‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Ahad, 3 Januari 2010

Selamat Jalan! (EL250)

Disember 31, 2009 (Khamis) - Sukar sungguh untuk mengatakan selamat jalan. Demikian juga untuk meluahkan kata-kata selamat tinggal.

Sudah sekian lama bersama dan ia berbakti, akhirnya terpaksa jua kami berpisah. Segala-galanya demi masa depan kami.


Tiga hari juga maza tidak lalu makan dan tak senang duduk. Kasih masih ada padanya. Sayang juga masih terus wujud.

Tetapi kalau tidak mengucapkan perpisahan, ia akan terus menjadi beban yang tidak tertanggung!

Alang-alang dan mujur juga ada orang amat berminat dengan motor besar maza itu, elok jugalah maza jualkan sahaja.

(Gambar: Kawasaki Eliminator 250)

Kata orang selagi ia punyai harga, sebelum ia tersadai menjadi besi buruk tanpa berjaga. Eloklah dilepaskan.

Beberapa minggu sudah, maza ada meminta anak saudara maza (Nor Taufik bin Kamisan) untuk menjadi model bagi melariskan jualan motor tersebut. Kononnya mahu mengiklankan ke seluruh alam maya.

(Gambar: Taufik model iklan Kawasaki EL250)

Belum pun sempat dibuatkan iklan di beberapa buah majlah dan laman web, satu panggilan mendebarkan muncul di hujung talian.

Kedengaran suaranya memang berkehendakkan sangat motor maza itu.

En. Ammy bersungguh-sungguh hingga pada tengah malam itu pun dia datang untuk menyaksikan sendiri kesihatan Kawasaki EL250 tersebut.

(Gambar: En. Ammy bersama EL250)

Tiga hari kemudian (di malam ambang tahun baru, Disember 31, 2009), En. Ammy dari Ukays Perdana kembali semula. Kali ini kehadiran beliau untuk mengambil motor Kawasaki EL250. Berseri-seri wajah beliau mendapatkan EL250 yang menjadi idamannya sejak pertemuan tidak sengaja kali pertama pada November lepas.

Cinta pandang pertama di bulan November, itulah gambaran yang diberikan oleh En. Ammy. Kebetulan pula ketika itu maza memang bercadang hendak menjualkan motor besar. Tetapi tidaklah begitu bersungguh-sungguh benar. Entah macam mana tercabul pula mulut maza lalu menawarkan motor Kawasaki tersebut untuk dijual kepada En. Ammy.

Pertemuan di Ukay Perdana itu telah membuahkan putik cinta. Hinggakan En. Ammy mengaku sukar melelapkan mata dek asyik teringatkan Kawasaki EL250. Deruman Kawasaki EL250 memukau dan bergelora sekali jiwanya.

Memang rezeki En. Ammy setelah sebulan berlalu motor besar Kawasaki EL250 masih available. Pun begitu dua tiga orang sebelum En. Ammy pernah melamar Kawasaki EL250. Tetapi harganya kurang kena dan maza masih belum benar-benar rela melepaskannya.

Sudah ditakdirkan ia milik En. Ammy. Maka hari ini, di tahun baru, 01.01.10, maza terpaksa melepaskan Kawasaki EL250 maza itu.

Perpisahan!

Sebagai kenangan yang pernah dikongsi bersama, maza sempat merakamkan saat-saat akhir perpisahan kami di malam yang hening itu. Banyak kenangan yang kami kongsikan bersama. Dari KL ke Kuantan ke Bahau ke Seremban dan banyak lagi tempat yang best-best itew.. huhuhu

UWAKKKKK!!!!! Selamat Jalan wahai kawan! Selamat Berpisah..

BERTEMU DAN BERPISAH ADALAH PERKARA BIASA...

(Gambar: Selamat jalan kawan!)



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails