‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Jumaat, 28 Januari 2011

Parti Buih Liar ... (Awas: Gambar 18SX)

Ok! Beberapa-berapa hari yang lalu kita sudah bincangkan tentang Menara Tinjau yang dilekatkan sepotong hadis besar kedabak di Pantai Lama Morib itu. (Di sini dan di sini)

Entry yang lepas juga mendapat sambutan hangat hinggakan ada sesetengah kengkawan tidak puas hati dan menegur. (Terima kasih!) Tapi itu tidak bermakna maza mahu mengujudkan puak-puak atau suku-suku tertentu. Atau maza sengaja mengwujudkan kontroversi. Tidak sama sekali. Kita kan kawan gitew...  elok elakkan kontroversi dan tingkatkan prestasi (eh! macam pernah dengar pulak tag-line ni, hmmm?).... *ketawa, hahaha.

Gambar 1 : Tiup sampai kembung ... tua, muda, budak-budak semuanya pun boleh main sama-sama



Jadinya, untuk memuaskan hati semua pihak, maka kali ini maza ingin mengajurkan pula sebuah pesta liar.  

Cerita pasal agama sudah, sekarang pasal kita bikin parti-parti gitew. Kata orang layan biar adil. *adillah sangat tu, kan? hahaha.

Ada sesiapa yang mahu buat bantahan, sila angkat tangan! Ada sesiapa?

Oppss! Oleh kerana maza tidak dapat melihat sesiapa protest dengan mengangkat tangan, jadi kita akan teruskan sahaja pesta kita, Dengan itu maza rasmikan PESTA BUIH LIAR! *ketawa gedik sambil gelek-gelek, hahaha ...

Mula-mula kita kasi bancuh dulu buih sabun Feb Buku Baru itu. Kemudian kasi panjangkan muncung, sepanjang yang mungkin. Selepas itu, apa lagi, tiuplah mak weiii kuat-kuat gitew.

Kita mulakan dengan berpesta buih sambil melenggangkan pinggang dan menghayunkan punggung. Biar kasi sendi-sendi dan perut itu lembut *ahaks. Supaya nanti senang menangkap buih-buih yang liar berterbangan itu. Kasi lambung sana, lambung sini. Lantun sana, lantun sini.... *lapan lagi, lapan lagi ... hahaha

Dan sekarang. silalah layan beberapa keping gambar buih karangan maza yang entah apa-apa entah itu. *hahaha lantun jangan tak lantun.

belon buih
Gambar 2 : Terbang melilau

Opps! Hampir terlupalah pulak. Cik Adila nan jelita ada bertanya; susahkah encik maza menangkap bubbles itu?

Jawapan maza, cik Adila yang pandai bermain tangkap-tangkap gambar memang sengajalah tu mahu menduga maza lah pula. Sedangkan maza ini budak baru masuk sekolah, hingus pun tak habis kesat lagi ...*huhuhu, siapalah maza, kanzzz ... wink! wink! wink!

Sungguhpun begitu, maza tetap mahu mencuba menjawab soalan maut cik Adila itu. Mula-mula kita perlukan stamina dan pinggang yang kuat. Kemudian kebolehan melantun dan berteriak liar sambil berlenggang kangkung melayan lagu poco-poco.  *hahaha....

buih-buih
Gambar 3: Buih membelon merata-rata sekitar taman permainan

Sebenarnya ramuan yang sempat maza jadikan kesimpulan ialah 'kepantasan bertindak'.

Kepantasan bertindak amatlah penting. Ini disebabkan buih-buih itu cepat pecah, mudah hilang ditelan haba, dan juga sukar dikawal. Apa-apa hal pun kesabaran dan nasib turut memainkan peranan juga.

Apa-apa hal, selamat mencuba *senyum, hehehe

Bubbles
Gambar 4: Terbang melayang-layang

buih-buih
Gambar 5: Buih pun mahu main gelongsor?

Bubbles
Gambar 6: Harus juga diibaratkan hidup umpama buih... errr, jangan mulut berbuih sudah! ...*ketawa, hahaha



Ps: Terima kasih tidak terhingga kepada en. LifeKami kerana sudi menjadi pengikut GKKJ ini.. heheheh.. Syukurrrr bangat lorrr, kerna bertambah lagi silaturahim gitew... hehehe

errr ... mereka yang suka putuskan silaturahim tu, bawa-bawalah taubat ... tak mau juga, gasak ler.. ada aku kisah! *hahaha
blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails