Lokasi: Tasik Biru, Kudang, Selangor.
Tarikh: 31. Disember. 2010
Alam ini sungguh indah untuk dicemuhi. Alam ini sungguh bermakna bagi mereka yang melihat telus dari mata hati.
Dalam melayari dunia maya, tatkala menulis blog, atau menyelusuri penulisan ini, adakalanya maza silap. Adakalanya menjadi bebal!
maza mohon keampunan dan jutaan kemaafan di atas kealpaan maza yang menyakitkan hati kalian. Itu kesalahan maza. Maza akui.
Hari ini maza mahu membersihkan diri. Menyucikan diri untuk terus melangkah ke hari-hari mendatang. Sesungguhnya detik itu semakin hampir. Tidak dapat tidak setiap dari kita akan tempuhinya jua. Dan maza takut kalau-kalau ada sekelumit lagi dosa yang tertinggal di sini.
Yang Sebenar
Sebenarnya, tengah hari tadi, maza diberitakan dua orang atuk saudara maza telah meninggal dunia. Masing-masing disebabkan sakit tua. Mudah-mudahan mereka dicucuri rahmat. (Al Fatihah).
Dan di pagi hari ini juga berita buruk bertali arus dengan ayah teman seperkolahan maza (Saudara Munet) telah kembali ke rahmatulah. (Al Fatihah)
Sedang hari ini maza terlantar di perbaringan kerna kesihatan tidak membenarkan bergerak aktif.
Lantas peristiwa ini telah membuka mata maza ... adakah umur maza sepanjang mereka itu?
Selain itu, maza mengucapkan tahniah buat 'Ana Rafali' kerana telah menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-25 anjuran TV3.
Tajuk lagunya, "Tolong Ingatkan Aku" telah mengheret minda bawah sedar maza untuk mengenangkan kembali perihal kelakuan maza.
Untuk nono.
Tahun lepas, sebenarnya tiga minggu sudah, maza bertemu dengan nono di UIA. Dia seorang mahasiswa UIA, Gombak. Nono ialah seorang photo blogger.
Melalui entry maza yang lalu (klik di sini dan di sini) , nono ingin sekali melawat tasik biru ini. Insyallah nanti maza bawakan si nono ke Tasik Biru ya.. hehehe. Dan jangan lupa belanja maza pula dengan mee bakso bersama air kelapa dara suci di tepian tasik itu. hahaha
Tarikh: 31. Disember. 2010
(Gambar 1: Tasik Biru, Kundang, Selangor)
Alam ini sungguh indah untuk dicemuhi. Alam ini sungguh bermakna bagi mereka yang melihat telus dari mata hati.
Dalam melayari dunia maya, tatkala menulis blog, atau menyelusuri penulisan ini, adakalanya maza silap. Adakalanya menjadi bebal!
(Gambar 2: Tasik Biru berlatar belakangkan pondok)
Sekiranya maza terlupa. Sekiranya maza alpa tentang jalannya hidup ini. Atau maza sudah terlanjur dari kematangan hidup, mohonlah kawan-kawan mengingatkan maza. Kerna maza hanya sekelumit debu yang berterbangan di alam maya. Adakalanya maza pelupa. Adakalanya maza melampau.(Gambar 3: Tasik Biru berlatar belakangkan Pangsapuri Laguna Biru.
Pangsapuri ini dimajukan oleh SPNB (Syarikat Perumahan Negara Berhad))
Tolongl ingatkan aku!Pangsapuri ini dimajukan oleh SPNB (Syarikat Perumahan Negara Berhad))
maza mohon keampunan dan jutaan kemaafan di atas kealpaan maza yang menyakitkan hati kalian. Itu kesalahan maza. Maza akui.
Hari ini maza mahu membersihkan diri. Menyucikan diri untuk terus melangkah ke hari-hari mendatang. Sesungguhnya detik itu semakin hampir. Tidak dapat tidak setiap dari kita akan tempuhinya jua. Dan maza takut kalau-kalau ada sekelumit lagi dosa yang tertinggal di sini.
Yang Sebenar
Dan di pagi hari ini juga berita buruk bertali arus dengan ayah teman seperkolahan maza (Saudara Munet) telah kembali ke rahmatulah. (Al Fatihah)
Sedang hari ini maza terlantar di perbaringan kerna kesihatan tidak membenarkan bergerak aktif.
Lantas peristiwa ini telah membuka mata maza ... adakah umur maza sepanjang mereka itu?
(Gambar 4: Tasik Biru di waktu Maghrib)