sehingga ke Thailand sana.
KUB
pemegang saham majoriti rangkaian restoran keluarga A&W hendak
menghapus-lupuskan saham A&W di Thailand dan keluar dari industri
makanan segera di negara Siam itu.
Mereka juga mahu menjual sebahagian besar saham A&W di Malaysia. Mereka berharap akan ada orang tempatan yang hendak mengambil alih teraju Restoran A&W.
Mereka juga mahu menjual sebahagian besar saham A&W di Malaysia. Mereka berharap akan ada orang tempatan yang hendak mengambil alih teraju Restoran A&W.
Rujukan: "Premalatha Jayaraman. 2012. KUB to exit fast-food biz by year-end. Kuala Lumpur: The Sun. (6.Sept. 2012)"
Catatan oleh;-
Catatan oleh;-