‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Jumaat, 15 Januari 2010

Ego Dalam Mesyuarat


Pegawai-pegawai kanan dari Rusia, Cuba, India, Indonesia dan Malaysia telah mengadakan pertemuan meja bulat.

Mesyuarat kali ini membincangkan perihal dagangan dan blok dagangan yang akan dibentukkan. Objektif mereka untuk meluaskan pasaran serantau disamping mengembangkan potensi perniagaan, pertukaran teknologi dan pelancongan kesihatan.

Untuk melambangkan keunikan dan mempromosikan India, mesyuarat kali ini diadakan di dalam keretapi. Perjalanan sejauh enam ratus kilometer ini akan melalui banjaran Himalaya. Pemandangan indah, menghijau dengan gunung-ganang akan melatari mesyuarat tersebut.

Para delegasi berehat di sebuah kabin yang terbuka bagi memudahkan mereka menikmati keindahan alam sekitar dan udara segar.

Selesai makan tengah hari itu, ketua pegawai delegasi dari Rusia mula membuka champagne untuk meraikan perbincangan yang telah berjaya sebentar tadi.

Belum pun sampai separuh, botol champagne tadi sudah dicampakkan ke luar tingkap.

Semua delegasi tercengang.

"Kenapa anda berbuat demikian? Bukankah champange itu mahal dan ianya satu pembaziran?" tegur pegawai Cuba.

Lelaki Rusia itu pun menjawab dengan angkuh, "Ah! Di negeri kami vodka dan champagne begitu banyak. Dan tidak menjadi masalah untuk meraikan dengan cara sedemikiran rupa. Lagipun kami pengeluar terbesar vodka di dunia. Apa yang hendak dihairankan. Ha ha ha.. (ketawa besar)"

Mereka yang tadi berasa hairan mula menangkap maksud delegasi Rusia. Mereka turut sama-sama tertawa meraikan keangkuhan itu.

Kemudian ketua pegawai delegasi Cuba pula menyalakan cerutnya. Cerut yang besar lagi mahal itu pun dihisap. Baru dua atau tiga kali dia hisap. Tidak sampai suku pun, lalu delegasi Cuba itu memotong cerutnya dan membuang keluar dari tingkap keretapi.

Sambil 'mengangkat hidung tinggi', dia pun berkata dengan ego, "Well! Di negara kami cerut ini sudah biasa dan terlalu banyak sangat. Ha ha ha... (ketawa sombong)"

Masing-masing mula menunjukkan kehebatan negara masing-masing. Kini delegasi Malaysia menjadi serba salah. Resah dengan perlakuan angkuh dua negara sekutu tersebut.

Malaysia harus menunjukkan sesuatu bagi memenangi situasi. Atau pun sekurang-kurangnya tidak kalah, jauh sekali dipandang rendah.

Lalu ketua pegawai delegasi Malaysia memanggil seorang Indonesia dan India datang rapat kepadanya.

Kesemua anak mata memaku ke arah pegawai Malaysia itu. Mereka tertanya-tanya sendirian sambil sekali sekala tertawa sinis.

Sebaik sahaja wakil dari Indonesia dan India sampai, lalu mereka itu dicampakkan keluar dari keretapi.

Dengan selamba pegawai Malaysia itu cuba membuktikan, "Well! Di Malaysia terdapat ramai rakyat Indonesia, jadi tidak salah kalau kita mengurangkan sedikit barang seorang dua. Wa ha ha haahahaha... (ketawa keras!) "

Delegasi yang lain tercengang-cengang, "Habis yang India itu?"

"Oh! Rakyat India reti masuk negara kami, tetapi tidak mahu pulang dan hilang tak berjejak!", pegawai delegasi dari Malaysia cuba mengaitkannya dengan isu kebanjiran pelancong India yang seramai 40,000 orang, tinggal lebih masa di Malaysia dan tidak dapat dikesani.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails