‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Isnin, 31 Januari 2011

Krisis Di Mesir Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia @NajibRazak


Maklumat ini maza petik dari blog arifshah.com melalui blog kujie.
Mari kita bertindak. Mudah-mudahan pelajar dan negara kita ini selamat. Ameeennn...
Err... entry original maza untuk hari ini ada di bawah itu. (klik sini: Tenang Sudah Ada Jawapan)

******
Bila baca balik rentetan kejadian yang berlaku di Mesir sekarang ni, aku rasa sangat kesian kepada pelajar di sana. Aku faham sangat situasi mereka dan aku rasa apa yang mereka alami sekarang berpuluh kali lebih teruk dengan keadaan di Moscow. Aku juga teringat kepada segelintir pembaca blog.ariff yang juga merupakan pelajar kursus perubatan di Mesir dan juga kawan-kawan seangkatan di MAI ni yang kebetulan menghabiskan masa cuti musim sejuk di sana. Harap mereka semua ni dan seluruh rakyat Malaysia di sana selama.
Inilah nasib pelajar kita yang belajar di luar negara kalau ditempatkan di negara kelas kedua atau ketiga. Aku rasa satu hari nanti kerajaan patut menghentikan daripada menghantar pelajar ke negara-negara yang bermasalah dan hanya menempatkan pelajar di negara maju sahaja. Sebentar tadi aku baru dapat mesej melalui Facebook daripada seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Egypt berkenaan keadaan pelajar di sana dan aku rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu yang sepatutnya kerajaan kita perlu secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana.
Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.
Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:
Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia
So what can you do now?
  1. Kalau ada Twitter, retweet this. Aku sengaja mention @NajibRazak dalam tajuk entri supaya everytime orang retweet, akan automatically mention nama dia. Click the retweet button. Lagi banyak, lagi bagus. It show’s that things are really serious there and we care.
  2. Reblog this. Copy paste dan post dalam blog. Time ni memang aku galakkan sangat-sangat untuk korang copy paste.
  3. Share this on Facebook.

Ahad, 30 Januari 2011

Tenang sudah ada jawapan

Hari ini Piliharaya Kecil Tenang sudah pun dapat ADUN baru. Piliharaya kecil kali ini dimenangi parti BN iaitu parti memerintah di Johor. 

Tahniah kepada yang menang iaitu YB Azhar Sulaiman. Buat Cikgu Normala Shamsudin (PAS) teruskan check and balance, tak perlu patah semangat. Ini proses demokrasi, begitulah adatnya. Apatah lagi Johor ialah kubu kuat BN. hehehe...

Sepatutnya keadaan di Tenang kembali tenang seperti sediakala. Tetapi lain pula ceritanya. 

Sekitar DUN Tenang sedang menghadapi becana banjir. Banyak kawasan digenangi air. Maza yang melalui jalan tersebut untuk pulang ke KL dari kampung beberapa kali terhalang perjalanan. Air bah melimpahi jalan. Mujur juga selamat sampai ke rumah.


Gambar 1: Hujan-hujan begini pekena biskut mayat dengan kopi o halia tentu mencongkam gitew... hahaha
Dengar khabar daerah Kluang mulai naik air. Ini petanda bah akan melanda Johor. Jadi kengkawan yang ada di Johor hati-hatilah. Elakan daripada bermain air bah. 

Kecuali menangkap ikan di lokasi yang terpilih macam maza bikin masa balik kampung di hujung minggu ini. makan ikan sungai segar; ikan lampam, sebarau, perik, sekawan, jelawat dan macam-macam. Isinya manis sehhh.. asyikkkkk....hahaha
Gambar 2: Sungai Temigol ketika belum dilandar bah! Sekali dilanda bah, sekali itu pasir berubah, alahai..

Sekarang maza mahu tenangkan diri pula ... selamat bertugas ya kengkawan...


Jumaat, 28 Januari 2011

Parti Buih Liar ... (Awas: Gambar 18SX)

Ok! Beberapa-berapa hari yang lalu kita sudah bincangkan tentang Menara Tinjau yang dilekatkan sepotong hadis besar kedabak di Pantai Lama Morib itu. (Di sini dan di sini)

Entry yang lepas juga mendapat sambutan hangat hinggakan ada sesetengah kengkawan tidak puas hati dan menegur. (Terima kasih!) Tapi itu tidak bermakna maza mahu mengujudkan puak-puak atau suku-suku tertentu. Atau maza sengaja mengwujudkan kontroversi. Tidak sama sekali. Kita kan kawan gitew...  elok elakkan kontroversi dan tingkatkan prestasi (eh! macam pernah dengar pulak tag-line ni, hmmm?).... *ketawa, hahaha.

Gambar 1 : Tiup sampai kembung ... tua, muda, budak-budak semuanya pun boleh main sama-sama



Jadinya, untuk memuaskan hati semua pihak, maka kali ini maza ingin mengajurkan pula sebuah pesta liar.  

Cerita pasal agama sudah, sekarang pasal kita bikin parti-parti gitew. Kata orang layan biar adil. *adillah sangat tu, kan? hahaha.

Ada sesiapa yang mahu buat bantahan, sila angkat tangan! Ada sesiapa?

Oppss! Oleh kerana maza tidak dapat melihat sesiapa protest dengan mengangkat tangan, jadi kita akan teruskan sahaja pesta kita, Dengan itu maza rasmikan PESTA BUIH LIAR! *ketawa gedik sambil gelek-gelek, hahaha ...

Mula-mula kita kasi bancuh dulu buih sabun Feb Buku Baru itu. Kemudian kasi panjangkan muncung, sepanjang yang mungkin. Selepas itu, apa lagi, tiuplah mak weiii kuat-kuat gitew.

Kita mulakan dengan berpesta buih sambil melenggangkan pinggang dan menghayunkan punggung. Biar kasi sendi-sendi dan perut itu lembut *ahaks. Supaya nanti senang menangkap buih-buih yang liar berterbangan itu. Kasi lambung sana, lambung sini. Lantun sana, lantun sini.... *lapan lagi, lapan lagi ... hahaha

Dan sekarang. silalah layan beberapa keping gambar buih karangan maza yang entah apa-apa entah itu. *hahaha lantun jangan tak lantun.

belon buih
Gambar 2 : Terbang melilau

Opps! Hampir terlupalah pulak. Cik Adila nan jelita ada bertanya; susahkah encik maza menangkap bubbles itu?

Jawapan maza, cik Adila yang pandai bermain tangkap-tangkap gambar memang sengajalah tu mahu menduga maza lah pula. Sedangkan maza ini budak baru masuk sekolah, hingus pun tak habis kesat lagi ...*huhuhu, siapalah maza, kanzzz ... wink! wink! wink!

Sungguhpun begitu, maza tetap mahu mencuba menjawab soalan maut cik Adila itu. Mula-mula kita perlukan stamina dan pinggang yang kuat. Kemudian kebolehan melantun dan berteriak liar sambil berlenggang kangkung melayan lagu poco-poco.  *hahaha....

buih-buih
Gambar 3: Buih membelon merata-rata sekitar taman permainan

Sebenarnya ramuan yang sempat maza jadikan kesimpulan ialah 'kepantasan bertindak'.

Kepantasan bertindak amatlah penting. Ini disebabkan buih-buih itu cepat pecah, mudah hilang ditelan haba, dan juga sukar dikawal. Apa-apa hal pun kesabaran dan nasib turut memainkan peranan juga.

Apa-apa hal, selamat mencuba *senyum, hehehe

Bubbles
Gambar 4: Terbang melayang-layang

buih-buih
Gambar 5: Buih pun mahu main gelongsor?

Bubbles
Gambar 6: Harus juga diibaratkan hidup umpama buih... errr, jangan mulut berbuih sudah! ...*ketawa, hahaha



Ps: Terima kasih tidak terhingga kepada en. LifeKami kerana sudi menjadi pengikut GKKJ ini.. heheheh.. Syukurrrr bangat lorrr, kerna bertambah lagi silaturahim gitew... hehehe

errr ... mereka yang suka putuskan silaturahim tu, bawa-bawalah taubat ... tak mau juga, gasak ler.. ada aku kisah! *hahaha

Khamis, 27 Januari 2011

Malang menghempap lagi

Gambar 1: Bersiar di tepian pantai Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang. Merehatkan minda dan kembali menguasai diri agar lebih bertenaga dan tabah

Terima kasih di atas keperihatinan kengkawan di atas masalah yang baru-baru ini maza hadapi. Mahu pengsan juga bila mana hampir keseluruhan kerja-kerja maza yang bertahun-tahun lama musnah sekelip mata gara-gara komputer maza di ofis gagal berfungsi.

Seharian termenung mengenangkan nasib yang malang itu. Mujur juga ada teman-teman blogger yang sudi menjengguk maza. Terhibur hati ini membaca komen-komen kengkawan ... *ketawa dan senyum lebar, hahaha.

Dari itu maza mahu mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan dan kecerian yang kengkawan hadirkan. 


****Berita Lain****


Ada orang tidak suka dengan paparan maza pasal papan tanda di Morib itu. (klik di sini)

 Teluk Cempedak
Gambar 2: Putaran mainan hidup. Perlu melangkah lurus untuk bahagia hingga ke syurga.

Dia kata buat apa tergedik-gedik buat liputan seumpama demikian. Biarlah orang nak bercinta, berdua-duaan atau berpegangan tangan di tepian pantai nan indah tersebut. Itu hak peribadi mereka. Mereka tidak melakukan zina dan tidak pula mengganggu orang lain pun. 

Katanya lagi, tak perlulah kita masuk campur! Biarkanlah mereka. Mereka tentu  sudah tahu baik dan buruknya. "Lets we be a matured guy! Your youngster aged had passed. Lets the current youngster enjoy themselves. It's their turn ... Lagipun hang sibuk-sibuk tentang depa pasai apa?"

Gambar 3: Hidup ini bagaikan putaran kipas.

Hendak sahaja maza membalas, "Opps! Ini blog haku. Suka hati akulah kan nak letak apa pun. *ketawa, hahaha"

Tetapi tidaklah maza sampai hati mahu berkata demikian. Adapun paparan yang maza bawakan itu sekadar peringatan kepada kita. Jika kita tidak mahu beringat tentang hadis yang diriwayatkan oleh At Tabrani itu, yang digantungkan khas di kawasan awam di pantai nan indah itu, tidaklah maza dapat paksakan untuk sesiapa mengambil pengajarannya. Melainkan kepada Tuhan jualah maza pohon perlindungan dan rahmat.

Niat yang baik tetapi tersalah persepsi walaupun sudah diterangkan dengan baik tetapi tidak dapat juga diterima, apalah daya maza. Barangkali cara dan usaha maza itu tidak kesampaian, dan itu adalah kelemahan maza jua. Mahulah maza pohonkan hidayah jualah untuk diri maza yang kerdil ini (*kerdil sesangatlah tu kan? *ahaks ... senyum) dan juga untuk teman-teman sekalian.

Dan ada juga kawan yang tidak puas hati dengan ungkapan maza yang ini, "Pun begitu ada juga anak-anak muda tidak menghiraukannya atau buat-buat tak nampak. Alahai ... berpelukan sana sini. Kekonon 'semangat kekasih' gitew... aderkk"

Kawan itu cakap yang dia menyampah dengan kenyataan maza. Dan menuduh maza yang bukan-bukan; 'kebudak-budakkan dan macam ler baik sangat'. 

Ikutkan hati mahu maza membalas, "Lantaklah. Aku punya blog. Tak suka? ... syuhh! Lantunlah ekau! "

Tetapi sekali lagi maza tidaklah mahu bermain kata busuk tersebut. Tak elok dan akan menyebabkan kawan-kawan melarikan diri. Walhal niat asal adalah untuk sama-sama mengingati dan kenangkan perkara yang baik-baik sahaja!


Gambar 4: Kadang-kadang letih juga. Mudah-mudahan bertambah tabah...

Lagipun apa salahnya menyebarkan sesuatu yang baik untuk kebaikan bersama, kan?

Kalau cara maza ini dikirakan juga salah, maza minta maaflah. Nanti maza perbaiki lagi diri ini yang lemah itu ... *hiba, huhuhu

Secara diam-diam maza sudah membalas komen kawan itu dengan kata baik-baik juga. Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat manfaat gitu.

Kalau ada orang tak nak terima apa yang kita perkatakan itu juga, walaupun sejhutakalee kebaikan sudah pun terserlah tampak nyata, dan mereka tetap juga tidak mahu mengakuinya, nak buat macam mana lagi, kan? ... huhuhu, maza berserah diri sahajalah pada Tuhan yang empunya alam ini.

Maza cuma berharap kepada teman-teman, janganlah serik-serik datang kemari dan teruslah berwacana di blog yang entah apa-apa entah ini. Lagi pun maza tak popular mana pun. Banyak merapu jerk! *ketawa, hahaha.

Sementara melayan perasaan yang entah apa-apa entah ini, jom kita sama-sama menjernihkan kepala dengan melayan beberapa keping gambar yang sempat maza rakamkan. *ketawa girang ... hehehe..

Gambar 5: Bolehkah aku samakan bahawa hidup ini umpama belon yang ringan berterbangan di udara tapi mudah rosak dan pecah?

Rabu, 26 Januari 2011

Jahanam...

JAHANAMMMMM!!!!!

Komputer ofis aku sudah tak berfungsi....
Suspek: litar pintas...
Mangsa: data & beberapa keping gambar sulit dalam bahaya!

aderrrkkkkkkk!!!!!


minta nyawa ... minta nyawa...

Selasa, 25 Januari 2011

Resah Sendirian ...

Sedih, dan rasa terencat seketika apabila teman gurau senda tiba-tiba membawa diri. Ataukah dia  terus melarikan diri tak mahu menjenguk lagi ke sini?

Maafkanlah maza. Bukan niat untuk menjarakkan sempadan diri ... atau tak mahu mendengar kata ... atau terlebih berkata...

Gambar 1 : Maafkan maza ya .... kita kawan kan.. pulanglah....

Namun sebagai insan yang mementingkan ukhuwah, harus juga maza teruskan silaturahim ini. Mudah-mudahan ia kembali pulih seperti sediakala.

Dan maza menyusun jari sepuluh .... minta ampun salah dan silap! Tolong ingatkan maza...

Gambar 2: lets chill out bro... Have a drink?

Untuk itu maza hendak bertafakur dan menadah tangan mohon ampun dan maaf kepada Tuhan Rabul'alamin agar teman yang ada tidak lari dan yang sudah lari pun kembali menjalinkan silaturahim yang murni ini...  Mudah-mudahan hatinya terbuka dan dilembutkan oleh Tuhan agar menerima maza seadanya .... ameeennn....


Gambar 3: Sedang skodeng mencari teman yang berjauhan ...*sedih, huhuhu

Isnin, 24 Januari 2011

Boleh Pandang - pandang, Jangan Pegang-pegang, Biar malu-malu....

Jalan-jalan di Morib seminggu yang lalu (16.01.2010). Ketika ini baru lepas hujan. Masih mendung lagi. Matahari juga dalam sesak menzahirkan cahayanya dari celahan awan tebal.

Tiba-tiba maza terserempak dengan papan tanda ini yang dilekatkan di salah sebuah menara peninjau di tepian pantai Morib!

(Gambar 1: Menara Tinjau di Pantai Lama Morib)

 (Gambar 2: Menara Peninjau Pantai Morib, mempunyai papan tanda yang memberi peringatan dan larangan  perbuatan maksiat. Elakkan sama sekali daripada berdua-duaan.)

Pun begitu ada juga anak-anak muda tidak menghiraukannya atau buat-buat tak nampak. Alahai ... berpelukan sana sini. Kekonon 'semangat kekasih' gitew... aderkk

Selamat menyambung tugas kawan-kawan. Di hari Isnin ini moga-moga lebih bersemangat dan ceria gitew.. hehehe


Entry ringkas sahaja kali ini. Maza baru pulang dari kampung....


Sabtu, 22 Januari 2011

Mesej Elee Mardiana / Oshin Muhammad


Dua hari lepas maza ada menerima email dari sorang blogger dan penulis buku remaja fofular lagi hebat!  Saudari Oshun Muhammad atau lebih dikenali di laman sesawang OD, atau Elee Mardiana ini telah meminta bantuan maza untuk menyebarkan maklumat tentang kerja amal jariah membantu insan malang. 

Kes dua orang adik beradik yang melecur teruk (Mohd Shah dan Hairuman)  akibat renjatan elektrik ketika membantu keluarga dengan mengambil upah mengait dahan telah mendapat perhatian beliau dan meminta kengkawan semua memberi sokong yang sepatutnya. 

Kisah sedih dan menyayat hati keluarga yatim piatu dengan 11 orang adik beradik ini dapat di ikuti di Berita Harian (19.01.2011)



OD atau Opah mengajak kita untuk sama-sama berbakti di jalan Allah SWT dengan menderma, atau bersedekah kepada mangsa. Apa yang OD cuba lakukan sekarang ialah dengan menyalurkan wang royalti dari novel beliau untuk tabung bantuan kepada mangsa. 

"Salam Maza,

Boleh tak saya nak minta bantuan Maza warwarkan entri terbaru saya kat blog kepada kawan-kawan Maza. Saya berhasrat untuk membantu dua orang adik-adik yang terseksa hidupnya. Caranya mudah saja, beli 4 buah novel saya yang saya letakkan pada entri, 2/3 daripada royalti novel tersebut akan diserahkan kepada adik-adik tersebut. Royalti akan dipotong dan diserahkan oleh penerbit. Jadi memang duit tu tak akan masuk ke dalam akaun saya dulu. Boleh tak, Maza? "

Untuk maklumat lanjut, kengkawan bolehlah rujuk ke blog Elee Mardiana sendiri dengan klik di sini.

Selamat beramal kengkawan....
Berikut ialah buku-buku yang dimaksudkan oleh OD:-





Khamis, 20 Januari 2011

Aktiviti Thaipusam...

(Gambar 1- Pantai Morib: Medan Selera di Pantai Lama, Morib)

Hari ini hari cuti umum di W.P Kuala Lumpur dan Selangor. Dengar khabar Hari Thaipusam ini sudah pun diwartakan sebagai cuti umum nasional pada 2010. Tapi orang rumah maza yang stesyennya di Kuantan telah menerima berita dari bossnya bahawa di Kuantan kerja seperti biasa kecuali cawangan di PJ dan Gombak!

Itu semua maza tak kisah sangat terutama bila anak dah mula bersekolah rendah. Lagipun cuti itu terletak di tengah-tengah minggu kerja, hari Khamis.

Apa-apa hal pun, aktiviti yang bersama keluarga boleh sahaja mendatangkan manfaat kepada kita. Kali ini maza berangan mahu makan satay lah pulak. hehehe

Err... selain Satay Kajang, Hj Samuri yang glamour itu, maza mahu cubalah pula satay di Pantai Lama Morib ini.

(Gambar 2 - satay: Kipas satay, bukan kipas lipas)

Sambil-sambil maza meratah dan melahap satay, kengkawan senang-senangkanlah diri melihat gambar di bawah ini ajelah ya.... hahahha

(Gambar 3 - satay: kipas laju-laju biar bau satay sampai menusuk hidung
dan mengheret pelanggan ke mari .... hahaha)


Setelah kenyang, kami pun berarak pulang sambil menyebut, well! well! well! (berdoa untuk kesejahteraan - Well! ~ yang baik-baik sahaja gitew) ....*senyum hehehehe


Kendian maza mahu buat ucapanlah sedikit... SELAMAT BERCUTI HARI TAIPUSAM ya kengkawan.. mana-mana yang angkat kavadi tu jangan lupa berhati-hati di jalan raya... hehehe

Dan kebetulan malam ini malam Jumaat, jadi Selamat Menjalani Ibadah Malam Jumaat ya kengkawan... ahkas!...

(Gambar 5 - satay: sabar menanti satay siap,
tapi kipas itu kena laju-laju, biar cepat masak... yummy!)


Psst: Jika entry ini agak mengecawakan anda yang mencari aktiviti keagamaan Thaipusam di Batu Cave seperti acara memecahkan kelapa, menuang susu ke atas Dewa Murugan, mengangkat kavadi, berarak mengeilingi kota Kuala Lumpur, acara penghapusan dosa, berjalan atas bara api atau berjalan sambil berdoa itu!, maafkanlah maza ya....

(Gambar 6 - nasrun : Peace no war! *senyum)

Terima kasih geng ~ shaiful Azizan, tokek sabah dan effa owie ~ kerna sudi menjadi follower dan teman maza gitew... hehehe.... maza doakan juga well! well! well! untuk kamu gitew lorr.... *hehehehe

Selasa, 18 Januari 2011

Lain dicari, lain pula diketemui.. alahai...

Semalam Iqhuan datang bertemu Salman. Mereka berdua sudah lama berkawan Cumanya Salman baru pindah ke taman perumahan itu. Salman masih belum fasih dengan kawasan baru tersebut.

"Eh! Ke mana kau semalam? Kau janji nak jumpa aku kat masjid. Aku tunggu kau bagai nak rak, dari Maghrib sampai ke Subuh, kau tak muncul-muncul juga!" Iqhuan menyoal seraya menyuakan air kopi di kedai Mamak Khalifah.

"Semalam aku guna GPS ni cari masjid. Aku pun ikutlah direction sepatuh-patuhnya. Pergi punya pergi, sampai-sampai aje yang temui ialah Restoran Naina! Masjid yang aku cari tak jumpa. Sudah bertukar jadi restoran agaknya. Lepas tu aku pun pekena roti canai dan teh tarik special kat situ. Habis pekena aku pun baliklah," helah Salman sambil tersengeh-sengeh bak kerang busuk.

"Tulah kau! Semua gadget yang ada kat pasaran ini semua kau nak beli. Nak guna. Dah macam inspector gadget dah. Ini mesti gadget kau tu tak cukup up-to-date?"

"Mana ... aku baru update tahun lepaslah"

"Tahun lepas kira dah usang dah woiii ... ni aku dah update peta yang terbaru. Tapi gadgetnya masih lama lagi lah. Aku guna GPOS. Insyallah boleh jumpa punya. Dan tak perlu bergantung harap pada isyarat satellite."

"Eh! Apa tu GPOS? Aku tak pernah dengar pun."

"Global Positioning System PAKAI OTAK SENDIRI!" balas Iqhuan sambil menahan ketawa dengan berlindung di balik cawan kopi yang hendak diteguknya itu.

Sabtu, 15 Januari 2011

Ambong & Hawa...

(Gambar 1: Gelang emas sebagai mas kahwin)

Ambong panggilan manja si pengantin lelaki ini di kala kecil. Nama sebenarnya maza kurang pasti tetapi ada bunyi-bunyi macam "Adi" jugaklah... hahaha

Sekarang sudah sampai masanya Ambong berumah tangga. Gadis yang telah memenangi hatinya adalah dari Sepang. Maza juga kurang periksa apakah nama gadis tersebut. Dari itu maza namakan dahulu sebagai Hawa. Nanti kalau sudah tahu fakta sebenar, maza akan perbetulkan balik ya kengkawan... *wink! wink! wink!

Hari pernikahan Ambong telah diadakan di sebuah masjid di kampung Hawa pada 17 November 2010 (ambik ko, sudah dua bulan baru gambar tersiar kat sini... *hahaha).

(Gambar 2: masjid inilah tempat berlangsungnya pernikahan tersebut)


Ambong ialah anak kepada Pakcik Alwi & Makcik Syarifah. Mereka tinggal di Palong 6, Negeri Sembilan.

Debar menanti saat akad nikah.

Majlis dijalankan dalam keadaan senderhana tetapi cukup meriah. Kali ini merupakan pertemuan pengantin Minangkabau dan Jawa! Tapi jangan takut, kedua-dua mempelai sah rakyat Malaysia. *ketawa hahaha

Kalau mengikutkan adat Minangkabau itu, maka shohih dan luluslah si Ambong tidak beristerikan sesuku. Dalam kes ini, Hawa tidak perlu dimasukkan suku ... ahaks .... *jeling-jeling gitew hehehehe...

(Gambar 3: Saat menantikan detik pernikahan.
Kitab khutubah nikah buntang di hadapan mata)


(Gambar 4: tangan mulai berpeluh menantikan saat berbahagia)

Sebenarnya gambar-gambar ini telah lama berendam di dalam folder maza. Dan hari ini tatkala suasana sejuk-sejuk, suam-suam basah tetiba teringatkan gambar tersebut.

Lagi pun beberapa hari yang lepas seorang rakan maza, En. Razak mahu sesangat melihat gambar potrait pengantin yang pernah maza tangkap.


(Gambar 5: Terasa tekak begitu lega setelah akad nikah berjaya dilakukan.
Tahniah dan Selamat Pengantin Baru!
)

(Gambar 6: Buah tangan dan wang hantaran dihiasi dengan latar kuning emas)

(Gambar 7: wang hantaran dihadiahkan dalam bentuk sijil simpanan Tabung Haji)

Jadi, inilah serba sedikit gambar dan hasil seni kreatif (yang tak berapa nak kratif itu) untuk ditatapi oleh beliau dan kengawan semua .... *sengeh hehehe...

(Gambar 8: Setelah selesai akad nikah, kini sessi bergambar pula)

Akhir kalam, apa macam boss boleh dapat job ka? *ketawa hahaha


(Gambar 9: Acara membatalkan air sembahyang.
Sekadar mengikut adat sahaja)


(Gambar 10: Saya sayang awak.
Saya sayang awak juga)

(Gambar 11 : Selepas bernikah bergerak pula
ke rumah pengantin perempuan untuk acara makan beradap.)


(Gambar 12 : Bergambar kenangan dengan ahli keluarga)

Jumaat, 14 Januari 2011

Punca Pontianak Rambut Panjang


(Gambar : Mike dan anak-anaknya. Sepesen gitew.. hehehe)

Ada pun rambut pontianak yang panjang itu telah memberikannya sedikit kelebihan. Terutama aura dalam menakutkan manusia. Dengan berambut panjang si pontianak yang glamour berwajah hodoh lagi menakutkan dapat menyorokkan mukanya tatkala dalam penyamaran.

"Pontianak ini sebenarnya spesis pemalu yang amat. Sebab itulah selalunya bila kita terserempak dengannya dia tertunduk sahaja. Sorokan muka di balik rambutnya yang panjang itu," jelas Mike.

Sungguh pun ia berambut panjang tetapi kusut masai. Bukanlah jenis rambut panjang berteknik rebonding, atau pun teknik syampu rejoice 'dengan jari pun boleh' ....*ketawa hahaha.

Jadinya, tatkala bersarapan pagi tadi seorang sahabat maza telah menyatakan teori-teori kenapa si pontianak itu berambut panjang!

1) "Pontianak memang berambut panjang. Kalau berambut pendek itu dipanggil hantu raya. Tapi kalau yang botak gondol dipanggil pula toyol!" kata Izan (dibaca lelaki) selamba sambil mencicah lempeng ke dalam piring sambal.

2) "Tiada seorang tukang gunting yang sanggup mengguntingkan rambutnya. Belum pun sempat mengangkat gunting sudah pengsan dek ketakutan..." Manap melontarkan teorinya sambil sengeh rongak bergigi rompong.

3) "Pontianak hanya keluar di waktu tengah malam. Mengilai pun di waktu tengah malam. Jadinya mana ada kedai gunting di Malaysia ini dibuka waktu tengah malam. Salon pun tutup bang ... hehehe " kata Mike orang yang bertanggungjawab melontarkan soalan tadi.

Pengajarannya, usahlah anda dibayangi MISTERI ... kerna sekarang misterinya sudah terbongkar.

Errr ... selamat hari Jumaat kengkawan, jangan lupa mandi pagi ya.*senyum ... hahaha


Khamis, 13 Januari 2011

Lelong gambar bogel isteri


(Gambar: Farhana)

Andrea Agassi (40 tahun) mahu melelong gambar bogel isterinya di sebuah majlis amal kutipan derma. Tetamu majlis yang memenangi bidaan dengan harga lebih daripada USD4,000 akan dibenarkan melihat gambar bogel isterinya, Steffi Graff di telefon bimbitnya.

Para tetamu bersorak dan bertepuk tangan di majlis yang diadakan di Taiwan itu.

Seorang pemenang bidaan dipanggil ke atas pentas dan Aggasi pun menunjukkan sesuatu dari telefon bimbitnya. Sejurus selepas itu penderma budiman tersebut hanya berkata "WOW!".

Namun begitu pihak wartawan tidak pasti apakah itu benar-benar gambar bogel Steffi Graff (41 tahun).

(sumber: Harian Metro, 13.01.2010,
untuk link klik di sini)

Macam-macam ragam dunia.

Apa yang maza boleh katakan ialah walaupun niatnya baik tetapi perbuatannya tidak halal menyebabkan hasil kutipan derma itu menjadi sama haram.

Memang hadis menyarankan kita menderma dari sesuatu yang baik dan disayangi, tetapi janganlah sampai gambar bogel isteri mahu didermakan. Itu sudah 'terlebih baik' hingga menjadi tak karuan ... hahaha! Oppss...

Pendek kata mendermalah dari sesuatu yang baik lagi halal. Err.. macam halalan toyiba gaklah.


( Gambar: Farhana peserta pertandingan menari OKU,
Pertandingan PDK Peringkat Kebangsaan, Piala Perdana Menteri 2010)

Err ... gambar di atas bukanlah gambar Steffi Graf isterinya Andrea Agassi yang itu.

Potrait gadis melayu ayu ini maza rakamkan di Majlis Perasmian Karnival Jualan Produk, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Peringkat Kebangsaan dan Bakat Istimewa Semai Bakti, Piala Pedana Menteri.

Program tersebut dijalankan pada Disember 04, 2010 yang telah disiarkan di TV2 secara langsung.

Kali ini kontigen Johor telah menggondol Piala Perdana Menteri 2010 tersebut dengan menjuarai acara keseluruhan. Dalam acara pertandingan tarian, Johor di tempat kedua dibelakang pasukan Sabah. Tahniah!

Cerita isteri sudah, cerita gambar bogel pun sudah. Kebetulan pula hari ini hari Khamis, jadinya maza hendak membuat sedikit ucapanlah, "Selamat Malam Jumaat Kengkawan" ....*hehehe....

Selasa, 11 Januari 2011

Tolong Ingatkan Maza

Lokasi: Tasik Biru, Kudang, Selangor.
Tarikh: 31. Disember. 2010


Tasik Biru
(Gambar 1: Tasik Biru, Kundang, Selangor)

Alam ini sungguh indah untuk dicemuhi. Alam ini sungguh bermakna bagi mereka yang melihat telus dari mata hati.

Dalam melayari dunia maya, tatkala menulis blog, atau menyelusuri penulisan ini, adakalanya maza silap. Adakalanya menjadi bebal!

A hut next to Tasik Biru, Kundang, Selangor
(Gambar 2: Tasik Biru berlatar belakangkan pondok)

Sekiranya maza terlupa. Sekiranya maza alpa tentang jalannya hidup ini. Atau maza sudah terlanjur dari kematangan hidup, mohonlah kawan-kawan mengingatkan maza. Kerna maza hanya sekelumit debu yang berterbangan di alam maya. Adakalanya maza pelupa. Adakalanya maza melampau.

Tasik Biru, Kundang, Selangor
(Gambar 3: Tasik Biru berlatar belakangkan Pangsapuri Laguna Biru.
Pangsapuri ini dimajukan oleh SPNB (Syarikat Perumahan Negara Berhad))


Tolongl ingatkan aku!

maza mohon keampunan dan jutaan kemaafan di atas kealpaan maza yang menyakitkan hati kalian. Itu kesalahan maza. Maza akui.

Hari ini maza mahu membersihkan diri. Menyucikan diri untuk terus melangkah ke hari-hari mendatang. Sesungguhnya detik itu semakin hampir. Tidak dapat tidak setiap dari kita akan tempuhinya jua. Dan maza takut kalau-kalau ada sekelumit lagi dosa yang tertinggal di sini.

Yang Sebenar

Sebenarnya, tengah hari tadi, maza diberitakan dua orang atuk saudara maza telah meninggal dunia. Masing-masing disebabkan sakit tua. Mudah-mudahan mereka dicucuri rahmat. (Al Fatihah).

Dan di pagi hari ini juga berita buruk bertali arus dengan ayah teman seperkolahan maza (Saudara Munet) telah kembali ke rahmatulah. (Al Fatihah)

Sedang hari ini maza terlantar di perbaringan kerna kesihatan tidak membenarkan bergerak aktif.

Lantas peristiwa ini telah membuka mata maza ... adakah umur maza sepanjang mereka itu?

tasik Biru
(Gambar 4: Tasik Biru di waktu Maghrib)

Selain itu, maza mengucapkan tahniah buat 'Ana Rafali' kerana telah menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-25 anjuran TV3.

Tajuk lagunya, "Tolong Ingatkan Aku" telah mengheret minda bawah sedar maza untuk mengenangkan kembali perihal kelakuan maza.

Untuk nono.

(Gambar 5: Cik Nono menjengah ke tingkap)

Tahun lepas, sebenarnya tiga minggu sudah, maza bertemu dengan nono di UIA. Dia seorang mahasiswa UIA, Gombak. Nono ialah seorang photo blogger.

Melalui entry maza yang lalu (klik di sini dan di sini) , nono ingin sekali melawat tasik biru ini. Insyallah nanti maza bawakan si nono ke Tasik Biru ya.. hehehe. Dan jangan lupa belanja maza pula dengan mee bakso bersama air kelapa dara suci di tepian tasik itu. hahaha


tasik Biru
(Gambar 6: Tasik Biru di waktu jatuhnya matahari)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails