Kebetulan hari Khamis lalu (31Januari 2013), ketika
dalam perjalanan ke Kuantan, maza telah singgah di perhentian Gambang.
Di sana maza terjumpa sagun ini. Ia benar-benar mengembalikan nostalgia
lama lalu maza tersenyum sendirian.
Sagon |
Maza membeli dua
bungkus sagun dan membawa pulang ke rumah. Maza tunjukkan kepada
anak-anak maza, mereka semua pelik (huhuhu). Seorang pun tak mahu merasa
kecuali Aqlan (3 tahun).
Maza kira sebungkus untuk
maza dan sebungkus lagi untuk dikongsi bersama-sama anak-anak.
Sebaliknya yang berlaku, Aqlan yang kecil itu makan kesemuanya.
Penyudahnya maza sekadar menjamah sejilat dua sahaja...ahaks.. hahahaha.
Seputar awal tahun 1980-an tatkala itu maza bersekolah rendah lagi. Di kala itu maza diperkenalkan satu jenis jajan yang amat popular; SAGUN.
Tiap-tiap kali rehat biasanya kami akan menyelinap keluar dari sekolah ke kedai Pak Ngah Rahmat di Jalan Pinggir Jaya, Kampung Sri Lukut, Kahang semata-mata hendak membeli sagun. Kedai yang bersaiz kecil itu letaknya di belakang sekolah dan jaraknya kurang daripada 500 meter dari pagar sekolah. Kedai Pak Ngah Rahmat menjual bermacam-macam jajan antaranya ialah Kaka, Chickadees, Dendang dan Sagun.
Biasanya sagun dibuat oleh orang kampung sendiri. Selain kedai Pak Ngah Rahmat yang menjualnya, kami juga boleh mendapatkan bekalan daripada kawan-kawan yang menjual di sekolah. Maza masih ingat antara teman yang menjual sagun untuk membantu ibubapa mereka ialah Zambri Muhammad (Manap Jalan Temiggol), Norlelawati Jamaludin dan beberapa teman lain lagi.
Ia dibungkus di dalam plastik berbentuk silinder, plastik ais krim Malaysia atau kertas yang berwarna warni.
Cara sebenar makan sagon. Salah makan boleh menyebabkan tercekik dan tersembur. Aniaya kat orang seh.. hahaha |
Cara makan sagun juga cukup istimewa. Ketika makan, kita tidak boleh bercakap atau membuka mulut. Jika pantang larang itu dilanggar, maka akan bersemburanlah sagun dari mulut. Siapa ada di hadapan bakal mendapat 'bedak' percuma.. hahaha
Catatan nostalgia lantun-lantun