Sedih, dan rasa terencat seketika apabila teman gurau senda tiba-tiba membawa diri. Ataukah dia terus melarikan diri tak mahu menjenguk lagi ke sini?
Maafkanlah maza. Bukan niat untuk menjarakkan sempadan diri ... atau tak mahu mendengar kata ... atau terlebih berkata...
Gambar 1 : Maafkan maza ya .... kita kawan kan.. pulanglah.... |
Namun sebagai insan yang mementingkan ukhuwah, harus juga maza teruskan silaturahim ini. Mudah-mudahan ia kembali pulih seperti sediakala.
Dan maza menyusun jari sepuluh .... minta ampun salah dan silap! Tolong ingatkan maza...
Gambar 2: lets chill out bro... Have a drink? |
Untuk itu maza hendak bertafakur dan menadah tangan mohon ampun dan maaf kepada Tuhan Rabul'alamin agar teman yang ada tidak lari dan yang sudah lari pun kembali menjalinkan silaturahim yang murni ini... Mudah-mudahan hatinya terbuka dan dilembutkan oleh Tuhan agar menerima maza seadanya .... ameeennn....
Gambar 3: Sedang skodeng mencari teman yang berjauhan ...*sedih, huhuhu |