Ambong panggilan manja si pengantin lelaki ini di kala kecil. Nama sebenarnya maza kurang pasti tetapi ada bunyi-bunyi macam "Adi" jugaklah... hahaha
Sekarang sudah sampai masanya Ambong berumah tangga. Gadis yang telah memenangi hatinya adalah dari Sepang. Maza juga kurang periksa apakah nama gadis tersebut. Dari itu maza namakan dahulu sebagai Hawa. Nanti kalau sudah tahu fakta sebenar, maza akan perbetulkan balik ya kengkawan... *wink! wink! wink!
Hari pernikahan Ambong telah diadakan di sebuah masjid di kampung Hawa pada 17 November 2010 (ambik ko, sudah dua bulan baru gambar tersiar kat sini... *hahaha).
Ambong ialah anak kepada Pakcik Alwi & Makcik Syarifah. Mereka tinggal di Palong 6, Negeri Sembilan.
Debar menanti saat akad nikah.
Majlis dijalankan dalam keadaan senderhana tetapi cukup meriah. Kali ini merupakan pertemuan pengantin Minangkabau dan Jawa! Tapi jangan takut, kedua-dua mempelai sah rakyat Malaysia. *ketawa hahaha
Kalau mengikutkan adat Minangkabau itu, maka shohih dan luluslah si Ambong tidak beristerikan sesuku. Dalam kes ini, Hawa tidak perlu dimasukkan suku ... ahaks .... *jeling-jeling gitew hehehehe...
Sebenarnya gambar-gambar ini telah lama berendam di dalam folder maza. Dan hari ini tatkala suasana sejuk-sejuk, suam-suam basah tetiba teringatkan gambar tersebut.
Lagi pun beberapa hari yang lepas seorang rakan maza, En. Razak mahu sesangat melihat gambar potrait pengantin yang pernah maza tangkap.
(Gambar 5: Terasa tekak begitu lega setelah akad nikah berjaya dilakukan.
Tahniah dan Selamat Pengantin Baru!)
Tahniah dan Selamat Pengantin Baru!)
(Gambar 6: Buah tangan dan wang hantaran dihiasi dengan latar kuning emas)
(Gambar 7: wang hantaran dihadiahkan dalam bentuk sijil simpanan Tabung Haji)
Jadi, inilah serba sedikit gambar dan hasil seni kreatif (yang tak berapa nak kratif itu) untuk ditatapi oleh beliau dan kengawan semua .... *sengeh hehehe...(Gambar 7: wang hantaran dihadiahkan dalam bentuk sijil simpanan Tabung Haji)
Akhir kalam, apa macam boss boleh dapat job ka? *ketawa hahaha