Sempena Bulan Maulidur Rasul & Taatilah Allah : Tauhidkan Allah, Cintakan Rasulullah |
Sempena hari Jumat di bulan mulia Rabiul Awal dan meraikan cinta Rasul di bulan Maulidur Rasul.
Tatkala dalam keadaan kesakitan dan di saat-saat ajal semakin hampir, Rasulullah SAW menyuruh Bilal bin Rabah melaungkan azan. Setelah azan berkumandang, para Muhajirin dan Ansar segera berhimpun di masjid. Kemudian Rasulullah menunaikan solat dua rakaat bersama-sama mereka yang hadir.
Selesai mengerjakan solat, Baginda SAW bangun dan naik ke atas mimbar.
"Alhamdulillah . . . wahai para muslimin, sesungguhnya aku adalah seorang Nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izin-Nya dan aku ini adalah bagaikan saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu, barang siapa mempunyai hak untuk dituntut, maka hendaklah dia bangun dan memberitahu aku sebelum aku dituntut di hari kiamat."
Rasulullah berkata demikian sebanyak tiga kali. Akhirnya seorang lelaki bernama 'Ukasyah Bin Muhshan pun berdiri.
"Demi ayah dan ibuku. Ya Rasulullah SAW, kalau kau tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali, sudah tentu aku tidak mahu mengemukakan hal ini." kata 'Ukasyah

"Sesungguhnya dalam perang Badar, aku bersamamu Ya Rasulullah. Pada masa itu aku mengikuti unta engkau dari belakang. Setelah dekat aku pun turun menghampiri engkau dengan tujuan supaya dapat mencium peha engkau, tetapi engkau telah mengambil tongkat dan memukul unta engkau supaya berjalan cepat, yang mana pada masa itu engkau terpukul pada tulang rusuk aku. Oleh itu aku hendak tahu sama ada engkau sengaja atau cuma hendak memukul unta tersebut." kata 'Ukasyah lagi.
"Wahai 'Ukasyah, aku sengaja memukul engkau," jawab Baginda SAW dalam kelesuan akibat menanggung sakit.
"Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari." Rasulullah SAW menyuruh Bilal.
Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala.
"Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas (qishash)," Bilal resah.
"Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas (qishash)," Bilal resah.
Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu.
"Siapakah di pintu?" sahut Fatimah.
"Siapakah di pintu?" sahut Fatimah.
"Aku Bilal. Aku diperintahkan Rasulullah untuk mengambil tongkatnya."
"Bilal, untuk apa ayahku meminta tongkatnya?"
"Wahai Fatimah, Rasulullah SAW telah menyediakan dirinya untuk di qishash."
"Siapakah manusia yang sampai hatinya untuk mengqishash Rasulullah?"
"Siapakah manusia yang sampai hatinya untuk mengqishash Rasulullah?"
Bilal hanya membisu, tidak menjawab pertanyaan Fatimah r.ha. Sebaik sahaja Fatimah r.ha menyerahkan tongkat tersebut, Bilal pun berlalu hendak mendapatkan Rasulullah SAW pula.
Setelah Rasulullah SAW menerima tongkatnya, Baginda pun menyerahkan tongkat itu kepada 'Ukasyah.
Melihatkan keadaan demikian, Abu Bakar dan Umar segera tampil ke hadapan.
"Wahai 'Ukasyah, janganlah kau qishash Rasulullah, tetapi engkau qishashlah kami berdua," rayu Abu Bakar dan Umar.
Melihatkan keadaan demikian, Abu Bakar dan Umar segera tampil ke hadapan.
"Wahai 'Ukasyah, janganlah kau qishash Rasulullah, tetapi engkau qishashlah kami berdua," rayu Abu Bakar dan Umar.
"Sahabatku Abu Bakar dan Umar, duduklah kamu. Sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan tempat untuk kamu berdua," Rasulullah SAW mencelah.
Kemudian Ali bin Abi Thalib pun datang.
"Wahai 'Ukasyah! aku adalah orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah. Oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu mengqishash Rasulullah,"pinta Ali dengan belas kasihan.
"Wahai 'Ukasyah! aku adalah orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah. Oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu mengqishash Rasulullah,"pinta Ali dengan belas kasihan.
"Wahai Ali, duduklah kamu. Sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu." tegah Rasulullah SAW.
Setelah itu Hassan dan Hussin bangun pula.
"Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah. Kalau kamu mengqishash kami, maka sama juga seperti kamu mengqishash Rasulullah SAW."
"Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah. Kalau kamu mengqishash kami, maka sama juga seperti kamu mengqishash Rasulullah SAW."
"Hai buah hatiku, duduklah kamu berdua. Wahai 'Ukasyah, pukullah aku kalau kamu mahu memukul," kata Rasulullah SAW tanpa rasa gugup.
"Ya Rasulullah, sesungguhnya engkau telah memukul aku sewaktu aku tidak memakai baju!" pinta 'Ukasyah yang masih belum berpuas hati.
"Ya Rasulullah, sesungguhnya engkau telah memukul aku sewaktu aku tidak memakai baju!" pinta 'Ukasyah yang masih belum berpuas hati.
Rasulullah SAW pun membuka bajunya. Sebaik sahaja baju dibuka maka menangislah semua para hadirin sekalian.
Tanpa berlengah 'Ukasyah pun menghampiri Rasulullah sambil memegang tongkat. 'Ukasyah berazam untuk menuntut bela di atas keterlanjuran Nabi Muhammad SAW.
Lalu Rasulullah SAW diterpanya bersungguh-sungguh seraya melayangkan sebuah ciuman ke atas batang tubuh Nabi Allah itu!!!
Terpegun. Semuanya tergamam. Tercengang-cengang melihatkan kelakuan 'Ukasyah itu!
"Ya Rasulullah, aku tebus engkau dengan jiwaku, demi membelamu terhadap sesiapa yang sanggup memukul engkau! Aku melakukan sebegini disebabkan aku hendak menyentuh batang tubuh engkau yang dimuliakan Allah dengan badanku ini. Supaya Allah akan menjagaku daripada seksaan neraka di atas berkat kehormatanmu." 'Ukasyah teresak-esak dengan airmata deras bercucuran mengalir.
Habis kesemua mereka yang menyaksikan peristiwa itu bergenangan airmata. Mereka turut menangis sama. Di dalam hati mereka terpahat rasa syukur yang amat mendalam.

"Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya," seru Baginda SAW sambil melontarkan senyuman syahdu.
Semua para jamaah bersalaman atas rasa kegembiraan yang mereka alami setelah melalui peristiwa sangat getir itu.
"Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu. Engkau telah memperoleh darjat yang tinggi dengan bertemankan Rasulullah di dalam syurga." kata para jamaah.
Demikianlah kuntuman kemanisan iman yang teguh di atas nama Allah dan Rasul.
Demikianlah kuntuman kemanisan iman yang teguh di atas nama Allah dan Rasul.
Lantunan sirah oleh