‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Jumaat, 1 Januari 2010

Jolly! & Celebrate.. KEBAMBOOOOM

Januari 1, 2010 (Jumaat) - Entry yang pertama di tahun baru. Selamat tahun baru semua! Sebelum itu sedikit bingkisan bidalan kata yang entah apa-apa entah disertakan....

(Gambar: Keadaan langit sebelum dilimpahi cahaya bunga api)
Sudah tiba Tahun Baru
Ramai pemuda berpusu-pusu
Ke dataran masing-masing menunggu
Melihat jam yang satu
Menanti letupan bunga api satu persatu

Tanda masa pun berlalu
Kenangan yang dahulu
Sudahkah di semak satu persatu?!

Masa terus berlalu
Takkan hidup masih kekal macam dahulu?
Tiada perubahan walaupun sebesar bulu

Renung-renungkanlah perihal tingkah laku
Hijrahlah diri aku dan kamu
Demi masa depan yang bertambah mutu!

erk! bukan menjadi seperti...
malang nasib Muthu si Penjual Phutu!
Tiada berubah walau sesudu.. huhuhu

*****
Seawal jam 9.00 malam, keluarga maza dan kawan-kawan kejiranan telah mula berkumpul. Lagaknya seperti berkelah di padang luas di tengah-tengah malam buta.

Bukan sahaja kami hendak mencerap bulan yang dikatakan akan berlaku gerhana bulan bermula jam 2.00 pagi. Juga hendak melihat di dalam malam tersebut di terangi oleh bunga api dari kejauhan.

Di samping itu, dapatlah kami mengeratkan tali silaturahim.

(Gambar: antara jiran yang mengambil bahagian)

Tikar dihampar, hidangan di masak dihidangkan. Sementara menantikan BBQ selesai, kami bersembang. Sesekali melihat jam di tangan. Dan sesekali melihat di kaki langit sana.



Sunyi malam terburai juga dengan lagaan bunyi gong dan gendang serta rebana. Saling tingkah meningkah melagukan dikir barat. Budaya pantai barat menghiasi lantai waktu malam kami. Tetapi tiadalah pula mereka yang terkinja-kinja, atau menelan pil khayal.

Lagu-lagu yang dibawa ada yang kotemporari, banyak yang berunsur nasihat. Tidak kurang juga yang men'sumbang'-mambangkan lagu! hentam ajelah.. huhuhuhu..

Rentak halwa telinga ini tergedala, sebaik jam menghampiri sepuluh minit lagi ke 12.00 tengah malam.

Detik di ambang Tahun Baru bermula sebaik bunga api di horizon mula mewarnai alam maya! Bertalu-talu memancutkan lahar berwana ceria dihujung kaki langit sana.



Anak-anak yang berlarian terhenti. Terlopong mulut memandang langit. Ada yang memekik, "Langit runtuh! Langit runtuh!". Kemudian berebut mendapatkan perlindungan dari ibubapa mereka.

Alam bermandikan cahaya hampir lima belas minit lamanya.


Namun, kali ini pertunjukkan bunga api tidaklah sehebat dan semerah tahun lalu. Tahun lalu terlalu meriah dan bertalu-talu di ruang angkasa.



Namun demikian kami tetap gembira. Cuma maza rasa terkilan sedikit, kerana hasrat untuk menangkap gambar pecahan cahaya bunga api itu tidak begitu menerujakan.

"Tak mengapa, abang boleh cuba lagi di tahun hadapan!", pujuk si bidadari maza yang sedang sarat itu.

"Aa'ah! Mudah-mudahan umur abang dipanjangkan. Ya tak?!", balas maza yang mendapat sedikit suntikan semangat dari pujukan sang isteri.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails