‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Ahad, 30 Januari 2011

Tenang sudah ada jawapan

Hari ini Piliharaya Kecil Tenang sudah pun dapat ADUN baru. Piliharaya kecil kali ini dimenangi parti BN iaitu parti memerintah di Johor. 

Tahniah kepada yang menang iaitu YB Azhar Sulaiman. Buat Cikgu Normala Shamsudin (PAS) teruskan check and balance, tak perlu patah semangat. Ini proses demokrasi, begitulah adatnya. Apatah lagi Johor ialah kubu kuat BN. hehehe...

Sepatutnya keadaan di Tenang kembali tenang seperti sediakala. Tetapi lain pula ceritanya. 

Sekitar DUN Tenang sedang menghadapi becana banjir. Banyak kawasan digenangi air. Maza yang melalui jalan tersebut untuk pulang ke KL dari kampung beberapa kali terhalang perjalanan. Air bah melimpahi jalan. Mujur juga selamat sampai ke rumah.


Gambar 1: Hujan-hujan begini pekena biskut mayat dengan kopi o halia tentu mencongkam gitew... hahaha
Dengar khabar daerah Kluang mulai naik air. Ini petanda bah akan melanda Johor. Jadi kengkawan yang ada di Johor hati-hatilah. Elakan daripada bermain air bah. 

Kecuali menangkap ikan di lokasi yang terpilih macam maza bikin masa balik kampung di hujung minggu ini. makan ikan sungai segar; ikan lampam, sebarau, perik, sekawan, jelawat dan macam-macam. Isinya manis sehhh.. asyikkkkk....hahaha
Gambar 2: Sungai Temigol ketika belum dilandar bah! Sekali dilanda bah, sekali itu pasir berubah, alahai..

Sekarang maza mahu tenangkan diri pula ... selamat bertugas ya kengkawan...


blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails