‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Khamis, 27 Januari 2011

Malang menghempap lagi

Gambar 1: Bersiar di tepian pantai Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang. Merehatkan minda dan kembali menguasai diri agar lebih bertenaga dan tabah

Terima kasih di atas keperihatinan kengkawan di atas masalah yang baru-baru ini maza hadapi. Mahu pengsan juga bila mana hampir keseluruhan kerja-kerja maza yang bertahun-tahun lama musnah sekelip mata gara-gara komputer maza di ofis gagal berfungsi.

Seharian termenung mengenangkan nasib yang malang itu. Mujur juga ada teman-teman blogger yang sudi menjengguk maza. Terhibur hati ini membaca komen-komen kengkawan ... *ketawa dan senyum lebar, hahaha.

Dari itu maza mahu mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan dan kecerian yang kengkawan hadirkan. 


****Berita Lain****


Ada orang tidak suka dengan paparan maza pasal papan tanda di Morib itu. (klik di sini)

 Teluk Cempedak
Gambar 2: Putaran mainan hidup. Perlu melangkah lurus untuk bahagia hingga ke syurga.

Dia kata buat apa tergedik-gedik buat liputan seumpama demikian. Biarlah orang nak bercinta, berdua-duaan atau berpegangan tangan di tepian pantai nan indah tersebut. Itu hak peribadi mereka. Mereka tidak melakukan zina dan tidak pula mengganggu orang lain pun. 

Katanya lagi, tak perlulah kita masuk campur! Biarkanlah mereka. Mereka tentu  sudah tahu baik dan buruknya. "Lets we be a matured guy! Your youngster aged had passed. Lets the current youngster enjoy themselves. It's their turn ... Lagipun hang sibuk-sibuk tentang depa pasai apa?"

Gambar 3: Hidup ini bagaikan putaran kipas.

Hendak sahaja maza membalas, "Opps! Ini blog haku. Suka hati akulah kan nak letak apa pun. *ketawa, hahaha"

Tetapi tidaklah maza sampai hati mahu berkata demikian. Adapun paparan yang maza bawakan itu sekadar peringatan kepada kita. Jika kita tidak mahu beringat tentang hadis yang diriwayatkan oleh At Tabrani itu, yang digantungkan khas di kawasan awam di pantai nan indah itu, tidaklah maza dapat paksakan untuk sesiapa mengambil pengajarannya. Melainkan kepada Tuhan jualah maza pohon perlindungan dan rahmat.

Niat yang baik tetapi tersalah persepsi walaupun sudah diterangkan dengan baik tetapi tidak dapat juga diterima, apalah daya maza. Barangkali cara dan usaha maza itu tidak kesampaian, dan itu adalah kelemahan maza jua. Mahulah maza pohonkan hidayah jualah untuk diri maza yang kerdil ini (*kerdil sesangatlah tu kan? *ahaks ... senyum) dan juga untuk teman-teman sekalian.

Dan ada juga kawan yang tidak puas hati dengan ungkapan maza yang ini, "Pun begitu ada juga anak-anak muda tidak menghiraukannya atau buat-buat tak nampak. Alahai ... berpelukan sana sini. Kekonon 'semangat kekasih' gitew... aderkk"

Kawan itu cakap yang dia menyampah dengan kenyataan maza. Dan menuduh maza yang bukan-bukan; 'kebudak-budakkan dan macam ler baik sangat'. 

Ikutkan hati mahu maza membalas, "Lantaklah. Aku punya blog. Tak suka? ... syuhh! Lantunlah ekau! "

Tetapi sekali lagi maza tidaklah mahu bermain kata busuk tersebut. Tak elok dan akan menyebabkan kawan-kawan melarikan diri. Walhal niat asal adalah untuk sama-sama mengingati dan kenangkan perkara yang baik-baik sahaja!


Gambar 4: Kadang-kadang letih juga. Mudah-mudahan bertambah tabah...

Lagipun apa salahnya menyebarkan sesuatu yang baik untuk kebaikan bersama, kan?

Kalau cara maza ini dikirakan juga salah, maza minta maaflah. Nanti maza perbaiki lagi diri ini yang lemah itu ... *hiba, huhuhu

Secara diam-diam maza sudah membalas komen kawan itu dengan kata baik-baik juga. Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat manfaat gitu.

Kalau ada orang tak nak terima apa yang kita perkatakan itu juga, walaupun sejhutakalee kebaikan sudah pun terserlah tampak nyata, dan mereka tetap juga tidak mahu mengakuinya, nak buat macam mana lagi, kan? ... huhuhu, maza berserah diri sahajalah pada Tuhan yang empunya alam ini.

Maza cuma berharap kepada teman-teman, janganlah serik-serik datang kemari dan teruslah berwacana di blog yang entah apa-apa entah ini. Lagi pun maza tak popular mana pun. Banyak merapu jerk! *ketawa, hahaha.

Sementara melayan perasaan yang entah apa-apa entah ini, jom kita sama-sama menjernihkan kepala dengan melayan beberapa keping gambar yang sempat maza rakamkan. *ketawa girang ... hehehe..

Gambar 5: Bolehkah aku samakan bahawa hidup ini umpama belon yang ringan berterbangan di udara tapi mudah rosak dan pecah?
blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails